Jumaat, 30 Julai 2021

Sambung Bayar Kenderaan



KERETA SAMBUNG BAYAR NI MACAM MANA?

Kereta yang dijual dengan hutang pinjaman kenderaan yang belum habis bayar kepada pihak ketiga tanpa penukaran hak milik.

Pemilik baru hanya perlu sambung bayar pada bank bagi pihak pemilik asal. Walaupun kita sambung bayar, kita kena ingat selagi belum habis bayar kereta masih lagi milik bank.

Untung untuk pemilik baru sebab mereka hanya perlu bayar kos keseluruan dan deposit lebih rendah dari beli kereta baru. ​
---

Sebab apa jadi kereta sambung bayar?
Biasanya disebabkan pemilik kereta dah tak mampu bayar kereta​ ataupun pembeli kena blacklist​ disebabkan banyak saman lampau.

---
Kesan buruk kepada penjual

📌 Boleh kena saman atas kesalahan pembeli kereta anda​.
📌 Boleh disiasat sekiranya kereta terlibat dalam jenayah​.
📌 Disaman kalau pembeli tak bayar, boleh isytihar bankrup kalau hutang penghakiman lebih RM30,000​.
📌 Disaman kalau pembeli terlibat kemalangan dan kereta luput insurans serta cukai jalan​.
---

Kesan buruk kepada pembeli.

📌 Tak boleh renew insurans serta cukai jalan kalau pemilik asal meninggal dunia​.
📌 Waris pemilik asal boleh tuntut balik kereta walau ada surat perjanjian​
📌 Pemilik asal boleh tuntut semua kenderaan.​
📌 Walau ada surat perjanjian selagi tak tukar nama kereta masih hak mutlak penjual​.

​---

Tahukah anda sambung bayar adalah salah disisi undang-undang?

👉 Anda boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.​
👉 Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.​
👉 Seksyen 46 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.​

Mungkin lebih selamat jika beli kereta recond ataupun secondhand. Boleh cari harga yang mengikut bajet! Yang penting SCRUT dulu!​

---

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?
https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?
https://interepo.com/

Kredit: Scrut