Khamis, 24 September 2020

Aquascape Pertama Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog saya. Kita sambung part 2 mengenai kos aquascape 40cm saya. 

     Perkara yang kesebelas ialah batu yang saya gunakan untuk aquascape saya ialah batu jenis seiryu rock beberapa ketul berharga Rm20. Pening kepala juga nak memilih batu yang berkenan di hati. Seiryu sebenarnya akan menaikkan pH air dan ianya tidak begitu baik untuk sesetengah jenis ikan dan shrimp. Tetapi seiryu rock cantik ada line putih! Lantaklah pH naik pun. Haha! Terdapat pelbagai jenis batu yang dijual dan ada juga tidak mengacau pH air seperti dragon stone dan lava stone.

     Saya tidak berminat untuk menggunakan drift wood / kayu kerana sedikit rumit dan air akan kekuningan pada permulaan setup aquascape jika tidak sediakan kayu dengan betul sebelum setup akuarium. Letak batu ja senang.

     Perkara kedua belas, saya membeli tumbuhan karpet jenis Glossostigma atau glosso yang mana ianya merupakan rare dan jarang orang tanam dan jarang dijual. Mungkin kerana glosso demand suhu yang rendah, lampu yang cukup dan baja yang seimbang untuk pertumbuhan yang cantik membuatkan tidak ramai meminatinya. Jika glosso anda tanam tumbuh macam togey, itu tandanya lampu anda tidak cukup untuk proses photosintesis glosso. Paling rare ialah glosso platinum yang agak mahal, sebekas  dekat Rm50. Saya punya glosso hanya Rm16 ketika promo. Tak promo mungkin Rm25-28 sebekas kecil. 

     Saya tanam lebih kurang macam ni karpet glosso nanti tengok dua hingga  tiga bulan harap penuhlah tu. Gambar di bawah tak sampai sebulan.

      Biasanya orang memilih pokok karpet bernama Monte Carlo / mc kerana lebih mudah dijaga malah ada juga yang tidak menggunakan co2. Tetapi pertumbuhan mc sedikit lambat berbanding dimewahkan dengan co2.

     PERINGATAN! Jangan beli karpet jenis seed / biji benih yang ada di shoppee dari China atau dijual di kedai kerana ianya satu scam yang nyata! Seed karpet sebenarnya bukanlah tumbuhan akuatik. Seed cepat tumbuh dan cantik pada awalnya, tapi akan terapung dua tiga bulan nanti. Tidak tahan lama dan scam! Carilah ilmu dan belilah tumbuhan akuatik yang betul jika anda nak karpet anda tahan bertahun dan tak perlu susah letih rescape kembali akuarium anda. 

      Pokok hijau ni saya lupa nama. Tak sampai sebulan sudah tinggi kelangit, maka kena trim dan tanam balik supaya tumbuh lagi banyak dan tanam sepadat mungkin.

     Pokok merah juga saya lupa nama, layu macam tu sebab lambat tanam, kuarantin pun tidak. Haha! Tapi masuh hidup dan tumbuh makin cantik mungkin ambil masa dua ke tiga bulan untuk mekar. Ini disebabkan kesilapan saya menanam jarak agak jauh. Pokok merah tu sepatutnya tanam sepadat mungkin bagi 7-9 pokok barulah cantik tumbuhnya. Tapi tak apalah boleh buat menyorok ikan yang baru lahir ke dunia ini.

Harga pokok adalah seperti di bawah: 

Glosso 2 bekas & pokok merah : rm49

    Masuk bab ikan pula, saya membeli 7 ekor ikan danio. Warna pink Rm1 sekor, warna hijau, oren, merah dan kuning Rm4. Tiga ekor ikan Black Molly untuk memakan alga-alga yang wujud. Satu jantai dua bersama dua isteri. Sudah terberanak pun banyak ekor. Tempat anak bersembunyi dah ada di celah pokok. Kalau tak ada nanti habis di makan oleh ibu dan ayah Black Molly ni. Harga Black Molly Rm2 sekor. Kemudian, saya meletakan sekor sahaja dulu ikan Oto  Rm6 untuk makan alga juga sikit. Nerite Snail 2 ekor Rm8 selalu merayap keluar akuarium tengok-tengok duduk bawah sofa. Jadi sekarang ini ada 3 jenis cleaning crew dalam aquascape kecil saya. Kos untuk ikan  dan makanan ikan yang keping-keping tu Rm49

     Anti Klorin yang saya gunakan ialah jenama Tension Gon bau busuk banga tapi bila campur air tak bau pun. Salah satu anti klorin yang mempunyai reputasi yang baik untuk aquscape anda. Harganya Rm15 untuk 500ml.

     Kita masuk bab baja / fertilizer untuk tumbuhan pula. Saya memilih barisan / line up fertilizer jenama ADA iaitu seperti di bawah : 

Fertilizer 180ml
1. ADA Green Brighty Nitrogen
2. ADA Green Brighty K
3. ADA Green Brighty Mineral
4. ADA Green Brighty Iron : Rm177


Fertilizer juga terdapat pelbagai pilihan pelbagai jenama di luar sana. Yang mahal tak semestinya baik, yang murah tak semestinya tidak berkualiti. Pilihan di tangan anda. 

     Di dalam dunia aquascape, saya mendapati jenama yang paling mahal dan bangsawan ialah jenama ADA. Anda boleh tengok perkakasan kelengkapan aquascape di facebook page ADA Malaysia. Harganya bangsawan! Idaman setiap peminat aquascape. 

     Apapun setakat ini sahaja perkongsian mengenai aquascape pertama saya khusus saya kongsikan kos yang telah saya laburkan sekadar untuk menyegarkan mata dikala penat baru pulang bekerja mencari rezeki. Kan moratorium kereta tak bayar beberapa bulan jadi nampaklah duit pergi kemana. Haha!  

     Kepada peminat aquascape, teruskan realisasikan impian anda untuk memiliki sebuah aquascape yang cantik! Beli barang sikit-sikit tak apa nanti cukuplah tu. Saya doakan akuarium anda tidak terberanak jadi lagi banyak. Hobi ini begitu berhantu! Saya kongsikan jawapan yang sesuai untuk anda jika akuarium anda terberanak jadi lagi banyak.

Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca. Subscribe youtube channel pulas minyak tanda sokongan kepada saya. Komen di post ini sepatah dua kata! 


     *Jika ada masa nanti saya kongsikan jadual wc / water change akuarium saya di lain post.

Tambahan masyarakat ikan 26/9/2020
Harleyquin Rasbora 4 ekor
Siamese Algae Eater 2 ekor
Tetra kuning dan oren 2 ekor
Makanan bottom fish
Total rm48

Tank 40x26x30: Rm85
Co2 system fullset : Rm424
Lampu Sobo & timer plug : Rm58
Fluval stratum substrate : Rm71
Dophin Bio Ring : Rm19.77
Bio Home Pro 500g : Rm70
Ada Bio Rio 300g : Rm50
Astro 2208 Cannister : Rm105
Thermometer : Rm12.42
Tools : Rm42
Kabinet custom 41x27x90 : Rm155
Glass lily pipe Rm47

Fertilizer
1. Green Brighty Nitrogen
2. Green Brighty K
3. Green Brighty Mineral
4. Green Brighty Iron : Rm177

Up Aqua Cooling fan : Rm130
Tension Gon :Rm15
Seiryu rock : Rm20
Glosso 2 bekas & pokok merah : rm49
Blackmolly 4, danio 8, oto 1, nerite snail 2 + food : Rm54
Harleyquin Rasbora 4 ekor
Siamese Algae Eater 2 ekor
Tetra kuning dan oren 2 ekor
Makanan bottom fish
Rm48
Total : Rm1632.19


8 ulasan:

  1. Banyak kerja nya ni bos, tapi hasil lumayan. Terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka bos, Masukkan co2 terus supaya senang nanti nak masukkan pokok high tech.

      Padam
  2. Tuan..nak tahu sedikit..saya baru berjinak dgn aquascape..pokok dah tumbuh..tapi masih kecil..saya gunakan seed je..pertanyaan saya..time bila sesuai utk masukkan air..nie merupakan hari ketujuh..benih dah mula tumbuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan, seed ialah scam. Dua tiga bulan semua jadi togey dan terapung. Nak mencuba tak apa, memang cantik tapi sekejap sebab bukan pokok akuatik. Boleh tengok pasal seed di fb Kelab Peminat Aquascape Malaysia. Beli pokok akuatik yang betul. Saya punya pokok stem dekat setahun da, dah berapa kali potong, dua bulan dah panjang.

      Padam