Memaparkan catatan dengan label Battlax T30 Front. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Battlax T30 Front. Papar semua catatan

Jumaat, 14 April 2017

Apa itu Valve Cleansing dan Valve Clearance?

        Assalamualaikum, bagi pembuka tahun 2017 ini adalah service pertama pada tahun ini. Macam biasa tukar minyak hitam, namun tayar belakang dah haus kena tukar juga dan buat valve cleansing(VC). Milleage dah 46,413KM sepanjang 4 tahun pakai Kawasaki Z800.  Fikir-fikir kena buat valve cleansing. Tapi apa pula valve clearance? apa beza valve clearance dengan valve cleansing?

        Pertama ialah valve cleansing:

Motosikal anda kurang bermaya?💤

✔Enjin kasar?🚜
✔Pikup kurang memuaskan?💥
✔Penggunaan petrol tinggi? ðŸ”¥
Gabungan teknologi Valve Cleansing Germany akan menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan diatas!!
Harga pengenalan untuk valve cleansing adalah RM100.00 sahaja dan Engine Flush hanya RM15.00 sebotol.
Mengapa perlu cucikan valve enjin Motosikal anda?
🚩 Pembakaran petrol tidak sempurna akan membentuk karbon melekat kepada valve. Sekiranya ianya tidak dicuci, pembakaran tidak sempurna akan terus berlarutan dan akan menyebabkan penggunaan petrol yang sangat tinggi dan juga enjin akan menjadi lemah!
Mengapa perlu engine flush?
♨ Setiap kali menukar minyak pelincir, segala kotoran dan habuk besi tidak akan keluar sekiranya tidak cuci menggunakan flusher.
🔧Apa yang terjadi apabila minyak pelincir lama bercampur dengan minyak pelincir baru?
♻ Dalam masa beberapa minit sahaja minyak baru akan menjadi kotor tanpa anda sedari!
⚠ Hasilnya.. enjin Motosikal akan menjadi berat dan penggunaan petrol akan tinggi!!
Call/whatsapp untuk tempahan slot 0137257373 Cik Eizy
Dimana lokasi kami?
NO.9 Jalan Putra Perdana 2/1, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor


        Valve cleansing tidak memerlukan head di buka. Hanya menggunakan teknologi dan sedikit addictive untuk mencuci karbon dan kekotoran pada valve. Dua jam sudah siap. Namun Valve clearance memerlukan membuka head untuk menukar apa yang dipanggil 'shim' yang merangkumi beberapa biji pada valve. Saya pun tak pandai nak explain macam mana. haha. Untuk motorsikal yang milleage baru rendah, sesuai untuk buat valve cleansing, valve clearance untuk motornya milleage dah banyak. Lagipun, kos valve cleansing lebih murah berbanding valve clearance yang mencecah Rm1000. Pilihan di tangan anda. Selepas valve cleansing motor terasa lebih pikcup, lancar, respon pendikit minyak cepat apabila dipulas, penukaran gear lancar. Macam motor baru keluar kilang. haha.

       Berbalik kepada cerita hari ini, saya menempah tayar Michelin Pilot Road 4(PR4) di kedai motor HVM Jertih. Saya masih setia dengan saiz asal tayar belakang z800 iaitu 180. Sebelumnya saya menggunakan tayar Pilot Road 3(PR3). Milleage yang saya dapat dengan PR3? 14,068KM bersama PR3 belakang.




14,068 km bersama PR3, kalau tengok pada keadaan tayar masih boleh lagi guna untuk 500km. Tapi kita kena pentingkan keselamatan. Bayangkan bunga dah out apa yang dirisaukan tayar tidak grip semasa korner atau brek emergency atau ketika hujan.

        
Ini haa tanda pada tayar untuk kita tahu tayar ni di buat bila. Terdapat 4 nombor yang mana dua nombor depan ialah minggu, dua belakang ialah tahun. Tayar yang saya pilih nombornya 3014 bermakna tayar dibuat pada minggu ke 30 tahun 2014. Sekarang dah 2017. Mintalah diskaun dengan tauke kedai sikit. haha. Kan tayar tahun lama. 2014 boleh pakai lagi. Tayar orang cakap tempoh pakai dia 5 tahun. Lepas 5 tahun getah jadi keras kurang griplah kot.


Michelin PR4, rasanya ini yang paling lates dalam siri Pilot Road michelin, tengok bunga pun cantik sesuai untuk jalan hujan panas kering touring.


Foreman yang professional cepat buat kerja hanya di HVM.




        Selesai tukar tayar, saya terus isi minyak menghala ke Kuala Terengganu. Berbekalkan 4 botol Liqui Moly Semi sintetik 15-50 saya terus ke Moto Garage Kuala Terengganu untuk tukar minyak hitam, oil filter dan juga buat valve cleansing.




Proses valve cleansing memakan masa dua jam jugaklah.


Oleh itu pembaca semua, motor apabila milleage meningkat tinggi maka rajin-rajinlah ke kedai untuk buat valve cleansing. rasa perbezaan, respon lebih cepat apabila kita pulas minyak. Kemusnahan wang ringgit pada kali ini?

Tayar Michelin PR4: RM580 siap pasang balancing(Harga sebenar RM700, tetapi ni tayar tahun 2014 harga boleh kurang sikit. Tayar jangan lebih 5 tahun dari tarik pembuatannya, kalau tak getah tayar menjadi keras, expired.)

Minyak Hitam: RM180(4 botol Liqui Moly)

Oil Filter saya beli di Thailand dulu RM22

Valve cleansing termasuk labour charge: RM160

Total: RM940





Sekian entry pada kali ini.







Isnin, 4 April 2016

Tukar Tayar Depan Kali Ketiga

Alhamdulillah sudah 3 tahun bersama Zarina. Ini merupakan kali ketiga tukar tayar depan. Tayar stock dari kilang dulu ialah Dunlop Sportmax yg hanya tahan pada 7000 km. Tayar  depan kedua dan ketiga ialah Bridgestone Battlax T30 yang boleh pergi dalam 17000km. Tayar yang keempat iaitu yang baru tukar ni ialah Michelin Pilot Road 3(PR3) yang mana sama dengan tayar belakang yang saya tengah pakai sekarang. Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi.

              Ok, bercakap mengenai tayar saya ingin memberi review ataupun feedback dari pengalaman saya sendiri berdasarkan penggunaa dua jenis tayar iaitu T30 dan PR3. T30 adalah tayar touring yang memberikan grip yang baik ketika cuaca tidak hujan@dry road. Tetapi agak menggelikan ketika hujan atau jalan basah. Maka tidak hairanlah apabila mengambil selekoh ketika jalan kering kita akan berasa yakin untuk lean dengan baik dan lebih rendah.

              Bagi P3 pula, saya rasa ketika kering grip boleh tahan tapi tidak semantap T30. Ketika hujan saya tak pernah try lagi. Berdasarkan saya baca review di forum-forum di internet mengatakan PR3 sangat baik ketikan jalan basah atau hujan. Mungkin juga sebab faktor bunga tayar yang cukup baik.

           
Ini dia Bridgestone T30 yang memberikan khidmat terbaik. Pasti anda tertanya-tanya kenapa tukar sedangkan tengah masih ada bunga kan? Cuba tengok tepi bunga sudah licin buat hati saya goyang nak korner. haha.




   Saya akan perinci dengan lebih terperinci kenapa bunga tayar depan belah kanan lebih cepat habis berbanding bungan belah kiri mengikut kepada teori saya  dalam entry seterusnya nanti. haha







This is the fourth front tyre including 1 stock tyre within 3 years! The second and third front tyre i'm with Bridgestone Battlax T30 with range of mileage 15000-17000km. Such a good choice for touring and cornering but a litte bit slippery in wet condition. For now let's take a look the performance of Michelin Pilot Road 3 and how long the milleage can go with it.


Saya tukar tayar di HVM Autopart, Jertih, Terengganu dan selalu sangat tukar tayar sini sebab service terbaik pandai kecek buleh diskaun. haha.

       Nasihat saya, buat pilihan terbaik, pilihan di tangan tayar. Kalau tanya saya semestinya saya pilih Supercorsa sebab saya kaki korner. haha. Tapi apakan daya saya daily ride dan kena guna tayar touring dan value for your money. Selamat mencuba!


https://www.facebook.com/pulasminyak/











Jumaat, 21 Februari 2014

Alhamdulillah Zarina Kembali...!

      Assalamualaikum, hampir 5 bulan tak update blog ni. Seperti dijanjikan cerita bersama Zarina akan dimuatkan dalam blog ni. Alhamdulillah pada 20 Februari 2014 Zarina telah pulih sepenuhnya setelah masuk wad hampir 5 bulan. Fuhh lama betul, masa 1st bawak dari keluar bengkel rasa kekok sebab berat jugak serangga hijau ni. Maklumlaa 5 bulan tu bawak 135LC yang handling jauh lebih ringan berbanding z800. Jadi memerlukan masa untuk biasakan diri kembali dengan handling Zarina, ambil masa untuk serasi bersama. Pada kali ini saya nak ceritalah sikit pengalaman bagaimana prosedur untuk claim, bagaimana prosedur yang perlu dilakukan apabila terlibat dengan kemalangan dan saya cerita ni berdasarkan pengalaman untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. 

Zarina masa di bengkel. Bogel terus, ini baru betul-betul naked bike! haha





    Jika kemalangan menimpa anda, pertama sekali pastikan samada terdapat kecederaan pada diri anda serta penumpang dan kenderaan lain yang terlibat. Jika ada, segera hubungi ambulans bagi rawatan lanjut. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling. Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.



     Elakkan bertengkar jika kemalangan melibat kenderaan lain, anda bertenang dan bersabar. Ini adalah takdir. Jika anda marah sekalipun, kemalangan sudah terjadi. Kita tidak dapat untuk mengelaknya. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan butir2 berikut diperolehi bagi memudahkan proses tuntutan insurans.
1. Nombor pendaftaran kenderaan
2. Butiran pemandu (nama, alamat, no telefon)
3. Masa, tarikh dan tempat kemalangan Time, date and place of accident
4. Nama pemegang polisi insurans serta nombor polisi (jika boleh) kenderaan2 yang terlibat.
5. Butiran saksi atau orang yang tercedera (jika ada)
     Selepas itu, anda perlu pandu atau tarik (towing) kenderaan anda ke balai polis cawangan trafik yang berhampiran dan buat laporan polis, jika mengikut undang2, mesti dilakukan dalam masa 24jam. Pihak polis akan memeriksa kenderaan anda dan mengambil gambar kenderaan anda. Saya pada hari down dulu mujur ada pikup abg HHBG datang angkut Zarina pergi balai polis untuk buat laparon. 
    


    Kemudian, anda hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditauliahkan untuk membaik pulih kenderaan anda. Pihak syarikat insurans anda mempunyai senarai panel bengkel yang ditauliahkan dan anda dinasihatkan untuk menggunakan panel bengkel tersebut. Saya telah membuat keputusan untuk hantar motor saya ke bengkel Emi Motor di Jalam Bayam, Kota Bharu. Dekat mudah sekali-sekala pergi jenguk progress motor macam mana kan. 
Selepas buat laporan polis, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut dalam masa 14hari dan hantar kepada bengkel(untuk mudah laa bagi saya biar bengkel yang urus):
1. Laporan polis asal.(Ini penting, kalau boleh jangan sign lagi laporan tu, bagi kat bengkel dulu)
2. Salinan:
- Polisi insurans
- Geran kenderaan
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan.(seperti tertera dalam geran)
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu yang terlibat. (jika bukan pemilik)
- Surat perjanjian sewa-beli (jika berkaitan) 



    Selepas semua dokumen diserahkan dan diproses, akan ada seorang “adjuster” iaitu wakil syarikat insurans akan menganggar jumlah yang perlu untuk membaik pulih kenderaan anda. Adjuster akan membuat laporan atas segala kerosakan serta gambar juga akan diambil. Selepas itu pihak insurans akan mengeluarkan anggaran untuk claim dan surat pelepasan atau pengesahan mengenai jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans. Kemudian urusan bengkel untuk beli sparepart, repair apa yang patut. Selepas kenderaan anda siap, surat tadi yang menyatakan bahawa kenderaan anda telah siap dan memuaskan hati, anda boleh menandatangani surat pelepasan tersebut.(Kalau tak puas jangan sign bro), haha.



Ini merupakan langkah2 untuk menuntut insurans “own damage” dimana anda menuntut dari syarikat insuran anda sendiri dan hanya boleh dilakukan bagi “First Party”. Tetapi, NCD atau No Claims Discount anda akan terhapus. Apa itu NCD? 
NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (Non Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.



Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar. Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.
Berikut adalah kadar NCD sekiranya tiada berlaku tuntutan: –
Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)



   
Sya ni macam-macam, apa pun peluk ekzos lagi baik dari peluk perempuan bukan muhrim, tak gitu? haha

Two brothers jer yg mampu. Hadiah untuk Zarina!

Inilah peneman ambo masa Zarina di bengkel. Walaupun kappcai, saya tetap pakai riding gears, biarlah orang nak kata apapun, sebab saya dah kena dan sedar betapa pentingnya jaket, fullface knee protecter. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Sedikit input saya masukkan dalam entry pada kali ini. Ok berbalik kepada cerita pada kali ini, , betapa seksanya penantian menunggu Zarina siap sepenuhnya. Jadi sementara tunggu beliau siap, saya beli jaket satu, helmet satu, berubah penampilan sikit bila Zarina siap. Juga beli side mirror dan Two Brothers slip on exhaust hadiah untuk Zarina. haha Biar Zarina garang sikit, tambahan ekzos kuat sebenarnya ada fungsinya tersendiri. Contohnya apabila nak memotong kenderaan, kereta di depan akan memberi ruang untuk kita memotong sebab ekzos kuat, selain itu kalau ada kereta depan nak u turn ke apa dioarang dengar, bab tu kena beringatlah.



Alhamdulillah Zarina pulih sepenuhnya, macam motor baru!

Emi Motor, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Ataupun lebih dikenali kedai Emi Siam. Bengkel terbaik!


Pasang side mirror rizoma sikit. hehe

Tudiaa kenangan bersama Emi masa ambil motor.

Foremen terbaik! Tersohor! Hasil kerja puas hati, rasa bawak motor lepas repair macam bawak motor baru. Orang Kelantan cakap ' tok ugoh mano',

I'm VR | 46 #Dainese

KBC. Kelantan Bikers Club merupakan Club terbesar gabungan bikers di Kelantan. Terima kasih Abe Yie Bukhari.
    Sekian saja entry untuk kali ni. 20 Februari Zarina keluar bengkel. Alhamdulillah. Terima kasih Emi Motor https://www.facebook.com/emimotor?fref=ts sebab sudi repair motor saya, kikikiii. Terima kasih juga kepada Hj Azhar , PINKEL(Persatuan Pemegang Polisi Insuran Negeri Kelantan) sebab follow up case saya. https://www.facebook.com/pinkel.org.  InsyaAllah ride-ride lepas ni akan dicatatkan dalam blog ini. Saya berharap pengalaman saya dan input-input yang saya coretkan dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada pembaca sekalian. 

Selasa, 15 Oktober 2013

Down 14/10/2013

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pun tak tahu nak menceritakan macam mana pengalaman pahit saya pada kali ni. Begini, hari isnin sehari sebelum raya korban, macam biasalah kalau cuti pulas minyak balik rumah dari Besut ke Kuala Krai. Sampai di Bukit Bakar hujan lebat, saya teruskan perjalanan walaupun hujan sebab barang-barang penting dah masuk dalam plastik semua gerenti tak basah. Dalam kelajuan steady 50km/j ke 80km/j(jalan straight belasah laju jugak , haha)  lepas Caltex Bt Jong ada dua selekoh, selekoh pertama tajam, selekoh kedua tak tajam tapi jalan ada bumping sikit. Pada selekoh kedua ambil korner steady tiba-tiba tayar belakang slide, handle jadi bergegar sikit macam 'tank slap' kemudian saya terus terpelanting ke kanan ke atas permukaan jalan. Saya ketegorikan kemalangan saya sebagai 'highside crash', cehh! haha. Jalan tempat saya jatuh tu agak luas, masa terpelanting saya jatuh lutut dulu kemudian siku dan tergelunsur dalam keadaan tertiarap kemudian saya alihkan badan biar berada gelunsur keadaan baring sebab saya sedar saya tergelunsur atas jalan masuk arah bertentangan. Masa tengah tergelunsur masuk arah bertentangan, ada tiga buah kereta datang arah saya. Dua kereta sempat mengelak dari terlanggar saya, Proton Exora putih paling dekat nak rempuh saya, mujurlah pemandu tu sempat mengelak dari gilis saya. Kemudian saya terus tergelunsur hampir 80 meter atas jalan dan bila nak sampai kaki lima jalan, badan saya terguling menyebabkan kepala terhantuk pada tar dan memberikan kenangan pada helmet LS2 saya. Nasib baik saya tak gelunsur terus dalam longkang kira-kira 2 meter dalam. Fuhh selamat.

  Lepas tu saya terus bingkas bangun, ada seorang pak cik tua bawak rxz dari arah bertentangan dy berhenti depan saya, barangkali dia menyaksikan saya meluncur atas jalan. Saya bangun terus cari motor yg tersadai 5 meter dari tempat saya berguling. Nak angkat motor tak larat beb 229kg, pak cik rxz tadi tolong angkat, tengok-tengok, rim depan hancur. Dalam hati "Ya Allah keno gapo ni hancur rim takdok batang rim sebatang habuk". Saya pun dirikan motor dengan double dics depan macam dalam gambar.


Ni yang tak sempat mengelak masa motor saya gelunsur atas jalan, rim depan motor berlaga dengan rim depan kereta, pecah tayar kereta beliau.

Belakang ok takde apa-apa
Depan teruk, semua sparepart harga kasar, rim, fork.
 Masa tu hujan masih lebat, tiba-tiba ada beberapa bikers datang menghampiri, saya terkejut bikers ni mai dari mana kan. Yang saya kenal Amir Kelbikes dan geng-geng ducati. Dia tanya ok ke tak, sambil belek-belek tubuh saya takot ada luka ada patah mana-mana, saya cakap ok takde pape, dia suruh saya pecat jaket dan rilex dulu di bangunan berhadapan ecopark. Perasaan amat berdebar dan gemuruh sebab ramai orang datang kemurun saya sebab nak tahu keadaan saya mungkin. haha. Rupanya-rupanya Amir Kelbikes kebetulan lepak dekat kedai di bangunan ecopark. Lepas tu ada abang dari HHBG(Huru-Hara Bikers Group) yang datang menolong, dia tolong adjustkan hilux. Angkat z8 saya ke Balai polis Kuala Krai sebab abam polis nak ambik gambar motor, lepas tu letak moto di rumah Cikgu Rahim di Sg Durian.



Dari sudut depan
Jadi, saya pulas minyak LC saya lah pulas bila long ride, biasa LC pulas di rumah jer. haha. Apa pelik ke saya pakai riding gears macam ni bila bawak kapcai? Saya dari dulu lagi belajar biasakan diri pakai  riding gears. Terima kasih Mubarak Ahmadinejad, Naz Joe LCS, Muhd Syazwan ajar ambo pakai laguni.
Terhentak dan terseret kepala lutut, nasib baik pakai benda ni.
Terhentak helmet.


Thumb ups bro! haha. Layan LC dulu sementara motor siap repair.


   Jutaan terima kasih kepada abang-abang HHBG sebab sudi tolong, tolong angkat motor saya naik pikup. 9 orang angkat pun masih berat. Fuhh.HHBG merupakan group bikers berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Saya pun ahli HHBG, tapi jarang turun lepak di kedai MAMA, Guchil sebab ada komitmen belajar di IPG Sultan Mizan, Besut. Jadi saya tak berapa kenal ramai lagi bikers, kenal sorang dua ja. haha.

   Ni gambar semasa nak hantar Zarina ke bengkel EMI motor di Kota Bharu. Ok , kesimpulannya, silap saya ialah walaupun cuaca hujan lebat saya tetap redah bawak motor dalam jalan licin macam tu. Dan atas kehendakNya saya eksiden dan alhamdulillah malaikat sambut saya barangkali. Rasa macam diberi nyawa kedua. Pesanan saya kepada kawan-kawan, kalau hujan lebat seeloknya berhenti cari tempat berteduh dulu tunggu hujan reda lepas tu baru teruskan pulas minyak. Pakailah jaket, glove, knee protecter dan fullface semasa ride, semua benda tu penting sangat, memang ajal maut di tangan Tuhan tapi kita perlulah berikhtiar mengurangkan risiko, lagi satu waist bag masa ride ikat di pinggang biar beg betul-betul kat punggung, saya terseret atas jalan mujur ada pouch bag di punggung, tak la rabak seluar dgn punggung ni ha. haha. Alhamdulillah.

 InsyaAllah saya akan belajar dari kesilapan dan akan lebih berhati-hati lagi handle Zarina.

*Dah macam satu cerita pulak aku tulis, haha. Apa pun ini bukan sekadar cerita, ini kenangan yg aku catat dan kongsikan dengan anda semua.

Terima kasih kerana membaca!

Selasa, 24 September 2013

Tukar tayar depan- First time

Assalamualaikum readers!   Topik ringkas pada kali ini ialah tukar tayar depan Zarina...!

Pada 23/9/2013 cukup milleage 13310km bersama Zarina. Tayar asal kilang Z800 adalah Dunlop Sportmax S214 FJ saiz 120/70ZR17 M/C (58W)

Biasa Z800 dapat tayar depan asal milleage dalam 15000km hingga ada yang sampai 18000km. Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mengapa tayar cepat haus. Bergantung kepada cara tunggangan dan cara pulas minyak. Kalau suka main pikup dan selalu layan highspeed maka cepatlah botak tayar anda. Ada juga yang berpendapat tekanan angin dalam tayar mempengaruhi juga kadar kehausan tayar. Saya pun tidak pasti mengenai itu. 


 



Ini adalah Dunlop Sportmax setelah 13310km perjalanan. Dah botak tepi tapi tengah ada lagi dalam 20-30%.  Boleh guna lagi sebenarnya, tapi apakan daya tepi dah botak takde bunga. Ada sekali hari tu korner jadi skid tayar depan, kecut perut ambo. Lepas tu, terus tukar tayar. Bunga tepi penting untuk grip ketika korner biarpun ambo bukan kaki korner. Biarpun T30 jenis sport touring, tetap hentam korner. Sebab ada video dari Rossi tentang Battlax T30.
Tengok video Battlax T30 Tested and Approved by Velentino Rossi dibawah.




Lagi gambar Dunlop Sportmax






Bye Dunlop Sportmax. Hye Battlax T30. Milleage 13310. Botak tepi, tengah ada lagi. Tapi tepi untuk korner. Takde bunga rasa tak grip tayar depan bila korner. Ketar lutut woo.haha 

#Sayangi nyawa anda.





Dumlop Sportmax agak best korner pun grip tapi cepat botaklah sebab bunga lembut. haha



Ambo tukar tayar di Kedai Yo Chempaka, Tanjung Mas. Tukar tayar depan Battlax T30 Sport Touring.





Zarina dengan satu tayar sahaja. haha. Saya dapat berkenalan dengan Ise, motor biru tu juga dari Jertih. Jadi lepas tukar tayar pulas minyak bersama balik ke Besut.


Battax T30 Front. Bunga tayar yang menarik.



Total cost tukar tayar depan Z800?

Battalx T30 saiz 120 : RM430 siap pasang.

Segala service dan maintenance Kawasaki Z800 akan saya kongsikan dalam blog ini insyaAllah akan menjadi rujukan anda semua.

Berikut adalah alamat tempat saya tukar tayar:

Azrul Aziz- 013-9302548

Lot 203A,
Kg Chempaka, Jalan Panji,
16100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Kedai Yo Cehmpaka turut menyediakan untuk upgrading performance seperti Bazzaz, HM Quicshifter, K&N Airfilter,Akrapovic, dan pelbagai aksesori lain.

Sekian, terima kasih meluangkan masa membaca coretan seorang penunggang motorsikal.