Rabu, 13 November 2013

2014 Kawasaki Z1000

Z1000 - it’s time to answer the call of the wild.

Assalamualaikum, Kawasaki Z1000 akhirnya muncul secara rasmi selepas beberapa kebocoran mengenai imej di Internet. Ia telah dinyatakan di EICMA, Itali yang menunjukkan arah reka bentuk baru, kali ini berdasarkan reka bentuk Sugomi.




Ia kelihatan seperti binatang bersedia untuk melompat ke atas mangsanya walaupun motor itu berdiri masih. Lampu adalah salah satu yang paling kelihatan 'berbeza'. Ia mungkin reka bentuk yang seperti kepala Z800 dipenyekkan. kikiki, tapi agak cun.


Dari pandangan sisi pula kelihatan kontot dengan enjin 4 inline yang besar di tengah. Model terbaru versi 2014 kelas Z menyatakan falsafah reka bentuk Sugomi ini dengan watak kucing menekankan kehadiran menakutkan yang telah datang untuk menentukan kejayaan Kawasaki siri Z. Dengan dinamik , rekaan yang menarik, Z1000 baru mendedahkan peningkatan lagi menggoda peminat siri Z ini.

 Brake di hujung jari dikawal Tokico Monobloc Caliber adalah salah satu penambahan yang paling jelas untuk Z. Caliper bukan sahaja kelihatan menarik , tetapi untuk memberikan cengkaman yang terbaik dan 'best braking response' bagi ketegori naked bike.



Piston Besar baru, Forks Fungsi berasingan ditala untuk rasa mewah dan keupayaan untuk menghadapi sifat agresif menunggang serta untuk tunggangan bandar yang santai.  Lampu hadapan dicirikan oleh headlamp yang menakjubkan menjunam kowl dengan aspek sempit ultra -terang headlamps yang dijanakan LED. Digunakan buat kali pertama di sebuah motosikal Kawasaki , lampu LED adalah tenaga padat , unit jangka hayat LED yang lebih panjang.



Mengambil kuasa Z ke peringkat seterusnya , penjelmaan terbaru Z1000 ciri-ciri enjin dengan kuasa yang lebih , lebih tork, tindak balas pendikit segera yang lebih besar berbanding model sebelum ini.

Bukan sahaja ada lebih kuasa dan keinginan , tetapi kini cara ia disampaikan adalah lebih merangsang. Dengan tetapan ECU ditala dan masa camshaft ditambah connecters bujur antara paip kepala dan pelbagai talaan lain seperti silinder. Menggabungkan perubahan kepada kotak udara@'air filter' dan kotak udara baru resonator , sensasi kelajuan digariskan oleh pengambilan dengan berhati-hati direka untuk tunggangan yang agresif.



Dengan rekaan berasaskan harimau Z1000 2014 nampak menggoda dan bila anda tunggang seperti membongkok kedudukan ke hadapan - condong kehadapan menunggang dengan handle besar tiub aluminium , cermin bergaya luas dan dinaik taraf LCD meter perkiraan sepenuhnya dalam selaras dengan personaliti fokus mesin Supernaked Jepun.

Membangkitkan ikon Z 1, Zed terbaru dengan bangganya memaparkan keluar empat sistem ekzos  untuk menyerlahkan lagi rekaan garangnya dengan sesaran 1043 cc ini. Dengan ruang terbuka di atas sebahagian besar belakang tayar dan tempat duduk belakang dengan karakter lampu LED, -  The Call of the Wild .

2014 Kawasaki Z1000 Technical Specifications:
EngineFour-stroke, liquid-cooled, DOHC, four valves per cylinder, inline-four
Displacement1,043cc
Bore x Stroke77.0 x 56.0mm
Compression Ratio11.8:1
Fuel SystemDFI® with four 38mm Keihin throttle bodies, oval sub-throttles
IgnitionTCBI with digital advance
TransmissionSix-Speed
Final DriveX-Ring Chain
Rake/Trail24.5 degrees / 4.0 in.
Frame TypeAluminum Backbone
Front Tire Size120/70 ZR17
Rear Tire Size190/50 ZR17
Wheelbase56.5 in.
Front Suspension / Wheel Travel41 mm inverted SFF-BP fork with stepless compression and rebound damping and spring preload adjustability / 4.7 in.
Rear Suspension/Wheel TravelHorizontal monoshock with stepless rebound damping, remotely adjustable spring preload / 4.8 in.
Front brakesDual 310mm petal-type rotors with radial-mount four-piston monobloc calipers and ABS
Rear brakesSingle 250mm petal-type rotor with single-piston caliper and ABS
Fuel Capacity4.5 gal.
Seat Height32.1 in.
Curb Weight487.3 lbs.
Overall Length80.5 in.
Overall Width31.1 in.
Overall Height41.5 in.
Color(s)Golden Blazed Green / Metallic Graphite Gray



Terima kasih readers! Nanti akan kelihatan Z1000 2014 meluncur di atas jalan dan sememangnya rekaan yang sangat unik pada bahagian headlamp. Selamat pulas minyak.

Selasa, 15 Oktober 2013

Down 14/10/2013

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pun tak tahu nak menceritakan macam mana pengalaman pahit saya pada kali ni. Begini, hari isnin sehari sebelum raya korban, macam biasalah kalau cuti pulas minyak balik rumah dari Besut ke Kuala Krai. Sampai di Bukit Bakar hujan lebat, saya teruskan perjalanan walaupun hujan sebab barang-barang penting dah masuk dalam plastik semua gerenti tak basah. Dalam kelajuan steady 50km/j ke 80km/j(jalan straight belasah laju jugak , haha)  lepas Caltex Bt Jong ada dua selekoh, selekoh pertama tajam, selekoh kedua tak tajam tapi jalan ada bumping sikit. Pada selekoh kedua ambil korner steady tiba-tiba tayar belakang slide, handle jadi bergegar sikit macam 'tank slap' kemudian saya terus terpelanting ke kanan ke atas permukaan jalan. Saya ketegorikan kemalangan saya sebagai 'highside crash', cehh! haha. Jalan tempat saya jatuh tu agak luas, masa terpelanting saya jatuh lutut dulu kemudian siku dan tergelunsur dalam keadaan tertiarap kemudian saya alihkan badan biar berada gelunsur keadaan baring sebab saya sedar saya tergelunsur atas jalan masuk arah bertentangan. Masa tengah tergelunsur masuk arah bertentangan, ada tiga buah kereta datang arah saya. Dua kereta sempat mengelak dari terlanggar saya, Proton Exora putih paling dekat nak rempuh saya, mujurlah pemandu tu sempat mengelak dari gilis saya. Kemudian saya terus tergelunsur hampir 80 meter atas jalan dan bila nak sampai kaki lima jalan, badan saya terguling menyebabkan kepala terhantuk pada tar dan memberikan kenangan pada helmet LS2 saya. Nasib baik saya tak gelunsur terus dalam longkang kira-kira 2 meter dalam. Fuhh selamat.

  Lepas tu saya terus bingkas bangun, ada seorang pak cik tua bawak rxz dari arah bertentangan dy berhenti depan saya, barangkali dia menyaksikan saya meluncur atas jalan. Saya bangun terus cari motor yg tersadai 5 meter dari tempat saya berguling. Nak angkat motor tak larat beb 229kg, pak cik rxz tadi tolong angkat, tengok-tengok, rim depan hancur. Dalam hati "Ya Allah keno gapo ni hancur rim takdok batang rim sebatang habuk". Saya pun dirikan motor dengan double dics depan macam dalam gambar.


Ni yang tak sempat mengelak masa motor saya gelunsur atas jalan, rim depan motor berlaga dengan rim depan kereta, pecah tayar kereta beliau.

Belakang ok takde apa-apa
Depan teruk, semua sparepart harga kasar, rim, fork.
 Masa tu hujan masih lebat, tiba-tiba ada beberapa bikers datang menghampiri, saya terkejut bikers ni mai dari mana kan. Yang saya kenal Amir Kelbikes dan geng-geng ducati. Dia tanya ok ke tak, sambil belek-belek tubuh saya takot ada luka ada patah mana-mana, saya cakap ok takde pape, dia suruh saya pecat jaket dan rilex dulu di bangunan berhadapan ecopark. Perasaan amat berdebar dan gemuruh sebab ramai orang datang kemurun saya sebab nak tahu keadaan saya mungkin. haha. Rupanya-rupanya Amir Kelbikes kebetulan lepak dekat kedai di bangunan ecopark. Lepas tu ada abang dari HHBG(Huru-Hara Bikers Group) yang datang menolong, dia tolong adjustkan hilux. Angkat z8 saya ke Balai polis Kuala Krai sebab abam polis nak ambik gambar motor, lepas tu letak moto di rumah Cikgu Rahim di Sg Durian.



Dari sudut depan
Jadi, saya pulas minyak LC saya lah pulas bila long ride, biasa LC pulas di rumah jer. haha. Apa pelik ke saya pakai riding gears macam ni bila bawak kapcai? Saya dari dulu lagi belajar biasakan diri pakai  riding gears. Terima kasih Mubarak Ahmadinejad, Naz Joe LCS, Muhd Syazwan ajar ambo pakai laguni.
Terhentak dan terseret kepala lutut, nasib baik pakai benda ni.
Terhentak helmet.


Thumb ups bro! haha. Layan LC dulu sementara motor siap repair.


   Jutaan terima kasih kepada abang-abang HHBG sebab sudi tolong, tolong angkat motor saya naik pikup. 9 orang angkat pun masih berat. Fuhh.HHBG merupakan group bikers berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Saya pun ahli HHBG, tapi jarang turun lepak di kedai MAMA, Guchil sebab ada komitmen belajar di IPG Sultan Mizan, Besut. Jadi saya tak berapa kenal ramai lagi bikers, kenal sorang dua ja. haha.

   Ni gambar semasa nak hantar Zarina ke bengkel EMI motor di Kota Bharu. Ok , kesimpulannya, silap saya ialah walaupun cuaca hujan lebat saya tetap redah bawak motor dalam jalan licin macam tu. Dan atas kehendakNya saya eksiden dan alhamdulillah malaikat sambut saya barangkali. Rasa macam diberi nyawa kedua. Pesanan saya kepada kawan-kawan, kalau hujan lebat seeloknya berhenti cari tempat berteduh dulu tunggu hujan reda lepas tu baru teruskan pulas minyak. Pakailah jaket, glove, knee protecter dan fullface semasa ride, semua benda tu penting sangat, memang ajal maut di tangan Tuhan tapi kita perlulah berikhtiar mengurangkan risiko, lagi satu waist bag masa ride ikat di pinggang biar beg betul-betul kat punggung, saya terseret atas jalan mujur ada pouch bag di punggung, tak la rabak seluar dgn punggung ni ha. haha. Alhamdulillah.

 InsyaAllah saya akan belajar dari kesilapan dan akan lebih berhati-hati lagi handle Zarina.

*Dah macam satu cerita pulak aku tulis, haha. Apa pun ini bukan sekadar cerita, ini kenangan yg aku catat dan kongsikan dengan anda semua.

Terima kasih kerana membaca!

Selasa, 24 September 2013

Tukar tayar depan- First time

Assalamualaikum readers!   Topik ringkas pada kali ini ialah tukar tayar depan Zarina...!

Pada 23/9/2013 cukup milleage 13310km bersama Zarina. Tayar asal kilang Z800 adalah Dunlop Sportmax S214 FJ saiz 120/70ZR17 M/C (58W)

Biasa Z800 dapat tayar depan asal milleage dalam 15000km hingga ada yang sampai 18000km. Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mengapa tayar cepat haus. Bergantung kepada cara tunggangan dan cara pulas minyak. Kalau suka main pikup dan selalu layan highspeed maka cepatlah botak tayar anda. Ada juga yang berpendapat tekanan angin dalam tayar mempengaruhi juga kadar kehausan tayar. Saya pun tidak pasti mengenai itu. 


 



Ini adalah Dunlop Sportmax setelah 13310km perjalanan. Dah botak tepi tapi tengah ada lagi dalam 20-30%.  Boleh guna lagi sebenarnya, tapi apakan daya tepi dah botak takde bunga. Ada sekali hari tu korner jadi skid tayar depan, kecut perut ambo. Lepas tu, terus tukar tayar. Bunga tepi penting untuk grip ketika korner biarpun ambo bukan kaki korner. Biarpun T30 jenis sport touring, tetap hentam korner. Sebab ada video dari Rossi tentang Battlax T30.
Tengok video Battlax T30 Tested and Approved by Velentino Rossi dibawah.




Lagi gambar Dunlop Sportmax






Bye Dunlop Sportmax. Hye Battlax T30. Milleage 13310. Botak tepi, tengah ada lagi. Tapi tepi untuk korner. Takde bunga rasa tak grip tayar depan bila korner. Ketar lutut woo.haha 

#Sayangi nyawa anda.





Dumlop Sportmax agak best korner pun grip tapi cepat botaklah sebab bunga lembut. haha



Ambo tukar tayar di Kedai Yo Chempaka, Tanjung Mas. Tukar tayar depan Battlax T30 Sport Touring.





Zarina dengan satu tayar sahaja. haha. Saya dapat berkenalan dengan Ise, motor biru tu juga dari Jertih. Jadi lepas tukar tayar pulas minyak bersama balik ke Besut.


Battax T30 Front. Bunga tayar yang menarik.



Total cost tukar tayar depan Z800?

Battalx T30 saiz 120 : RM430 siap pasang.

Segala service dan maintenance Kawasaki Z800 akan saya kongsikan dalam blog ini insyaAllah akan menjadi rujukan anda semua.

Berikut adalah alamat tempat saya tukar tayar:

Azrul Aziz- 013-9302548

Lot 203A,
Kg Chempaka, Jalan Panji,
16100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Kedai Yo Cehmpaka turut menyediakan untuk upgrading performance seperti Bazzaz, HM Quicshifter, K&N Airfilter,Akrapovic, dan pelbagai aksesori lain.

Sekian, terima kasih meluangkan masa membaca coretan seorang penunggang motorsikal.









Rabu, 17 Julai 2013

Second Service

Assalamualikum, Second service di Zarina juga di Seng Motor KB.


Ni ha saya guna Motul Ester 10w40. 4 botol.

Pomen siam. Sawadikap kunkap. Masa sampai Seng, pomen ni tengah makan. perghh tergugat iman gua. haha



Lepas tu pergi sunat ekor di rumah Abe Nizam. Terima kasih Abe Nizam sebab jadi tok mudin.
Saya bersama Amir Hutan masa ni. Lepas tu berbuka di Restoren Syam, Berek 12. Solat apa semua kemudian balik Besut.

Motul 4 botol- Rm45x4=Rm180
Oil Filter=Rm60

Total=Rm240.

Sekian.





Ahad, 30 Jun 2013

Ride Terengganu-Kelantan-Thailand

Assalamualaikum, team Z800 Terengganu dan Kelantan kali ini ride ke Thailand. Dengar Thailand mesti anda semua ingat kami ride jauh kan? Sebenarnya kami ride ke Pekan Sg Golok sahaja. haha Ride ini boleh dikatakan sebagai permulaan ride ke Thailand. InsyaAllah pada 24-27 Oktober ni Z800 Terengganu Comunity akan buat program ride to Krabi. Ok, berbalik kepada cerita ride pada kali ini, saya RV dengan z800 di Shell Wakaf Lichong. Terus pulas minyak ke Tanah Merah disambut oleh Cikgu Josan Hasan and the geng. Makan tengah hari nasi ayam kampung yang memang best menjilat jari beb.



Hari ini jumaat, jadi Cikgu Josan cadangkan solat jumaat di masjid Tanah Merah. Kami parking moto di Balai Polis Tanah Merah. 

Tudiaa bersusun jack lapan.

Pssttt...shoot Zarina.

Lepas solat jumaat kami singgah di K-10 Superbike tepi perabot jati, Tanah Merah. Kedatangan kami disambut Uncle kedai tu dengan 100plus yg sungguh menyegarkan. Kek yg sungguh menyelerakan. Trimas Uncle k-10!



Lepas tu refuel di Shell Tanah Merah, terus pulas minyak ke Kota Bharu ikut Pasir Mas.
Sampai di homestay  dekat Wakaf Che Yeh. Anda mesti kenal Wakaf Che Yeh? Syurga membeli belah di Kelantan. Nanti ada masa saya ceritakan Pasal Wakaf Che Yeh. Besar sungguh banglo ni, ruang parkingnya cukup untuk lebih 50 bikes.






Lepas tu kami bergambar di perkarangan Stadium Muhamad. Bergambar kejap.


Lepas tu hi-tea dengan KBC(Kelantan Bikers Club) di Maheran Laksa, Tesco. Hari gelap macam nak hujan tapi nasib baik tak hujan woo.

Try duduk atas FJR Chip Zam. hehe

Bergambar beramai-ramai



Pada sebelah malam, kami pekena maggi ketam di PCB. Tapi saya tak ambil gambar time tu, nantilah kalau ada gambar kawan saya akan uploadkan.

Pada keesokan harinya, sementara Abe Nasir jadi pomen muto Joe Zs Pro bocor, sesi perkenalan antara bikers. Saya yg paling muda. haha

Khas untuk Sg Golok bikers daripada Z800 Terengganu Comunity sebagai tanda persahabatan yg terjalin.



Our leader ride pada kali ini. En Sahar yg berasal dari Tanah Merah tapi menetap di Terengganu. Add facebook beliau; https://www.facebook.com/TerengganuBikersCommunity?fref=ts




Besar sunggoh homestay yg kami menginap. Puas hati selesa, tengoklah parking yg luas. Ready to pulas minyak to Thailand. hihi

Singgah sebentar di hadapan Balai Polis Pasir Mas. Makan nasi Kak Wook!

Yeahh... hensem brader ni. haha Spontan shoot.

Lepas makan di Pasir Mas, pulas minyak ke Rantau panjang.Kami dengan rasa panas teriknya terus parking bawah pintu gerbang Masjid Beijing. Sebuah masjid yg bercirikan senibina cina tersergam indah di tepi jalan

Ambo. haha

Pak CHoi!


Thumbs bro walaupun cuaca panas terik ni Stanby nak masuk Sg Kolok!

Sampai di Sg Kolok! Rehat sebentar menikmati air tebu.




Makan tengahari bersama Golok Bikers. Santapan memang sedap. Dia punya sup daging perghh sedap siot!. Alhamdulillah

Ambo bergambar sebentar kenangan di Golok. InsyaAllah ada rezeki akan jauh lebih jauh lagi ke Thailand. Krabi mungkin.



Saya pun tak faham apa maksud menu ni. haha 


Kolok Superbike!



Bergambar dengan otai Golok Bikers.

Joe Zs Pro, apa macam? Massage ke? haha


Sebahagian bikers yg parking depan The Silk Touch massage. Ada sebahagian yg santai di Masjid Pakistan.

Amin Golok bikers

Tudiaa Krungtai Bank. Krungtai baq ang

Masjid Pakistan. heheh

Masa on the way pulang, singgah kedai adik Sahar di Tanah Merah. Makan-makan sikit. 



Bergambar sejenak Ride masuk Golok jer sebagai permulaan ride ke Thailand. Terima kasih kepada semua abang-abang z8cm Terengganu, Marshall yg melancarkan perjalanan. Semoga bertemu lagi pada ride akan datang insyaAllah Krabi 24-27 Oktober 2013.

Sekian catatan ringkas cerita ide pada kali ini.