Isnin, 22 Mac 2021

Macam mana kereta recond masuk ke Malaysia?



MACAM MANA DEALER BAWAK KERETA RECOND JEPUN MASUK MALAYSIA?

Banyak betul kereta recond Jepun ada kat Malaysia. 

Pernah terfikir tak macam mana dealer bawak masuk kereta recond Jepun ke Malaysia?

---

1. Auction House Jepun buka tawaran

Pertama sekali, auction house akan buka offer pada dealer-dealer kat Malaysia untuk beli kereta terpakai kat Jepun.

Hanya syarikat yang ada permit AP (approved permit) sahaja boleh beli. Permit AP tu permit yang boleh bawa kereta luar masuk ke Malaysia.

.

2. Dealer buat bidding

Lepas dealer Malaysia dah pilih kereta-kereta yang dia nak, dia akan start buat bidding.

Harga bidding tu kena based on auction report yang disediakan. Ikut tahun kereta, gred apa, kondisi macam mana.

.

3. Bidding diterima
Bila auction house Jepun dah terima bidding, dealer akan bayar harga bidding yang dah diletak sekali dengan caj penghantaran.

.

4. Kereta dihantar ke Malaysia

Dealer akan cari ejen pengeksport kat Jepun untuk hantar kereta ke Malaysia.

Kereta berlayar dari Jepun ke Malaysia mungkin ambil masa 2-3 minggu atau mungkin lebih lama dari tu.

5. Kereta dah tiba kat Malaysia

Bila dah tiba kat pelabuhan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan periksa kereta tu.

Dealer kena bayar duti import dan lain-lain pulak (dealer yang bayar ya!). Kalau tak bayar, kereta tu tak akan ke mana-mana, duduk di pelabuhan je.

Kereta recond Jepun yang masuk ke Malaysia akan dikategorikan sebagai 'unregistered car'. 

.

6. Kereta recond mula dijual

Lepas dealer dah lalui semua tu, barulah customer boleh beli kereta recond dari dealer.

Pastikan anda minta dokumen paling penting dari dealer iaitu Auction Report dan Export Certificate.

.

7. SCRUT sebelum beli!

Dalam Export Certificate tu ada Chasis No. yang anda boleh gunakan untuk SCRUT! 

Buat apa nak Scrut? 

Bandingkan report dealer dan report dari Scrut, maklumat sama atau tak - bacaan odometer, gred dan sebagainya.

Kalau report tak jumpa? 

Hantarlah kereta recond tu ke Scrut Auto untuk buat inspection. Semua bahagian akan diperiksa untuk pastikan kereta tu berkualiti dan tiada ubahan atau modifikasi dibuat.

8. Jangan terbeli kereta yang nampak cantik di showroom. Padahal di Jepun, kereta itu sudah eksiden dengan kerosakan teruk. Akibat anda tidak minta auction report dan tidak scrut kenderaan yang anda hendak beli, anda sebenarnya terbeli kereta yang kondisinya sudah teruk ketika eksiden di Jepun!

---

1. Nak check auction report kereta recond?
www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?
https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH!

Kredit : https://www.facebook.com/scrut.my/