Isnin, 24 Ogos 2026

Helmet Shoei sampai RM118k?






Rugi dan membazir, EVEN A HELMET AS GOOD AS AN ARAI WON’T LAST FOREVER.
Terdapat kenyataan rasmi daripada pihak Arai Helmet mengenai perkara ini. Polisi jangka hayat dan jaminan mereka mengehadkan penggunaan helmet demi keselamatan penunggang.
Berikut adalah kenyataan dan penjelasan rasmi daripada pihak Arai:Polisi Penggantian 5 hingga 7 Tahun. Berdasarkan dokumen Warranty Information Arai serta panduan daripada Snell Memorial Foundation, pihak Arai menetapkan bahawa helmet perlu diganti dalam tempoh:5 tahun selepas tarikh pertama kali digunakan.
Maksimum 7 tahun daripada tarikh ia dikilangkan (walaupun helmet tersebut belum pernah digunakan dan disimpan di dalam kotak).Penjelasan Sains oleh Pihak AraiMelalui kenyataan rasmi dalam Soalan Lazim (FAQ) Arai, mereka menjelaskan punca penurunan tahap keselamatan tersebut:
Penyusutan Sel Udara EPS (Polisterin): Pelapik EPS berfungsi menyerap hentakan melalui sel polisterin yang dikembangkan dan diisi dengan udara. Pihak Arai menyatakan bahawa seiring berjalannya waktu, sel-sel EPS ini akan kehilangan poket udara secara berperingkat.Ujian Standard Keselamatan:
Selepas tempoh 7 tahun, keupayaan pelapik EPS untuk menyerap impak akan merosot di bawah standard keselamatan yang ditetapkan oleh Arai. Oleh itu, helmet tidak lagi mampu memberikan perlindungan impak yang maksimum jika berlaku kemalangan.
Faktor Luaran Tambahan: Selain faktor masa, bahan kimia harian seperti peluh, minyak rambut, produk penjagaan kulit, serta pendedahan kepada sinaran matahari (UV) turut mempercepatkan proses pereputan struktur dalaman helmet.Walaupun cengkerang luar (outer shell) buatan tangan Arai kelihatan berkilat dan kukuh seperti baharu, bahagian penyerap hentakan di dalam telah mengalami penuaan semula jadi.
Namun, peminat Arai tetap menganggap helmet Arai sebagai satu aset bernilai mengikut model dan harganya boleh melampui batas serta diterima oleh para pemain dan peminat yang mana individu tersebut "duit tidak habis".
Model Arai yang terkenal dan menjadi permintaan tinggi selalunya akan ada model tiruan sama seperti original jika dilihat dari jauh. Namun, jangan sesekali beli topi tiruan kerana tempurung helmet tidak sekuat tempurung topi original Arai. Keselamatan mesti utama!
https://s.shopee.com.my/7VFqMo4NnH https://shoeiuk.com/blogs/news/how-long-does-a-shoei-helmet-last?srsltid=AfmBOora-NsdoGRGG_PybBJkTIPsSHfS6zniWA31Mi5qlDSHW4cshXWX
Teruskan bersama Pulas Minyak!
See less

 https://s.shopee.com.my/7VFqMo4NnH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan