Rabu, 14 Jun 2017

Servis Kedua 2017, tukar tayar depan Bridgestone Battlax Hypersport S21.

    Assalamualaikum, semoga dalam bulan puasa ini kita memperbanyakkan ibadah, sedekah seikhlas hati agar mendapat keberkatan serta dillipat gandakan rezeki oleh Allah S.W.T. 

    Alhamdulillah buat pertama kali try tayar sport sikit. Selama 4 tahun saya menggunakan tayar touring, saya fikir pada kali ini patut saya mencuba tayar ala-ala sport sikit. Ini bukan dalam kategori touring rasanya. Nama tayar ni Bridgestone Battlax Hypersport S21. Tayar yang paling latest dalam kategori dia. Sebelumnya ialah S20.


    Tayar ini untuk korner, lebih grip dalam cuaca tak hujan memang boleh angkat ibu jari.👍     Sebab getah dia jenis lembut berbanding tayar touring di sebelah tu PR3 yang setahun lebih saya guna. S21 ini milleage tidaklah sejauh PR3 sebab jenisnya pun berbeza. Tapi berbaloi dalam kategori dia sendiri dan untuk mendapatkan keyakinan semasa lean. Selain itu, S21 ni saya pun tak tahu, rasanya prestasi semasa jalan basah dan hujan tidak sebaik Pr3. Namun, siapa berani sesah laju dalam hujan kan?



Macam biasa, bunga tepi haus dulu berbanding bunga tengah.

    Milleage Pr3 depan: 11,629km. Sebenarnya boleh guna lagi dalam 3k km. Tapi sebab dah skid 2 kali masa korner sebab bunga tepi haus, maka selamatnya baik tukar tayar baru. Tahu apa skid? Masa tengah korner korang lean semaksimum yang korang mampu lepas tu tayar depan dahulu tergelincir diikuti tayar belakang. Masa tu kecut perut, kalau korang tengah tergelincir dalam saat tu korang brek mengejut memang overshoot korner. Try handle motor sebaiknya gais. Ketahui limit korang, keadaan jalan berpasir atau tidak, atau sama ada korang biasa atau tidak dengan jalan tu.


Saya tukar tayar di mana? Semestinya di HVM Jertih, Terengganu. Search facebook HVM untuk maklumat lanjut.
Kemusnahan wang ringgit: Rm4xx.


Follow my instagram's: amir_aiman_zuraidi

Facebook page: search , pulasminyak.blogspot.

Youtube channel: https://www.youtube.com/channel/UCmkuUzFhAoSuqrlQMGrDP_A



Alhamdulillah setelah 5 tahun setengah belajar di Besut, untuk posting pertama saya ditugaskan ke selatan tanah air. Ya saya akan mengajar di Johor bulan 7, 2017. Jadi, kepada pembaca yang nak mengopi, mengeteh, memilo dengan saya di Johor, gimme a call or try to cantact me through my facebook page, instagram etc. 
Terima kasih sudi membaca!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan