Memaparkan catatan dengan label Kawasaki z800 terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawasaki z800 terengganu. Papar semua catatan

Rabu, 31 Januari 2018

Cover Terbaik Untuk Motor Korang!

Assalamualaikum, lama tak update, saya nak kongsi cover ataupun selimut motor terbaik untuk motor korang, padan dengan Z800 dan seumpamanya. Mungkin untuk kapcai sedikit labuh kena ambil saiz kecil sikit. Saya beli ni saiz XL tak ingat dah.

Saya beli di Lazada dengan harga RM30, barang dari China, sangat berkualiti, kalis air, kalis uv, kalis kucing, tetapi tidak kalis ride. haha.

Enjoy

Subcribe my channel for more!


Check out my blog's: pulasminyak.blogspot.my

Follow my instagram's: amir_aiman_zuraidi

Facebook page: search , pulasminyak.blogspot.


Isnin, 4 April 2016

Tukar Tayar Depan Kali Ketiga

Alhamdulillah sudah 3 tahun bersama Zarina. Ini merupakan kali ketiga tukar tayar depan. Tayar stock dari kilang dulu ialah Dunlop Sportmax yg hanya tahan pada 7000 km. Tayar  depan kedua dan ketiga ialah Bridgestone Battlax T30 yang boleh pergi dalam 17000km. Tayar yang keempat iaitu yang baru tukar ni ialah Michelin Pilot Road 3(PR3) yang mana sama dengan tayar belakang yang saya tengah pakai sekarang. Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi.

              Ok, bercakap mengenai tayar saya ingin memberi review ataupun feedback dari pengalaman saya sendiri berdasarkan penggunaa dua jenis tayar iaitu T30 dan PR3. T30 adalah tayar touring yang memberikan grip yang baik ketika cuaca tidak hujan@dry road. Tetapi agak menggelikan ketika hujan atau jalan basah. Maka tidak hairanlah apabila mengambil selekoh ketika jalan kering kita akan berasa yakin untuk lean dengan baik dan lebih rendah.

              Bagi P3 pula, saya rasa ketika kering grip boleh tahan tapi tidak semantap T30. Ketika hujan saya tak pernah try lagi. Berdasarkan saya baca review di forum-forum di internet mengatakan PR3 sangat baik ketikan jalan basah atau hujan. Mungkin juga sebab faktor bunga tayar yang cukup baik.

           
Ini dia Bridgestone T30 yang memberikan khidmat terbaik. Pasti anda tertanya-tanya kenapa tukar sedangkan tengah masih ada bunga kan? Cuba tengok tepi bunga sudah licin buat hati saya goyang nak korner. haha.




   Saya akan perinci dengan lebih terperinci kenapa bunga tayar depan belah kanan lebih cepat habis berbanding bungan belah kiri mengikut kepada teori saya  dalam entry seterusnya nanti. haha







This is the fourth front tyre including 1 stock tyre within 3 years! The second and third front tyre i'm with Bridgestone Battlax T30 with range of mileage 15000-17000km. Such a good choice for touring and cornering but a litte bit slippery in wet condition. For now let's take a look the performance of Michelin Pilot Road 3 and how long the milleage can go with it.


Saya tukar tayar di HVM Autopart, Jertih, Terengganu dan selalu sangat tukar tayar sini sebab service terbaik pandai kecek buleh diskaun. haha.

       Nasihat saya, buat pilihan terbaik, pilihan di tangan tayar. Kalau tanya saya semestinya saya pilih Supercorsa sebab saya kaki korner. haha. Tapi apakan daya saya daily ride dan kena guna tayar touring dan value for your money. Selamat mencuba!


https://www.facebook.com/pulasminyak/











Rabu, 26 Februari 2014

Layan Coconut Shake Mok Su, Pasir Mas

     Assalamualaikum, pada entry kali ini ringkas sahaja. Saya memang seorang penggemar coconut shake. haha. Sape tak kenal coconut shake? Kalau datang Kelantan tak pekena coconut shake Mok Su memang rugilah. Pada mulanya saya merancang dua tiga orang kawan untuk lepak bersama pekena coconut shake mok su. Kedai dia terletak di Bandar Pasir Mas, tepi rail keretapi. Tanya orang situ mesti dia kenal coconut shake mok su. Saya dari Besut, lepas kelas pukul 4 terus 'soa mulah' ke tesco Kota Bharu, jumpa Ariff Fahmi sebab dia sorang jer yg confirm nak pergi, saya tak ajak ramai sebab ni saja nak lepaskan gian pekena coconut shake Mok Su.

    Sampai di kedai terus order coconut shake vanilla chip gelas besar, bihun celup speacial sebab perut berkeroncong kelaparan. haha Belanja gambar sikit. Kalau orang bercinta mahu dating di sini memang sweet lah sebab coconut di sini manis, rasa lemak pekat. Uzghhhh! haha
   
Sampai meleleh dia punya ais krim. Uzzzghhhh!
Hanya berdua sahaja.

Hidangan petang tadi
                          
Senja di kedai Mok Su.
                           
M4 semak weh. Sedap bunyi.
                        

Brader Ariff Fahmi, thankiyu sudi lepak dgn ambo.
                            
I'm simple person. Just love to riding. 
                            
      Dari Besut ke Pasir Mas ikut laluan saya lalu tadi lebih kurang 88km sehala, pergi Pasir Mas semata-mata nak minum coconut shake Mok Su. haha. Tapi minat coconut shake punya pasal, saya terus pulas minyak ke Pasir Mas. Pasir Mas ore tino comel-comel. Kedai ni tutup pukul 6.30 ptg. Jumaat cuti. Saya rasa ini coconut shake terbaik di Kelantan yang saya jumpa. Sape yang tak try lagi bolehlah pekena coconut shake thorbaik ni.

 Sekian saja perkongsian dari saya sebagai peminat tegar coconut shake. Uzzghhhh!! :)


Selasa, 15 Oktober 2013

Down 14/10/2013

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pun tak tahu nak menceritakan macam mana pengalaman pahit saya pada kali ni. Begini, hari isnin sehari sebelum raya korban, macam biasalah kalau cuti pulas minyak balik rumah dari Besut ke Kuala Krai. Sampai di Bukit Bakar hujan lebat, saya teruskan perjalanan walaupun hujan sebab barang-barang penting dah masuk dalam plastik semua gerenti tak basah. Dalam kelajuan steady 50km/j ke 80km/j(jalan straight belasah laju jugak , haha)  lepas Caltex Bt Jong ada dua selekoh, selekoh pertama tajam, selekoh kedua tak tajam tapi jalan ada bumping sikit. Pada selekoh kedua ambil korner steady tiba-tiba tayar belakang slide, handle jadi bergegar sikit macam 'tank slap' kemudian saya terus terpelanting ke kanan ke atas permukaan jalan. Saya ketegorikan kemalangan saya sebagai 'highside crash', cehh! haha. Jalan tempat saya jatuh tu agak luas, masa terpelanting saya jatuh lutut dulu kemudian siku dan tergelunsur dalam keadaan tertiarap kemudian saya alihkan badan biar berada gelunsur keadaan baring sebab saya sedar saya tergelunsur atas jalan masuk arah bertentangan. Masa tengah tergelunsur masuk arah bertentangan, ada tiga buah kereta datang arah saya. Dua kereta sempat mengelak dari terlanggar saya, Proton Exora putih paling dekat nak rempuh saya, mujurlah pemandu tu sempat mengelak dari gilis saya. Kemudian saya terus tergelunsur hampir 80 meter atas jalan dan bila nak sampai kaki lima jalan, badan saya terguling menyebabkan kepala terhantuk pada tar dan memberikan kenangan pada helmet LS2 saya. Nasib baik saya tak gelunsur terus dalam longkang kira-kira 2 meter dalam. Fuhh selamat.

  Lepas tu saya terus bingkas bangun, ada seorang pak cik tua bawak rxz dari arah bertentangan dy berhenti depan saya, barangkali dia menyaksikan saya meluncur atas jalan. Saya bangun terus cari motor yg tersadai 5 meter dari tempat saya berguling. Nak angkat motor tak larat beb 229kg, pak cik rxz tadi tolong angkat, tengok-tengok, rim depan hancur. Dalam hati "Ya Allah keno gapo ni hancur rim takdok batang rim sebatang habuk". Saya pun dirikan motor dengan double dics depan macam dalam gambar.


Ni yang tak sempat mengelak masa motor saya gelunsur atas jalan, rim depan motor berlaga dengan rim depan kereta, pecah tayar kereta beliau.

Belakang ok takde apa-apa
Depan teruk, semua sparepart harga kasar, rim, fork.
 Masa tu hujan masih lebat, tiba-tiba ada beberapa bikers datang menghampiri, saya terkejut bikers ni mai dari mana kan. Yang saya kenal Amir Kelbikes dan geng-geng ducati. Dia tanya ok ke tak, sambil belek-belek tubuh saya takot ada luka ada patah mana-mana, saya cakap ok takde pape, dia suruh saya pecat jaket dan rilex dulu di bangunan berhadapan ecopark. Perasaan amat berdebar dan gemuruh sebab ramai orang datang kemurun saya sebab nak tahu keadaan saya mungkin. haha. Rupanya-rupanya Amir Kelbikes kebetulan lepak dekat kedai di bangunan ecopark. Lepas tu ada abang dari HHBG(Huru-Hara Bikers Group) yang datang menolong, dia tolong adjustkan hilux. Angkat z8 saya ke Balai polis Kuala Krai sebab abam polis nak ambik gambar motor, lepas tu letak moto di rumah Cikgu Rahim di Sg Durian.



Dari sudut depan
Jadi, saya pulas minyak LC saya lah pulas bila long ride, biasa LC pulas di rumah jer. haha. Apa pelik ke saya pakai riding gears macam ni bila bawak kapcai? Saya dari dulu lagi belajar biasakan diri pakai  riding gears. Terima kasih Mubarak Ahmadinejad, Naz Joe LCS, Muhd Syazwan ajar ambo pakai laguni.
Terhentak dan terseret kepala lutut, nasib baik pakai benda ni.
Terhentak helmet.


Thumb ups bro! haha. Layan LC dulu sementara motor siap repair.


   Jutaan terima kasih kepada abang-abang HHBG sebab sudi tolong, tolong angkat motor saya naik pikup. 9 orang angkat pun masih berat. Fuhh.HHBG merupakan group bikers berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Saya pun ahli HHBG, tapi jarang turun lepak di kedai MAMA, Guchil sebab ada komitmen belajar di IPG Sultan Mizan, Besut. Jadi saya tak berapa kenal ramai lagi bikers, kenal sorang dua ja. haha.

   Ni gambar semasa nak hantar Zarina ke bengkel EMI motor di Kota Bharu. Ok , kesimpulannya, silap saya ialah walaupun cuaca hujan lebat saya tetap redah bawak motor dalam jalan licin macam tu. Dan atas kehendakNya saya eksiden dan alhamdulillah malaikat sambut saya barangkali. Rasa macam diberi nyawa kedua. Pesanan saya kepada kawan-kawan, kalau hujan lebat seeloknya berhenti cari tempat berteduh dulu tunggu hujan reda lepas tu baru teruskan pulas minyak. Pakailah jaket, glove, knee protecter dan fullface semasa ride, semua benda tu penting sangat, memang ajal maut di tangan Tuhan tapi kita perlulah berikhtiar mengurangkan risiko, lagi satu waist bag masa ride ikat di pinggang biar beg betul-betul kat punggung, saya terseret atas jalan mujur ada pouch bag di punggung, tak la rabak seluar dgn punggung ni ha. haha. Alhamdulillah.

 InsyaAllah saya akan belajar dari kesilapan dan akan lebih berhati-hati lagi handle Zarina.

*Dah macam satu cerita pulak aku tulis, haha. Apa pun ini bukan sekadar cerita, ini kenangan yg aku catat dan kongsikan dengan anda semua.

Terima kasih kerana membaca!

Selasa, 24 September 2013

Tukar tayar depan- First time

Assalamualaikum readers!   Topik ringkas pada kali ini ialah tukar tayar depan Zarina...!

Pada 23/9/2013 cukup milleage 13310km bersama Zarina. Tayar asal kilang Z800 adalah Dunlop Sportmax S214 FJ saiz 120/70ZR17 M/C (58W)

Biasa Z800 dapat tayar depan asal milleage dalam 15000km hingga ada yang sampai 18000km. Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mengapa tayar cepat haus. Bergantung kepada cara tunggangan dan cara pulas minyak. Kalau suka main pikup dan selalu layan highspeed maka cepatlah botak tayar anda. Ada juga yang berpendapat tekanan angin dalam tayar mempengaruhi juga kadar kehausan tayar. Saya pun tidak pasti mengenai itu. 


 



Ini adalah Dunlop Sportmax setelah 13310km perjalanan. Dah botak tepi tapi tengah ada lagi dalam 20-30%.  Boleh guna lagi sebenarnya, tapi apakan daya tepi dah botak takde bunga. Ada sekali hari tu korner jadi skid tayar depan, kecut perut ambo. Lepas tu, terus tukar tayar. Bunga tepi penting untuk grip ketika korner biarpun ambo bukan kaki korner. Biarpun T30 jenis sport touring, tetap hentam korner. Sebab ada video dari Rossi tentang Battlax T30.
Tengok video Battlax T30 Tested and Approved by Velentino Rossi dibawah.




Lagi gambar Dunlop Sportmax






Bye Dunlop Sportmax. Hye Battlax T30. Milleage 13310. Botak tepi, tengah ada lagi. Tapi tepi untuk korner. Takde bunga rasa tak grip tayar depan bila korner. Ketar lutut woo.haha 

#Sayangi nyawa anda.





Dumlop Sportmax agak best korner pun grip tapi cepat botaklah sebab bunga lembut. haha



Ambo tukar tayar di Kedai Yo Chempaka, Tanjung Mas. Tukar tayar depan Battlax T30 Sport Touring.





Zarina dengan satu tayar sahaja. haha. Saya dapat berkenalan dengan Ise, motor biru tu juga dari Jertih. Jadi lepas tukar tayar pulas minyak bersama balik ke Besut.


Battax T30 Front. Bunga tayar yang menarik.



Total cost tukar tayar depan Z800?

Battalx T30 saiz 120 : RM430 siap pasang.

Segala service dan maintenance Kawasaki Z800 akan saya kongsikan dalam blog ini insyaAllah akan menjadi rujukan anda semua.

Berikut adalah alamat tempat saya tukar tayar:

Azrul Aziz- 013-9302548

Lot 203A,
Kg Chempaka, Jalan Panji,
16100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Kedai Yo Cehmpaka turut menyediakan untuk upgrading performance seperti Bazzaz, HM Quicshifter, K&N Airfilter,Akrapovic, dan pelbagai aksesori lain.

Sekian, terima kasih meluangkan masa membaca coretan seorang penunggang motorsikal.









Ahad, 30 Jun 2013

Ride Terengganu-Kelantan-Thailand

Assalamualaikum, team Z800 Terengganu dan Kelantan kali ini ride ke Thailand. Dengar Thailand mesti anda semua ingat kami ride jauh kan? Sebenarnya kami ride ke Pekan Sg Golok sahaja. haha Ride ini boleh dikatakan sebagai permulaan ride ke Thailand. InsyaAllah pada 24-27 Oktober ni Z800 Terengganu Comunity akan buat program ride to Krabi. Ok, berbalik kepada cerita ride pada kali ini, saya RV dengan z800 di Shell Wakaf Lichong. Terus pulas minyak ke Tanah Merah disambut oleh Cikgu Josan Hasan and the geng. Makan tengah hari nasi ayam kampung yang memang best menjilat jari beb.



Hari ini jumaat, jadi Cikgu Josan cadangkan solat jumaat di masjid Tanah Merah. Kami parking moto di Balai Polis Tanah Merah. 

Tudiaa bersusun jack lapan.

Pssttt...shoot Zarina.

Lepas solat jumaat kami singgah di K-10 Superbike tepi perabot jati, Tanah Merah. Kedatangan kami disambut Uncle kedai tu dengan 100plus yg sungguh menyegarkan. Kek yg sungguh menyelerakan. Trimas Uncle k-10!



Lepas tu refuel di Shell Tanah Merah, terus pulas minyak ke Kota Bharu ikut Pasir Mas.
Sampai di homestay  dekat Wakaf Che Yeh. Anda mesti kenal Wakaf Che Yeh? Syurga membeli belah di Kelantan. Nanti ada masa saya ceritakan Pasal Wakaf Che Yeh. Besar sungguh banglo ni, ruang parkingnya cukup untuk lebih 50 bikes.






Lepas tu kami bergambar di perkarangan Stadium Muhamad. Bergambar kejap.


Lepas tu hi-tea dengan KBC(Kelantan Bikers Club) di Maheran Laksa, Tesco. Hari gelap macam nak hujan tapi nasib baik tak hujan woo.

Try duduk atas FJR Chip Zam. hehe

Bergambar beramai-ramai



Pada sebelah malam, kami pekena maggi ketam di PCB. Tapi saya tak ambil gambar time tu, nantilah kalau ada gambar kawan saya akan uploadkan.

Pada keesokan harinya, sementara Abe Nasir jadi pomen muto Joe Zs Pro bocor, sesi perkenalan antara bikers. Saya yg paling muda. haha

Khas untuk Sg Golok bikers daripada Z800 Terengganu Comunity sebagai tanda persahabatan yg terjalin.



Our leader ride pada kali ini. En Sahar yg berasal dari Tanah Merah tapi menetap di Terengganu. Add facebook beliau; https://www.facebook.com/TerengganuBikersCommunity?fref=ts




Besar sunggoh homestay yg kami menginap. Puas hati selesa, tengoklah parking yg luas. Ready to pulas minyak to Thailand. hihi

Singgah sebentar di hadapan Balai Polis Pasir Mas. Makan nasi Kak Wook!

Yeahh... hensem brader ni. haha Spontan shoot.

Lepas makan di Pasir Mas, pulas minyak ke Rantau panjang.Kami dengan rasa panas teriknya terus parking bawah pintu gerbang Masjid Beijing. Sebuah masjid yg bercirikan senibina cina tersergam indah di tepi jalan

Ambo. haha

Pak CHoi!


Thumbs bro walaupun cuaca panas terik ni Stanby nak masuk Sg Kolok!

Sampai di Sg Kolok! Rehat sebentar menikmati air tebu.




Makan tengahari bersama Golok Bikers. Santapan memang sedap. Dia punya sup daging perghh sedap siot!. Alhamdulillah

Ambo bergambar sebentar kenangan di Golok. InsyaAllah ada rezeki akan jauh lebih jauh lagi ke Thailand. Krabi mungkin.



Saya pun tak faham apa maksud menu ni. haha 


Kolok Superbike!



Bergambar dengan otai Golok Bikers.

Joe Zs Pro, apa macam? Massage ke? haha


Sebahagian bikers yg parking depan The Silk Touch massage. Ada sebahagian yg santai di Masjid Pakistan.

Amin Golok bikers

Tudiaa Krungtai Bank. Krungtai baq ang

Masjid Pakistan. heheh

Masa on the way pulang, singgah kedai adik Sahar di Tanah Merah. Makan-makan sikit. 



Bergambar sejenak Ride masuk Golok jer sebagai permulaan ride ke Thailand. Terima kasih kepada semua abang-abang z8cm Terengganu, Marshall yg melancarkan perjalanan. Semoga bertemu lagi pada ride akan datang insyaAllah Krabi 24-27 Oktober 2013.

Sekian catatan ringkas cerita ide pada kali ini.