Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memahatkan cerita ride saya . Mungkin blog cara yang lebih cun untuk saya kongsikan pengalaman ride saya dengan anda semua. Sesuatu peristiwa lama jika kita imbas kembali, ianya merupakan kenangan yang indah sekali.
*Follow ya.
Sepertimana yang kita ketahui, jika anda penguna kawasaki z800 model
➡️2013,
➡️2014,
➡️2015 non ABS, anda perlu lakukan penukaran valve exhaust. Bukan valve clearance/valve cleansing ya. Hal ini kerana valve yang datang dari kilang adalah nipis dan halus berbanding valve yang baru untuk penggantian/replacement. Kod untuk vavle yang sama telah berbeza. Valve yang baru lebih tebal dan teguh. Valve lama nipis dan dilhuatiri mudah patah jika dilenjan habis-habisan. Tonton video perincian Ahmad Khan dari 66Speedbike ⬇️
Kawasaki has change to new part number, but why they have not make a recall to the Z800 unit.
Spread the word. Cause we has seen a lot of valve issue with Z800 unit as early as 20k km.
Issue Valve Z800
Kawasaki telahpun membuat penukaran part number ke atas valve exhaust utk motosikal Z800. Tetapi mereka tidak membuat recall untuk membuat penukaran ke atas unit-unit ini.
Share video ini untuk maklumat tentang penukaran part number oleh kawasaki, kami telah berjumpa ngan z800 yg mempunyai masalah valve seawal 20k km.
Maafkan bunyi background yg pelik2. haha
#66SpeedBike #KnowledgeSharing
Nanti klu dah putuih, jangan cakap abam tak bagitau.
Jadi, apabila valve putus, macam mana keadaannya? Tengok gambar di bawah betapa rakusnya valve menerobos piston apabila valve patah.
Tiada apa yang lebih perit dari mendengar si Minions bertukang didalam engine.
Guys, ini bukan paksaan, tiada keuntungan pon kat min, even klu korang buat kat orang lain pon takpa.
Tapi yg penting, jika anda pemilik Kawasaki Z800, Model 2013, 2014, 2015 non ABS.
Hanpa wajib tukar valve exzos tu guys. Please buat penukaran valve. Untuk mengelakkan kerosakan yang akan memakan modai yg lebih tinggi.
Disini min malas nak berhujah ngan mereka yg tidak percaya, malas nak explain panjang lebar, sbb dah banyak kali min tgk kerosakan pada jentera z8 ni guys.
Honestly lebih dari 10engine dah kaput disebabkan valve putus.
Jika anda berminat nak buat penukaran valve ngan kami, boleh dm / wahtsapp kami.
Kesimpulannya, isu ini bukanlah untuk menakut-nakutkan pengguna z800. Tapi, ini ialah isu biasa untuk z800. Dengar perkara yang buruk-buruk tentang z800 dari orang lain, sedangkan dia tak pakai pun z800.
Saya sendiri pun belum buat penukaran valve ekzos z800 saya sebab kurang ride dalam 3, 4 tahun ni. Apa yang penting, jangan lenjan rev rpm sampai tinggi selalu. Main top speed lama sangat. InsyaAllah, tahan lama. Nak tahan lagi lama, buat penukaran valve ekzos sepertimana disarankan oleh 66Speedbike. Pengerasnya boleh pm 66Speedbike. Rasanya dalam Rm3k kot.
Assalamualaikum, hari ini abam panaskan enjin dari Pasir Gudang ke Kl jumpa tersayang. Video baru dah up di channel youtube 'pulasminyak'
Abam terserempak dengan Kawasaki GTR1400 atas highway dan follow beliau. Sempat abam rakam sedikit video semasa berada jauh di belakang beliau. Ingat nak follow jaga jarak, ingat kemampuan kita. Kita bukan berlumba. Cuma untuk suka-suka. Segar angin atas highway.
Ikuti bingkisan video yang abam dah up di channel youtube 'pulas minyak'.
Tekan perkataan perkataan pulas minyak yang berwarna tu untuk ke channel abam. Jangan lupa subcribe channel abam.
#7 Assalamualaikum, alhamdulillah setelah 5 tahun bersama Zarina. Pelbagai kenangan yang membawaku bersama ke mana-mana sahaja.
Bayangkan selama 5 tahun pakai Z8 dari tahun 2013. Saya tak pernah tukar sproket. Rantai baru tukar sekali je masa 30k km. Jadi saya mula mencari kedai yang menyediakan rantai yang kena dengan selera dan saiz sproket yang asal macam kilang. Saiz sproket z8 asal kilang ialah 15 depan & 45 belakang. Rantai yang asal kilang adalah saiz 520. Milleage sekarang lebih kurang 52,000 km sepanjang 5 tahun.
Sekarang saya sendiri dapat merasai perasaan betapa seronoknya bawa motor long distance dari Pasir Gudang-Kelantan.
Selfie dengan AES masa tengah bawak motor.
Jenis rantai? Untuk pengetahuan korang, rantai terbahagi kepada 3. Biasanya korang pernah dengar rantai jenis O ring dan X ring betul tak? Jika anda antara penunggang yang baru menaik taraf motosikal lama kepada versi lebih berkuasa (bermula 150cc ke atas), anda mungkin pernah terbaca tentang rantai gelang-O atau O-ring standard tidak perlu kerap disenggara seperti mana kapcai.
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan O-ring dan apakah perbezaannya dengan rantai biasa?
1. RANTAI 0-RING
Tidak seperti rantai biasa yang ada pada motosikal terdahulu atau bersesaran rendah, rantai O-ring mempunyai gelang getah kecil yang diselitkan antara penutup pautan luar (outside link covers) dan penutup gulung dalam (inside roller covers) pada setiap sambungan rantai, seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Kelebihannya, cincin O-ring mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing seperti habuk dan pasir daripada melekat di celahan sambungan rantai.
Jadi, rantai jenis O-ring mampu mengekalkan ketegangan dan mengekalkan prestasi motosikal lebih lama. Tetapi, tetap bergantung kepada cara tunggangan dan penjagaan. Rantai jenis ini mampu bertahan hingga tempoh perbatuan 30,000km sebelum perlu ditukar baharu.
Walaupun mempunyai jangka hayat panjang, ia tetap memberi impak terhadap prestasi jentera. Geseran yang terhasil daripada gelang O-ring dan permukaan plat rantai menyebabkan kehilangan kuasa parasitik. Melainkan motosikal anda digunakan untuk berlumba, kelebihan yang ada pada rantai O-ring sudah cukup dapat memuaskan hati.
2. RANTAI X-RING
Bagaimana pula jika mahu mengekalkan prestasi untuk tujuan perlumbaan, dan pada masa sama mahu jangka hayat rantai yang lebih panjang?
Rantai gelang-X atau X-ring adalah jawapannya.
Seperti rantai O-ring, rantai X-ring turut mempunyai susunan gelang getah antara pautan rantai. Bezanya, gelang digunakan itu datang dalam bentuk keratan rentas X. Kelebihannya, luas permukaan sentuhan antara rantai dan gelang adalah lebih kecil, dan ini mengurangkan permukaan geseran, sekali gus mengurangkan kehilangan kuasa.
Perbezaan prestasi tidaklah terlalu ketara, tetapi dalam perlumbaan yang mana setiap saat begitu berharga, penggunaan rantai X-ring mungkin penyelesaian yang anda perlukan.
Namun seperti mana-mana produk yang dibina untuk tujuan perlumbaan, harga rantai jenis X-ring adalah lebih mahal, menjangkau dua hingga tiga kali ganda berbanding rantai O-ring berjenama sama. Jika motosikal anda sekadar ditunggang untuk tujuan praktikal, lebih berbaloi kekalkan saja rantai O-ring sedia ada.
Baik untuk rantai jenis yang ketiga ni mesti korang jarang dengar.
3. Rantai Z-Ring
Rantai Z-Ring adalah jenis rantai yang paling tahan yang ada dalam market hari ini. Brand Regina membawa jenamanya ke MotoGp, Moto 2 dan Moto 3. Jadi harga sedikit mahal berbanding X-Ring. Why not give a try kan.
The Regina Z-ring gold chain is the longest lasting chain on the market today. The superior design of this chain makes for added longevity in the harshest riding conditions such as mud or sand. If you want the top of the line chain, this is it. The 120 link length is long enough for any make/model off-road motorcycle running any gearing combination. The new, high-performance, outstanding Z-Ring chains take a big step forward with the new patented Z44 seal rings. These new generation seal rings, which feature a special-designed conical shape on their inner side, are the result of the evolution of previous X-ring and Z-ring designs.
Patented “Z” ring sectionZ-ring flexes when assembled, creating a spring effect Guarantees the seal will not diminish over timeZ-ring section provides enhanced chain flexibility Lubricant trapped between plates and lobes of Z-ring keeps the ring lubricated and increases its lifeHigh alloy steel plates and pinsSolid bushing and rollers, shot-peened platesPre-stretched chain that is plated gold .Masterlink is included and replacements are available.
Jadi atas saranan pomen Ashiem Hafiz(tekan perkataan nama beliau untuk terus ke facebook beliau, jangan lupa mention nama saya Amir Aiman Z8 pulas minyak :D), saya try rantai jenis Z ring jenama regina yang touring punya. Kemusnahan wang ringgit lebih kurang Rm500+. Masa dari Pasir Gudang ke Kelantan, saya berhenti sekejap di Usj 7 untuk tukar rantai dan spoket.
Ambik kau puas hati pakai 5 tahun baru tukar. Sproket belakang masih ok, sproket belakang hancur giginya. Haha. Yang saya pakai ni jenis X ring.
Keadaan sproket depan saya yang agak teruk, 5 tahun pakai asal dari kilang tak pernah tukar. Macam ni rupanya, belakang nampak elok je.
Jadi saranan saya, rajinkanlah periksa rantai motor korang. Cuci dengan betul dan rajinkan spray rantai korang. Saya guna spray brand Repsol. Saya tak galakkan guna spray rantai Motul sebab melekit kuat sangat habis pasir lekat di rantai dan jadi cepat bertahi keladak di penutup rantai depan dan belakang motor korang. Apabila pasir melekat, jangka hayat rantai korang tidak sepanjang yang korang harapkan. Jadi, rajin-rajin cuci dan spray rantai ye. 500km sekali spray ke, lepas ride dalam hujan ke. Sebab rantai motor cc besar tidak semurah rantai motor cc kecil. Itu korang kena ingat. Tepuk dada tanya poket.
Selepas tukar satu set sproket dan rantai, cengkaman dapat dirasai apabila kita pulas minyak. Lebih baik dari sebelumnya. Semoga ianya bertahan untuk lagi 5 tahun lagi. Apa? bro tak mau upgrade ka? Tipulah kalau tak nak upgrade kan. Tapi sekiranya ada rezeki mungkin saya akan upgrade ke superbike, mungkin rabbit, mungkin R1. Tapi rasanya tidak berbaloi sebab sekarang saya banyak parking je. Tengah fikirkan untuk memadukan Zarina dulu, kemudian beli kereta, mungkin bila stabil baru upgrade superbike.
Nah sedikit video cara saya cuci rantai Zarina. Jangan lupa subcribe you tube channel Pulas Minyak! <----⬅ Tekan perkataan pulas minyak berwarna ni untuk ke Pulas Minyak Youtube channel dan subcribe!
Assalamualaikum, semoga dalam bulan puasa ini kita memperbanyakkan ibadah, sedekah seikhlas hati agar mendapat keberkatan serta dillipat gandakan rezeki oleh Allah S.W.T.
Alhamdulillah buat pertama kali try tayar sport sikit. Selama 4 tahun saya menggunakan tayar touring, saya fikir pada kali ini patut saya mencuba tayar ala-ala sport sikit. Ini bukan dalam kategori touring rasanya. Nama tayar ni Bridgestone Battlax Hypersport S21. Tayar yang paling latest dalam kategori dia. Sebelumnya ialah S20.
Tayar ini untuk korner, lebih grip dalam cuaca tak hujan memang boleh angkat ibu jari.👍 Sebab getah dia jenis lembut berbanding tayar touring di sebelah tu PR3 yang setahun lebih saya guna. S21 ini milleage tidaklah sejauh PR3 sebab jenisnya pun berbeza. Tapi berbaloi dalam kategori dia sendiri dan untuk mendapatkan keyakinan semasa lean. Selain itu, S21 ni saya pun tak tahu, rasanya prestasi semasa jalan basah dan hujan tidak sebaik Pr3. Namun, siapa berani sesah laju dalam hujan kan?
Macam biasa, bunga tepi haus dulu berbanding bunga tengah.
Milleage Pr3 depan: 11,629km. Sebenarnya boleh guna lagi dalam 3k km. Tapi sebab dah skid 2 kali masa korner sebab bunga tepi haus, maka selamatnya baik tukar tayar baru. Tahu apa skid? Masa tengah korner korang lean semaksimum yang korang mampu lepas tu tayar depan dahulu tergelincir diikuti tayar belakang. Masa tu kecut perut, kalau korang tengah tergelincir dalam saat tu korang brek mengejut memang overshoot korner. Try handle motor sebaiknya gais. Ketahui limit korang, keadaan jalan berpasir atau tidak, atau sama ada korang biasa atau tidak dengan jalan tu.
Saya tukar tayar di mana? Semestinya di HVM Jertih, Terengganu. Search facebook HVM untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah setelah 5 tahun setengah belajar di Besut, untuk posting pertama saya ditugaskan ke selatan tanah air. Ya saya akan mengajar di Johor bulan 7, 2017. Jadi, kepada pembaca yang nak mengopi, mengeteh, memilo dengan saya di Johor, gimme a call or try to cantact me through my facebook page, instagram etc.
Assalamualaikum, bagi pembuka tahun 2017 ini adalah service pertama pada tahun ini. Macam biasa tukar minyak hitam, namun tayar belakang dah haus kena tukar juga dan buat valve cleansing(VC). Milleage dah 46,413KM sepanjang 4 tahun pakai Kawasaki Z800. Fikir-fikir kena buat valve cleansing. Tapi apa pula valve clearance? apa beza valve clearance dengan valve cleansing? Pertama ialah valve cleansing: Motosikal anda kurang bermaya?💤 ✔Enjin kasar?🚜 ✔Pikup kurang memuaskan?💥 ✔Penggunaan petrol tinggi? 🔥 Gabungan teknologi Valve Cleansing Germany akan menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan diatas!! Harga pengenalan untuk valve cleansing adalah RM100.00 sahaja dan Engine Flush hanya RM15.00 sebotol. Mengapa perlu cucikan valve enjin Motosikal anda? 🚩 Pembakaran petrol tidak sempurna akan membentuk karbon melekat kepada valve. Sekiranya ianya tidak dicuci, pembakaran tidak sempurna akan terus berlarutan dan akan menyebabkan penggunaan petrol yang sangat tinggi dan juga enjin akan menjadi lemah! Mengapa perlu engine flush? ♨ Setiap kali menukar minyak pelincir, segala kotoran dan habuk besi tidak akan keluar sekiranya tidak cuci menggunakan flusher. 🔧Apa yang terjadi apabila minyak pelincir lama bercampur dengan minyak pelincir baru? ♻ Dalam masa beberapa minit sahaja minyak baru akan menjadi kotor tanpa anda sedari! ⚠ Hasilnya.. enjin Motosikal akan menjadi berat dan penggunaan petrol akan tinggi!! Call/whatsapp untuk tempahan slot 0137257373 Cik Eizy Dimana lokasi kami? NO.9 Jalan Putra Perdana 2/1, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Valve cleansing tidak memerlukan head di buka. Hanya menggunakan teknologi dan sedikit addictive untuk mencuci karbon dan kekotoran pada valve. Dua jam sudah siap. Namun Valve clearance memerlukan membuka head untuk menukar apa yang dipanggil 'shim' yang merangkumi beberapa biji pada valve. Saya pun tak pandai nak explain macam mana. haha. Untuk motorsikal yang milleage baru rendah, sesuai untuk buat valve cleansing, valve clearance untuk motornya milleage dah banyak. Lagipun, kos valve cleansing lebih murah berbanding valve clearance yang mencecah Rm1000. Pilihan di tangan anda. Selepas valve cleansing motor terasa lebih pikcup, lancar, respon pendikit minyak cepat apabila dipulas, penukaran gear lancar. Macam motor baru keluar kilang. haha.
Berbalik kepada cerita hari ini, saya menempah tayar Michelin Pilot Road 4(PR4) di kedai motor HVM Jertih. Saya masih setia dengan saiz asal tayar belakang z800 iaitu 180. Sebelumnya saya menggunakan tayar Pilot Road 3(PR3). Milleage yang saya dapat dengan PR3? 14,068KM bersama PR3 belakang.
14,068 km bersama PR3, kalau tengok pada keadaan tayar masih boleh lagi guna untuk 500km. Tapi kita kena pentingkan keselamatan. Bayangkan bunga dah out apa yang dirisaukan tayar tidak grip semasa korner atau brek emergency atau ketika hujan.
Ini haa tanda pada tayar untuk kita tahu tayar ni di buat bila. Terdapat 4 nombor yang mana dua nombor depan ialah minggu, dua belakang ialah tahun. Tayar yang saya pilih nombornya 3014 bermakna tayar dibuat pada minggu ke 30 tahun 2014. Sekarang dah 2017. Mintalah diskaun dengan tauke kedai sikit. haha. Kan tayar tahun lama. 2014 boleh pakai lagi. Tayar orang cakap tempoh pakai dia 5 tahun. Lepas 5 tahun getah jadi keras kurang griplah kot.
Michelin PR4, rasanya ini yang paling lates dalam siri Pilot Road michelin, tengok bunga pun cantik sesuai untuk jalan hujan panas kering touring.
Foreman yang professional cepat buat kerja hanya di HVM.
Selesai tukar tayar, saya terus isi minyak menghala ke Kuala Terengganu. Berbekalkan 4 botol Liqui Moly Semi sintetik 15-50 saya terus ke Moto Garage Kuala Terengganu untuk tukar minyak hitam, oil filter dan juga buat valve cleansing.
Proses valve cleansing memakan masa dua jam jugaklah.
Oleh itu pembaca semua, motor apabila milleage meningkat tinggi maka rajin-rajinlah ke kedai untuk buat valve cleansing. rasa perbezaan, respon lebih cepat apabila kita pulas minyak. Kemusnahan wang ringgit pada kali ini?
Tayar Michelin PR4: RM580 siap pasang balancing(Harga sebenar RM700, tetapi ni tayar tahun 2014 harga boleh kurang sikit. Tayar jangan lebih 5 tahun dari tarik pembuatannya, kalau tak getah tayar menjadi keras, expired.)
Alhamdulillah hari ini hari ketiga di Vietnam, 29/5/2016, bermakna hari kedua ride atas skuter. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama seperti dirancang iaitu di Phan Thiet, Mui Nee. Satu kawasan tepian pantai yang sememangnya berbeza daripada tempat kita. Di persisiran pantai menuju ke Phan Thiet ni terlalu banyak 'private beach', pantai-pantai hak milik persendirian yang didirikan resort sendiri dengan nama-nama yang menarik dan design resort yang comel. Terlalu banyak sampai tak terkira. Giler kaya-kaya orang Vietnam!
Checkout hotel. Posing dulu sedas!
Berhenti di sebauh pasar tepi pantai, agak besar pasar. Makanan pun nampak sedap. Tapi rasnya tak halal. haha. Seafood pun tak berani nak beli.
Kami ride dalam beberapa kilometer, berhenti di satu kawasan di mana terdapat ladang buah naga yang begitu luas. Sejauh mata memandang. Kami berhenti dan regroup di salah satu kedai yang jual buah naga.
Ini dia buah naga@dragon fruit segar dari ladang.
Sejauh mata memandang, saya kira penduduk di sini majoriti sumber pendapatan dari ladang buah naga. Macam kita di Malaysia ladang getah.
Hensem tak abang? haha
Duduk semeja, makan buah naga, terasa nikmatnya.
Nampak sedap? Tengoklah bro Iman tu. haha
Nah hambik! Lepas makan buah naga angkat ibu jari ler. Agak banyak kami makan lebih 10 biji. Kena pulak dengna air tebu perghh. Tapi air tebu di Vietnam ni semuanya dia campur dengan perahan limau. Entahlah mungkin nak menstabilkan antara rasa terlalu manis dari tebu itu sendiri. Sedap jugak. Boleh buat kat rumah.
Penjual di kedai yang kami singgah ni kira orang Vietnam kampunglah. Apabila kami nak start motor nak meneruskan perjalanan ke Mui Nee, penjual buah naga tadi isi buah naga dalam plastik, rasanya lebih 10 biji. Dia nak bagi free kepada kami. Kami pun, ish biar betul dia ni. Baik betul dia ni. Kitorang hulur duit untuk yang dia bagi lebih pun dia tak nak ambil. Lepas tu kami pun paksa jugak dia terima yang kami hulur tak banyak, dalam 40000 dong. Dia pun terpaksa ambil juga. Di sini kita dapat lihat, betapa baiknya penjual tersebut, siap nak bagi free lagi buah naga bawa balik lepas singgah makan buah naga di kedai dia.
Kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee, beberapa kilometer lepas kedai buah naga tu, terdapat ladang garam, seperti sawah padi. Berhenti sejenak ambil gambar. Luas jugalah ladang garam tu.
Kami isi minyak di stesen minyak dalam kampung ni. Tapi ada satu kisah yang agak banganlah penjual minyak di sini. Kami tujuh buah motor, kita isi minyak satu demi satu dia refresh meter pam dan terus isi untuk motor seterusnya dan akhirnya apa terjadi? Penjual minyak tu sendiri tak ingat sebuah motor kami isi berapa dong(matawang Vietnam). Nampak tak di sini betapa bodohnya penjual minyak tu? Jadi kami fikir point dia di sini penjual tu nak tipu kami. Ya kami tak ingat nilai tepat sebuah motor kami isi, jadi penjual tu kira cincai kira bundar jer jumlah yang kami isi. Contohnya isi 43000 dong, penjual tu kira 50000 dong terus. Di situ dia menipu! Lepas tu apa lagi, kami kutuk penjual minyak tu depan-depan, maaf yer kasar sikit. Pesanan saya, kalau ride macam ni di Vietnam hati-hati bila isi minyak, kalau boleh berilah nilai duit yang cukup contohnya 50000 dong sekeping atau nilai yang tetap kita hulur dulu sebelum kia isi minyak. Bukan kedekut, tapi bila di tipu macam ni apa yang kita rasa? Sakit hati kan?
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee.
Cantik kan permandang? Macam turun bukit, laut di tepi. Cuaca cun, gambar perspektif perghh nikmat mata.
Setelah lebih kurang 50 kilometer ride dan sampai ke Mui Nee dah. Kira nak cari hotel dah. Singgah dulu minum kopi di kedai India Muslim. Taukey kedai ni orang Malaysia. Fluent english dan target dia adalah pelancong. Makan tidak hairanlah agak sembelih harga di kedai dia. haha. Seperti yang saya bagitahu pada entry lepas. Di persisiran pantai ni terdapat terlalu banyak resort, private beach dan sebagainya. Memang kawasan tumpuan pelancong orang putih dan juga hitam.
Alhamdulillah kami sampai di Sun & Sands, Mui Nee. Sewa bilik besar di sini dengan 3 katil queen lebih kurang dekat sejuta dong. Sebuah resort menghadap pantai. Pada kali ini plan kami nak masak nasi putih, lauk kami beli udang dan sotong di tepi pantai berdekatan. Tepi pantai mudah nak dapat seafood.
Ini dia Abe Lokman tengah siapkan sotong. Macam-macam jenis sotong.
Prof. Hassan selaku chef. Mana kami dapat peralatan memasak ni? Haish, kami Abe Lokman bawak khas dari Malaysia ni barang memasak, dapur gas pakai tin tu.
Ini dia guna kuah kari pada entry pertama di Vietnam. Masuk air, kuah kari, masuk udang bila kuah kari tu meresap masuk. Perghh lazat. Ingat yer, kuah kari jenama Brahim. Korang boleh try buat.
Lepas masak, kami makan sama-sama. Bersila ramai-ramai sudah cukup membuatkan kami tidak cukup makan sepinggan nasi. Apa lagi, tambah sampai kenyang ler.
Selepas makan, matahari masih belum terbenam. Jadi kami ambil keputusan untuk jalan-jalan ke kaasan terdekat di mana ada satu tempat yang menarik di sini iaitu Red Sands Dune. Sebauh tempah luas seperti padang pasir tapi pasirnya warna seakan merah.
Pemandangan yang sangat cantik, kalau di tempat kita ada macam ni. Leas sampai matahari terbenam pun tak apa.
Jangan kata abang tak hensem! haha
Ya belakang sana pantai.
Apa yang best di Red Sands Dune ni? Makan pasir la. Sewa sliding tu lebih kurang 50000 dong. Tempat letak motor pun kena bayar 10000 dong. Rakyat di sini dilihat mengambil kesempatan mengenakan bayaran atas nama pelancongan.
Gelunsur makan pasir
Ini dia pengalaman makan pasir.
Di sini memang kawasan tumpuan pelancong.
Kebanyakan kawasan tepi pantai di sini terbentuk seperti padang pasir. Cuma terdapat satu tempat sahaja yang untuk main gelunsur. Pemandangan memang menarik sangat. Lepas matahari terbenam, kami balik ke hotel mandi, masak lagi, makan dan tidur sebab keesokan harinya akan pulas minyak menuju ke Nha Trang pulak lebih kurang 200km dari Mui Nee. Terima kasih meninjau blog saya. Nantikan Day 4 ride in Vietnam!