Pertama ialah valve cleansing:
Motosikal anda kurang bermaya?💤
✔Enjin kasar?🚜
✔Pikup kurang memuaskan?💥
✔Penggunaan petrol tinggi? 🔥
Gabungan teknologi Valve Cleansing Germany akan menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan diatas!!
Harga pengenalan untuk valve cleansing adalah RM100.00 sahaja dan Engine Flush hanya RM15.00 sebotol.
Mengapa perlu cucikan valve enjin Motosikal anda?
🚩 Pembakaran petrol tidak sempurna akan membentuk karbon melekat kepada valve. Sekiranya ianya tidak dicuci, pembakaran tidak sempurna akan terus berlarutan dan akan menyebabkan penggunaan petrol yang sangat tinggi dan juga enjin akan menjadi lemah!
Mengapa perlu engine flush?
♨ Setiap kali menukar minyak pelincir, segala kotoran dan habuk besi tidak akan keluar sekiranya tidak cuci menggunakan flusher.
🔧Apa yang terjadi apabila minyak pelincir lama bercampur dengan minyak pelincir baru?
♻ Dalam masa beberapa minit sahaja minyak baru akan menjadi kotor tanpa anda sedari!
⚠ Hasilnya.. enjin Motosikal akan menjadi berat dan penggunaan petrol akan tinggi!!
Call/whatsapp untuk tempahan slot 0137257373 Cik Eizy
Dimana lokasi kami?
NO.9 Jalan Putra Perdana 2/1, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Valve cleansing tidak memerlukan head di buka. Hanya menggunakan teknologi dan sedikit addictive untuk mencuci karbon dan kekotoran pada valve. Dua jam sudah siap. Namun Valve clearance memerlukan membuka head untuk menukar apa yang dipanggil 'shim' yang merangkumi beberapa biji pada valve. Saya pun tak pandai nak explain macam mana. haha. Untuk motorsikal yang milleage baru rendah, sesuai untuk buat valve cleansing, valve clearance untuk motornya milleage dah banyak. Lagipun, kos valve cleansing lebih murah berbanding valve clearance yang mencecah Rm1000. Pilihan di tangan anda. Selepas valve cleansing motor terasa lebih pikcup, lancar, respon pendikit minyak cepat apabila dipulas, penukaran gear lancar. Macam motor baru keluar kilang. haha.
Berbalik kepada cerita hari ini, saya menempah tayar Michelin Pilot Road 4(PR4) di kedai motor HVM Jertih. Saya masih setia dengan saiz asal tayar belakang z800 iaitu 180. Sebelumnya saya menggunakan tayar Pilot Road 3(PR3). Milleage yang saya dapat dengan PR3? 14,068KM bersama PR3 belakang.
14,068 km bersama PR3, kalau tengok pada keadaan tayar masih boleh lagi guna untuk 500km. Tapi kita kena pentingkan keselamatan. Bayangkan bunga dah out apa yang dirisaukan tayar tidak grip semasa korner atau brek emergency atau ketika hujan.
Aslkm tuan..sy br jumpa blog tuan ni n mmg menarik minat sy sbb sy teringin nk tau sgt pasal z800 ni..sy cadang nk bli z800 used utk guna ulang alik kerja hari2..jarak perjalanan pergi blk 120km(highway)..so sy nk tau fuel consumption z800 ni average berapa erk?
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih sebab sudi jenguk blog saya yang tidak seberapa ini. OK straight to the point, dalam keadaan harga minyak yang turun naik pada ketika ini. Saya menganggarkan consumption minyak z800 average ialah Rm10 untuk 100km, itu kira cincai, sebenarnya Rm10 boleh pergi 100km lebih. Pada meter motor saya average lebih kurang 18km per liter. Tapi percayalah tuan, cara kita ride cara kita bawak motor banyak mempengaruhi consumption minyak, sekiranya kita ni jenis kuat main pikup, sentiasa bawa laju, maka minyak makan kuat sikit. Untuk jimat try bawak sampai 130km/h dan ke bawah yakni apabila lambang PERKESO timbul pada meter, haa itu baru mode jimat. Biasa z80 selesa bawak 140-160km/h itu sudah memadai. Jika tuan isi Rm20 atau penuh saya gerenti cukup untuk 3 hari tuan ulang-alik pergi kerja dengan kelajuan tak lebih 130km/h.
PadamTerima kasih daun keladi.
terima kasih tuan atas respon.info y berguna utk newbie mcm sy..insyaAllah klu loan lulus lepas raya moto keluar..igt sempat moto keluar sblm raya..klu x blh pakai bwk blk kg kt kelantan..hehe..
PadamSama-sama bro. Saya 3 Julai berkhidmat di Sk Kota Masai, Pasir Gudang. Ride Johor le pulok. haha
PadamAsslmulikum tuan...blh tak bgi kan no wssp tuan utk kesenangan sy berurusan dgn tuan
PadamWaalaikumusalam, 0136405495
PadamAssalamualaikum tuan. . Nk tanya ekzos standard z8 blh psg kat versys 650 x
BalasPadamWasalam, sorry lambat balas. Maklumlah blog sekarang bukan bahan bacaan diminati masyarakat sekarang, Facebook memonopoli. haha
PadamEkzos muffler atau tabung dia boleh psg kat versys cuma kena yg pendek dan buat mid pipe yg sesuai untuk versys. Mungkin ada kedai yg jual ready stok sekali dgn midpipe. Brand sc project bunyi prang.
Salam tuan..nak tanya z8 saya beli tahun 2014..mllge dlm 30+++..perluke saya buat vc??motor kurang power.bila dh full gear vibrate..macam minta masuk.gear..mohon pencerahan tuan
BalasPadamWasalam, sorry lambat balas balik cuti raya tak jenguk ke sini. 30k rasanya tak perlu buat vc lagi. Cuba buat valve cleansing di moto garage. Saya rasa z800 dah cukup power. Vibrate tu kat mana? Z800 memang rasa gear macam tak habis. Ada orang yang turunkan spoket belakang untuk kurangkan rasa nak mintak gear tapi pikup kurang sikit. Cuba cek bearing tayar depan belakang, mungkin bearing pecah ataupun tayar belakang or depan kena balancing balik. Cek timah kat rim tu ada lagi ke tak.
PadamBtw motor saya dah 55k km.
Kawe pon teringin nak rasa naik z800 ni. Mai sewa seminggu bosku. Hehehe
BalasPadamSaya doakan bro dapat memiliki z800. hehe
PadamSalam cikgu..ape jadi ye kalau kita masuk 190/50 utk tyar balakng..
BalasPadamWasalam. Boleh masuk 190. Tapi cari 190/55 lebar sikit. Harap tuan baca. Saya tak sempat nak cek hari-hari di blogger sebab dia tak naik notification jadi tak perasan. Jangan lupa subcribe channel youtube saya 'pulas minyak'. Tq.
PadamSalam boss road tax+insurance 3rd parthy brapa eh utk z800 ni
BalasPadamWasalam, saya pun tak pasti. Saya punya max ncd dalam Rm1080 roadtax dan insurans first party all rider. Tak digalakkan insurans 3rd party untuk big bike bro. Kalau nak jimat sikit buat insurans single rider dan cover rendah sikit.
PadamAalam cikgu..Minyak 4t mana yg lebih sesuai ye cikgu...semi ke fully..huhu
BalasPadamAssaAssalammualaikum tuan,untuk valve cleaclear ni, mileage 50,000 dh boleh buat ke, sy xpernah lagi buat
BalasPadam*clearance
PadamWaalaikumusalam, dah boleh buat. Dalam manual sebelum 50k km dah kena buat. Tapi saya sekarang dah 57k km tak buat lagi. haha. Sebaiknya boleh cek dan terus buat. Atau alternatif lain boleh buat valve cleansing sahaja di moto garage, proses yang tak buka head, tak usik original kilang. Dia akan cuci vavle pakai produk liqui moly. Nanti lepas buat moto rasa ringan macam keluar kilang, respon throttle cepat.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPerlu buat valve cleansing. Kejap je. Buat sekali dengan tukar minyak hitam. Nanti akan rasa perbezaan throttle lebih respon dan lancar macam keluar kilang. Cuba tanya moto garage dia ada buat. Janji jangan lenjan rpm sampai rapat selalu insyaAllah valve tahan lama.
PadamAssalamualaikum bossku..
BalasPadamAmbo teringin sangat nak ride Z800 ni..
Ado x saing2 yg nak jual murah2 atau pun sambung bayar..hihi... Z900 pun ok juge.
Boleh wasap saya - 01110553499
p/s; info bossku sangat berguna utk pemilik2 superbike 💪👍
Waalaikumusalam, saya doakan bos dapat memiliki z800 suatu hari nanti. Cuma nasihat saya elakkan ambil sambung bayar, kelak kalau jadi apa-apa bro tak dapat tuntut apa-apa sebab nama bukan milik bro. Boleh je beli z800 second dala lingkungan rm25k sekarang. Kalau jumpa bawah rm25k jackpot. Lagi puas hati ambil yang baru. hehe
Padamboss berbaloi ke nak ambk z800 untuk tahun 2019 nie....ikut hati mmg geram dkt z800 nie..hehe
BalasPadamBerbaloi kalau bos berkenan z8. Cuma mahal sikit.
Padamz900 lagi ok dari z800, yg berkenan kat z8 tu dah kenapa.. lagipun z800 nye production dah stop..
BalasPadamMesti z900 lagi baik teknologi mesti lagi cantik. Tapi z8 apa kurangnya. Tu la pasal dah stop production z8. Tapi z8 paling banyak atas jalan kategori naked.
Padamnumberphone dah lain ke ?
BalasPadamNombor phone siapa? Saya? Masih sama.
PadamBoss motor z8 sy ni engine bunyi mcm kasar tu kira normal ka? Millage baru 25k
BalasPadamKasar macam mana tu? Kalau lepas tukar minyak hitam dan filet bunyi kasar mungkin sebab ada angin apa ntah kena buka sikit dan ketatkan balik oil filter. Kalau tak. Normal je.Cuba post video dalam group z8 malaysia. Kat sana ramai boleh beri pendapat.
PadamBossku x main corner ke
BalasPadamJarang bos, sekarang stay Pasir Gudang. Nak korner di Mersing pun kawan ramai kerja kilang ahad baru free. Ahadnya saya sekolah.
PadamNak tanya kalau 250cc mmg kena pakai fully synthetic ke? Berapa km baru tukar oil filter dan minyak hitam
BalasPadamTak wajib pun pakai fully synthetic, tapi itulah yang terbaik. Tetapi kos agak memusnahkan wang ringgit. Semi synthetic sudah memadai untuk daily ride. Belum pernah dengar enjin rosak sebab pakai semi. Kalau pakai jtx ada juga pernah dengar. Opps. Seeloknya semi 5k baru tukar, ada orang rekemen 3k, fully orang cakap boleh lajak lebih lagi milleagenya.
PadamHi tuan.. Nak tanya saya pakai versys. Ada nampak mcm leaking dekat gasket oil ring head. Banyak ke kos yang nak repair. Boleh rekemen kedai yang bopeh repair.. Saya duduk kajang.
BalasPadamHI tuan, sorry lambat reply. Saya rekemen bengkel 66 speedbike di No 63-G, Jalan Nautika B U20/B. Section U 20, 40160 Sungai Buloh. Saya tak pernah cuba tapi bengkel tu nampak kerja kemas dan teliti. Kos saya pun tak pasti. Alang-alang buat valve clearance terus. Tak sampai 1k rasanya.
PadamAssalamualaikum tuan... 45k milage nk clearsing ke clearance???
BalasPadamWaalaikumusalam, cuba buat valve cleansing dulu. Nanti milleage tinggi baru buat valve clearance.
PadamSalam...sya baru pakai z800 ni...cuma masalah sya kurang arif dgn jentera z800.sya nk tnya ada kah perkara biasa klu jln jauh enjin menjdi panas..mohon pencerahan...tq
BalasPadamWasalam, normal enjin jadi panas atau keseluruhan bahagian enjin terasa panas di peha. Bacaan temperature biasanya 105 gitu tak lebih 110 c.
BalasPadamAssalamualaikum warrahmatullah tuan... Saya baru ambil versys650(model baru) ... Minyak pelincir apa yg sesuai utk motor saya dan kebiasaan perlu beli brp botol?
BalasPadamPetronas F700 pun dah ok, semi. Kalau ada bajet terus ke F900. Kalau nak beli jenama lain macam Liqui Moly, harap beli dari pengedar sah. Sekarang banyak sangat minyak tiruan. Takut nanya enjin kena minyak tiruan. Harap tuan baca.
PadamAssalam tuan..boleh berikan tips kalau nk beli motor z8 secondhand? Apa perkara yg perlu diteliti.
BalasPadamAssalammualaikum.. moto r25 milage 43k.. stakat ni just maintenance minyak enjin & oil filter je.. blh suggest ape mantenance yg perlu buat.. wasap 0177624348. Tq
BalasPadamWaalaikumusalam. Haa lebih 50k bolehlah buat valve cleansing dulu, tak lama lepas tu boleh buat valve clearance, tukar plug, air filter, coolant dan servis fork sekali. Harap tuan baca.
PadamSalam tuan, boleh bagi pencerahan mana lagi better ? Dalam dilemma nak ambil r6 atau z8 ? Bole tuan rekomen ?
BalasPadamWslam, pada pandangan saya, terpulang kepada keperluan tuan. Kalau motor tu nak buat ride daily pergi kerja. Baik ambil z8. Posisi lagi selesa dan senang mencilok. R6 tak berapa sesuai nak mencilok trafik kereta banyak. Kalau weekend ride. R6 cun, sekali pergi korner dekat Karak, perghh rasanya R6 lagi mantap dari z8. Tapi long distance rasa R6 sakit pinggang sikitlah. Maintainance rasanya lebih kurang sebab sama-sama 4 dapur. Cuma harga R6 lagi mahal dari Z8. Kalau nak laju, takat mana sangat boleh laju. Highway 160-170 dah cukup, laju sikit dari kereta. Tak dinafikan R6 lagi selesa high speed dari Z8 motor bogel. Kalau tuan jenis ride jauh, saya cadangkan ambil motor yang ada tong. Bawa orang rumah pun selesa. Tepuk poket tanya kemahuan. Harap tuan baca balasan saya.
Padamsalam...tn. nak bt valve cleansing anggran berapa harga?
BalasPadamWsalam, rasanya bawah Rm200 valve cleansing saja. Seeloknya tukar sekali minyak hitam masa valve cleansing. Terpulang nak pakai minyak semi atau fully. Kalau fully koyak sikit. Bajet dalam 400 lebih kalau 4 botol minyak hitam. Ada fulus kalau milleage dah banyak terus buat valve clearance dalam seribu lebih dah complete. Harap tuan baca.
Padamsalam tuan, saya pemilik z800 baru 1 bulan lebih, mileage around 41k, boleh tuan suggestkan brake pad jenis apa yang sesuai?
BalasPadamWsalam. Saya cadangkan brake pad jenama SBS sinter. atau apa-apa jenama yang ada perkataan sinter. Prestasi lebih baik berbanding yang tiada sinter. Harap tuan baca. Notification tak keluar di telefon, saya kena buka laptop baru dapat tengok.
PadamSalam tuan, sy bru tukar bateri Z8, bila hidupkan lampu bateri menyala...
BalasPadamWsalam, cuba bawa ride jauh sikit nanti dia hilang. Nak tinggal lama tak start saya saran cabut terminal negatif. Nanti bateri weak nak start tak hidup pulak.
PadamAssalam. Ckg, sy dri Skudai. sy pakai z250 ABS,baru je pakai, mileage sebulan cuma 1k skrg odo 11,500 soalan, bila sy kna buat valve clearance ? Mmg amalan sy myk semi tukar setiap 3000km. Dan plug nak tukar sekali ke ? Tkasih ats jawapan.
BalasPadamMilleage 30k boleh buat valve cleansing. 60k buat valve clearance.
PadamWsalam. Rujuk di sini tuan. https://www.manualslib.com/manual/857607/Kawasaki-Z250.html?page=83#manual
BalasPadamBaik. Tkasih ckg.
PadamLambang perkeso itu tandanya dalam mode jimatlah ya
BalasPadamMaaf bertanya
Lambang perkeso itu tandanya dalam mode jimatlah ya
BalasPadamMaaf bertanya
Ya, mode jimat. Lambang perkeso tu muncul bila bawa bawah 130km/h. Z8 agak parah juga minyak melainkan bawa tak tarik pickup dan tak lebih 130km/h. Tapi apa ada hal. Pasang quickshifter kena tarik pickup sikit baru best. Minyak parah belakang cerita.
Padamsalam tuan,
BalasPadamkalau sy nk beli z800 tahun 2013-2014 + millage dlm 20k-30k berbaloi ke?
sbb sy takut motor tahun lama ni akan ada banyak 'sakit2' dia.
Wsalam, berbaloi tuan milleage 20-30k. Tengok kondisi motor macam mana, nak lagi sedap lepas beli running sikit lepas tu buat valve clearance. Tapi saya cadangkan ambil yang model yang ada ABS, lagi sedap brek. Saya punya first model non ABS. Dari 2013, bulan 3 tahun ni sudah 9 tahun bersama. Milleage baru 60k. Belum ada masalah major.
PadamSalam tuan..maaf lari topik..nk tya pendapat tuan sesuai x moto z8 ni dgn org yg badan kecik dgn tggi 163cm..sy bercdg nk ambk z8..
BalasPadamWsalam, sesuai. Asalkan sampai berpijak mengawal motor masa berhenti dan biasakan dengan handling terutama trafik jem kena berjengket sikit pun tak apa asal tak tumbang motor. Saya 170cm je. Saya tak rekemen pakai lowering kit sebab handling akan lari bila korner. Saya ada cuba ride z8 kawan yang pakai lowering kit. Nak turun korner tu rasa tak sedap. Setting height standard dah cukup sedap untuk layan korner push to the limit kita untuk berentap main korner kalau jiwa tuan suka kekoneran. Kalau ride biasa-biasa, nak pakai lowering kit pun tak ada masalah. Z8 ni antara naked bike yang berat handling dia, jadi, ambil masa sesuaikan diri dengan handling z8. Safe ride bosku!
PadamAsslmualikum tuan...sy duk kluang johor dn tmpt lahir sy di pasir gudang...sy nk minta pendapat tuan adkah perlu sy bt vc dlm keadaan odo meter sy mencecah 55k skg nie dn di area johor ad tk bengkel yg blh bt vc? Tuan blh bgi no phon tuan skli...bila sy blik sna blh lh kita brjumpa utk pershbatan
BalasPadamassalamualaikum cikgu...kalau guna minyak hitam shell ultra untuk z9 ok x
BalasPadamWaalaikumusalam, boleh asalkan ultra untuk motor. Tak kisah semi synthetic, fully lagi baik. Yang penting original bukan tiruan.
PadamSalam tuan, nak Tanya kalau motor Er6n kawasaki. Bila kita bawak dan lepas minyak dia ada mcm menarik kenapa yerr...
BalasPadamWsalam, menarik macam mana tu? ke kabel throttle problem?
PadamAssalamualaikum.... Sy baru beli z8 tahun 2013 mileage dh 58k..ade yg cakap z8 nie masalah valve patah lepas tu suggest sy tukar valve z8ABS... Adakah perlu sy tukar valve tu tuan? Tq
BalasPadamWaalaikumusalam, perlu buat valve clearance. Ada modal lagi baik buat penukaran valve yang lebih tebal supaya tahan. Baca post saya di sini. Ada tulisan biru link ke video penjelasan tentang masalah valve z8 zaman sebelum abs. https://pulasminyak.blogspot.com/2021/08/z800-valve-putus-itu-kejam.html
Padam