Sabtu, 17 Mac 2018

#7 Setelah 5 Tahun bersama. Tukar Rantai & Sprocket Satu Set

#7 Assalamualaikum, alhamdulillah setelah 5 tahun bersama Zarina. Pelbagai kenangan yang membawaku bersama ke mana-mana sahaja.



Bayangkan selama 5 tahun pakai Z8 dari tahun 2013. Saya tak pernah tukar sproket. Rantai baru tukar sekali je masa 30k km. Jadi saya mula mencari kedai yang menyediakan rantai yang kena dengan selera dan saiz sproket yang asal macam kilang. Saiz sproket z8 asal kilang ialah 15 depan & 45 belakang. Rantai yang asal kilang adalah saiz 520. Milleage sekarang lebih kurang 52,000 km sepanjang 5 tahun.

Sekarang saya sendiri dapat merasai perasaan betapa seronoknya bawa motor long distance dari Pasir Gudang-Kelantan.


Selfie dengan AES masa tengah bawak motor.

Jenis rantai? Untuk pengetahuan korang, rantai terbahagi kepada 3. Biasanya korang pernah dengar rantai jenis O ring dan X ring betul tak? Jika anda antara penunggang yang baru menaik taraf motosikal lama kepada versi lebih berkuasa (bermula 150cc ke atas), anda mungkin pernah terbaca tentang rantai gelang-O atau O-ring standard tidak perlu kerap disenggara seperti mana kapcai.
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan O-ring dan apakah perbezaannya dengan rantai biasa?

1. RANTAI 0-RING
Tidak seperti rantai biasa yang ada pada motosikal terdahulu atau bersesaran rendah, rantai O-ring mempunyai gelang getah kecil yang diselitkan antara penutup pautan luar (outside link covers) dan penutup gulung dalam (inside roller covers) pada setiap sambungan rantai, seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Kelebihannya, cincin O-ring mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing seperti habuk dan pasir daripada melekat di celahan sambungan rantai.
Jadi, rantai jenis O-ring mampu mengekalkan ketegangan dan mengekalkan prestasi motosikal lebih lama. Tetapi, tetap bergantung kepada cara tunggangan dan penjagaan. Rantai jenis ini mampu bertahan hingga tempoh perbatuan 30,000km sebelum perlu ditukar baharu.
Walaupun mempunyai jangka hayat panjang, ia tetap memberi impak terhadap prestasi jentera. Geseran yang terhasil daripada gelang O-ring dan permukaan plat rantai menyebabkan kehilangan kuasa parasitik. Melainkan motosikal anda digunakan untuk berlumba, kelebihan yang ada pada rantai O-ring sudah cukup dapat memuaskan hati.

2. RANTAI X-RING
Bagaimana pula jika mahu mengekalkan prestasi untuk tujuan perlumbaan, dan pada masa sama mahu jangka hayat rantai yang lebih panjang?
Rantai gelang-X atau X-ring adalah jawapannya.
Seperti rantai O-ring, rantai X-ring turut mempunyai susunan gelang getah antara pautan rantai. Bezanya, gelang digunakan itu datang dalam bentuk keratan rentas X. Kelebihannya, luas permukaan sentuhan antara rantai dan gelang adalah lebih kecil, dan ini mengurangkan permukaan geseran, sekali gus mengurangkan kehilangan kuasa.
Perbezaan prestasi tidaklah terlalu ketara, tetapi dalam perlumbaan yang mana setiap saat begitu berharga, penggunaan rantai X-ring mungkin penyelesaian yang anda perlukan.
Namun seperti mana-mana produk yang dibina untuk tujuan perlumbaan, harga rantai jenis X-ring adalah lebih mahal, menjangkau dua hingga tiga kali ganda berbanding rantai O-ring berjenama sama. Jika motosikal anda sekadar ditunggang untuk tujuan praktikal, lebih berbaloi kekalkan saja rantai O-ring sedia ada.

Baik untuk rantai jenis yang ketiga ni mesti korang jarang dengar.

3. Rantai Z-Ring
Rantai Z-Ring adalah jenis rantai yang paling tahan yang ada dalam market hari ini. Brand Regina membawa jenamanya ke MotoGp, Moto 2 dan Moto 3. Jadi harga sedikit mahal berbanding X-Ring. Why not give a try kan.

Z-Ring Chains by Regina
The Regina Z-ring gold chain is the longest lasting chain on the market today. The superior design of this chain makes for added longevity in the harshest riding conditions such as mud or sand. If you want the top of the line chain, this is it. The 120 link length is long enough for any make/model off-road motorcycle running any gearing combination. The new, high-performance, outstanding Z-Ring chains take a big step forward with the new patented Z44 seal rings. These new generation seal rings, which feature a special-designed conical shape on their inner side, are the result of the evolution of previous X-ring and Z-ring designs.
Patented “Z” ring sectionZ-ring flexes when assembled, creating a spring effect Guarantees the seal will not diminish over timeZ-ring section provides enhanced chain flexibility Lubricant trapped between plates and lobes of Z-ring keeps the ring lubricated and increases its lifeHigh alloy steel plates and pinsSolid bushing and rollers, shot-peened platesPre-stretched chain that is plated gold .Masterlink is included and replacements are available.

Jadi atas saranan pomen Ashiem Hafiz(tekan perkataan nama beliau untuk terus ke facebook beliau, jangan lupa mention nama saya Amir Aiman Z8 pulas minyak :D), saya try rantai jenis Z ring jenama regina yang touring punya. Kemusnahan wang ringgit lebih kurang Rm500+. Masa dari Pasir Gudang ke Kelantan, saya berhenti sekejap di Usj 7 untuk tukar rantai dan spoket.
Ambik kau puas hati pakai 5 tahun baru tukar. Sproket belakang masih ok, sproket belakang hancur giginya. Haha. Yang saya pakai ni jenis X ring.

Keadaan sproket depan saya yang agak teruk, 5 tahun pakai asal dari kilang tak pernah tukar. Macam ni rupanya, belakang nampak elok je.




Jadi saranan saya, rajinkanlah periksa rantai motor korang. Cuci dengan betul dan rajinkan spray rantai korang. Saya guna spray brand Repsol. Saya tak galakkan guna spray rantai Motul sebab melekit kuat sangat habis pasir lekat di rantai dan jadi cepat bertahi keladak di penutup rantai depan dan belakang motor korang. Apabila pasir melekat, jangka hayat rantai korang tidak sepanjang yang korang harapkan. Jadi, rajin-rajin cuci dan spray rantai ye. 500km sekali spray ke, lepas ride dalam hujan ke. Sebab rantai motor cc besar tidak semurah rantai motor cc kecil. Itu korang kena ingat. Tepuk dada tanya poket.



Selepas tukar satu set sproket dan rantai, cengkaman dapat dirasai apabila kita pulas minyak. Lebih baik dari sebelumnya. Semoga ianya bertahan untuk lagi 5 tahun lagi. Apa? bro tak mau upgrade ka? Tipulah kalau tak nak upgrade kan. Tapi sekiranya ada rezeki mungkin saya akan upgrade ke superbike, mungkin rabbit, mungkin R1. Tapi rasanya tidak berbaloi sebab sekarang saya banyak parking je. Tengah fikirkan untuk memadukan Zarina dulu, kemudian beli kereta, mungkin bila stabil baru upgrade superbike.


Nah sedikit video cara saya cuci rantai Zarina. Jangan lupa subcribe you tube channel Pulas Minyak! <----⬅ Tekan perkataan pulas minyak berwarna ni untuk ke Pulas Minyak Youtube channel dan subcribe!

Terima kasih kerana sudi membaca!


Credit kepada website pandu laju!


Enjoy

Subcribe me for more!

Subcribe my channel.

Check out my blog's: https://pulasminyak.blogspot.com






1 ulasan: