Jumaat, 1 Januari 2021

Tayar belakang baru Bridgestone S22!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca, pada 1 Oktober 2020 saya telah menukar tayar belakang baru jenama Bridgestone S22 saiz standard Z800 iaitu 180/55zr/17. 

💸Harga? S22 saiz 180 ini saya dapat dengan harga Rm680 siap pasang tayar tahun 2019. Ok lah tu kan?

Tayar S22 ialah jenis hypersport yang mana agak cepat habis dan boleh bertahan sekitar 10k km pada Z800. Memandangkan saya kurang ride sekarang, saya memilih untuk menggunakan tayar hypersport yang lebih grip, sedap untuk korner berbanding tayar touring yang kebiasaannya saya guna sebelum ni seperti Michelin Pr3 dan Pr4 serta Bridgestone T30. 

Jadi, S22 jika korang yang selalu daily ride tidak berapa sesuai kerana cepat habis. Kalau jarang-jarang tak apa. Selalu ride baik guna touring je.

Ni haa bunga Michelin Pr4 pun tak habis lagi, tapi sebab tayar sudah expired(lebih 5 tahun dari tarikh dibuat). Terpaksa saya tukar tayar baru. Tayar Pr4 ni saya beli baru pada 2016, tapi tayar ini tayar lama tahun 2014. Dah itu je yang paling baru di kedai, ambil je la lagipun kedai beru diskaun banyak juga. Last-last tak sempat botak Pr4 tak habis juga dalam 5 tahun 🤣. Kira-kira ada 20% lagi pada tayar Pr4 ni. Tapi baik tukar kerana orang cakap getah tayar jadi keras selepas 5 tahun ataupun lama tak ride.

Haa ni dia Bridgestone S22!. Cantik bunganya. Tayar baru korang tak boleh nak belasah laju terus atay korner kaw-kaw. Habiskan lilin wax dulu pada tayar, korner turun sikit-sikit. Dah habis dalam 500km baru boleh ride laju macam biasa. Kalau tak nanti licin wax mau tergolek.

Tayar ni saya tukar di satu-satunya pusat servis rasmi KTM di Johor. Safe ride and keep pulas minyak!