Isnin, 13 Mei 2013

Ride To Kuantan(2nd Official Ride Z800 Comunity Malaysia)

     Assalamualaikum, kali ni saya nak pahatkan cerita ride ke Kuantan. 2nd Official Ride Z800 Comunity Malaysia pada 12 & 13 May 2013. Ada ramai yang dari central ikut Karak ke Kuantan, tapi saya dari Kelantan bersama tiga buah z800 shoot ke Kuantan. Ada yang pergi awal. Tapi layan je la 3 buah sampai Kuantan. 8.40 pagi, Ok saya isi minyak di Shell Jertih. Isi full tank di sini.



Kemudian saya ke Restoren Nasi Kerabu.com di Padang Luas, Jertih. Jumpa dengan Jak Z8 dan Abe Harris. 

Sedikit gambiran disini. Layan.

Kalau anda perasaan nasi kerabu.com di Padang Luas, Jertih singgah yer. Sedap nyum nyum nasi kerabu kedai ni.


Lepas tu, kami terus pulas minyak ke Kuantan tepat pukul 9.30 dari Jertih. Sampai di Permaisuri, refuel kejap nak layan LPT.



 Gambar ni blur sikit. 


Kemudian kami terus ikut LPT. Kereta kurang atas jalan. Highway straight. Ape lagi, main kejar-kejarlah kami tiga buah. Lenguh leher tahan angin. haha Lepas tu kami singgah sebentar isi minyak di Dungun. Minum air tambah tenaga sikit. Sedikit gambiran di Shell Dungun.


 
Ya, saya jer yang belum sunat ekor lagi. Tak sempat lagi. haha



12.00PM-12 May 2013- Sempat berhenti ambil gambar Abe Jak dan Abe Haris. Thumbs up! Lokasi_Depan Sk Chukai.


 Sempat snap gambar di trafik light. Tak ingat kat mana ni. haha..Diorang tetap senyum biarpun pakai fullface.

12.30 pm-Sampai di Hotel Zenith. Terus ke Sg Isap. 3 jam perjalanan dari Jertih ke Kuantan. Saya rasa agak laju, kalau saya bawak slow mesti saya ketinggalan. Apa pun follow je. haha

Sampai di Sg. Isap. Makan gulai sikit. Terkejut dengan hidangan majlis kahwin di Pahang, ada bermacam-macam jenis lauk. Memang syok. 


Makan-makan memang sedap. Terima kasih tuan rumah. hehe. Lepas tu kami solat di homestay berdekatan. 







 
Yeahh Thumbs up!


Refuel di Petronas di Tanah Putih, Kuantan sebelum pulas minyak ke Pantai Teluk Cempedak. 


Ok, sampai di Pantai Teluk Cempedak. Tersusun Z800 dalam 200 buah ++. Hampa semua layan gambar dulu ya.



 Eh gambar saya lagi. haha
















 Ini slider yang kena gigit anjing. Mungkin anjing ingat di tulang. haha





 
Bunyi ekzos ni paling best saya rasa. Kuat, bass, pom pom semua lengkap. Scorpion RP-1 GP.




 Tu dia enjin guard cost around RM580.



 Lepas tu saya dan Abe Jak check in GrennLeaf Hotel di BandarKuantan memandangkan hari beransur gelap. 


Malam hanya santai. Makan tepi hotel lepas tu start motor ronda-ronda bandar Kuantan cari coconut shake tapi tak jumpa. Frust siot.

Keesokan hari Checkout hotel. Terus selesaikan urusan Abe Jak di Jalan tun Ismail 8,Bandar Kuantan.

Ya sticker KBC disitu.

 

Sampai Jalan Tun Ismail 8. Sementara Abe Jak selesaikan urusan beliau. Ambo makan dulu. haha..Syok kena air nyiur muda dengan nasi lemak di Restoren Timur.

Order air kelapa, nah buah nyiur terus dia bagi. haha



12.56pm-13 May 2013- Lepas makan, setel urusan. Kami terus pulas minyak pulang. Sampai di satu trafik light kami bercadang untuk berhenti tepi jalan untuk ambil gambar. Mungkin rezeki kami, tepat berhenti di tepi gerai cendol. perghh..apa lagi. Pekena cendol dulu di tengah hari yang panas terik ketika ni. hehe






 1.21pm  Tayar golek kejap. Berhenti di Shell. Tengok-tengok ada paku tercucuk di tayar Jackens DaGroup. Nasib baik tak bocor. Terus cari kedai tayar berdekatan.







1.57PM  Sementara tunggu siap tampal tayar. Kami bergambir kejap. Giliran saya. haha
                  *Zx-14. Terlalu besarkah bagi saya?..haha
2.20pm- Okeh tayar siap. Boleh pasang balik. Ini punya uncle banyak rajin dan baik hati. Ada biker yg tertinggal handbag di kedai dia, apabila customer dia call tanya ada tak handbag di kedai dia, dia terus hantar sendiri handbag tu kepada tuan empunya. Salute this foreman!



2.56 pm, 13 May 2013- Kami sampai di Dungun. Bergambir sebagai kenangan di tempat ni. Nampak macam cun. 'Welcome to Dungun!'



3.47pm 13 May 2013. Kami tiba di Shell Dungun untuk refuel dan rehatkan badan kejap. Ride-ride jugak. Kewajipan mesti dilaksanakan.

Kami balik ikut Kuala Terengganu. Ronda-ronda kejap. Lepas tu 6.00pm 13 May 2013. Kami tiba di Penarik. Apa yang terbaik disini, sayaa sungguh bertuah sebab dapat kena coconut shake. hihi. Cari di Bandar Kuantan tak jumpa. Di Teganu jugak baru jumpa. Sambil makan keropok dan ikan celup tepung.

*Arghh nikmat betul dapat minum coconut shake my fav.Alhamdulillah.


6.30 pm 13 May 2013- Saya dan Jackens DaGroup berpisah di sini di Pantai Rhu 10. Saya terus ikut jalan pantai ke IPGKSM dan Jak Z8 terus ikut Jertih ke Gunong,Bachok. Ok thanks sebab sudi baca. Sebenarnya gambar je banyak. haha. Follow my blog's ya.

*Fuel consumption, pergi balik dalam Rm110 ron95. 800KM++ sampai IPGKSM minyak half. Minyak makan kuat sebab banyak bawak laju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan