Khamis, 24 September 2020

Aquascape Pertama Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Alhamdulillah saya berjaya merealisasikan impian lama untuk membuat sebuah akuarium apa nama yang dia panggil 'aquascape'? 


     Pertama, perkara yang sering terfikir di minda pembaca dan ditanya kepada saya ialah berapa kos untuk membuat satu set lengkap aquascape? Sebenarnya aquascape terbahagi kepada dua yang mana dia panggil 'low tech' dan 'high tech'.
Low tech ialah setup akuarium yang tumbuhan di dalamnya tidak memerlukan tong co2 manakala high tech ialah tumbuhan yang memerlukan ataupun demand co2.
      
     Saya teruskan kepada kos untuk aquascape kecil saya yang bersaiz cuma 40cm x 26cm x 30cm tinggi. Akuarium yang saya guna cuma yang biasa sahaja berbentuk curve jenama Dophin Gt3003 berharga Rm85 dan bukannya crystal clear tank yang sudah tentunya lebih cantik.

     Memandangkan saya newbie, saya memilih lampu cap ayam sahaja untuk aquascape saya iaitu jenama Sobo COB PLANT LIGHT AL -380 yang berkapasiti 15.5w 7000-8000k berharga Rm48. Sebenarnya diikutkan terdapat pelbagai jenis dan jenama seperti Chihiros, Vivid, Netlea, Onf, jenis rgb, wrgb  dan sebagainya. Terdapat juga lampu yang sesuai untuk tumbuhan yang anda tanam dan harganya bukannya murah sehingglah menjangkau Rm1000 lebih untuk sebuah lampu. Jika anda jumpa lampu yang murah dan sesuai untuk tumbuhan yang anda tanam, jackpot! Tak perlu membazir duit untuk lampu yang mahal.

     Ketiga, pasir atau substrate yang saya gunakan hanya satu jenis sahaja iaitu Fluval Stratum substrate yang berharga Rm71 di shopee percuma fertilizer/baja jenama fluval. Terdapat pelbagai substrate yang boleh digunakan dari yang murah hingga yang mahal. Biasanya satu guni substrate berkapasiti 8-9kg. Saya guna hanya 75% dari 8kg Fluval Stratum ini. Di shoppe ada juga seller yang repack dan jual balik mengikut kg.

     Keempat, kejernihan air akuarium membuatkan kita puas memandang flora dan fauna yang ada di dalamnya. Oleh itu, saya memilih kitaran air menggunakan penapis air jenis canister jenama Astro 2208 yang mana setelah saya membuat tinjauan, jenama Astro ialah yang paling murah, kuat, berkapasiti besar 700L/H dan berpatutan untuk newbie macam saya.  Sebenarnya agak ribut flow air di dalam akuarium dengan canister ini tetapi lama-kelamaan flow akan jadi perlahan disebabkan tersumbat dengan benda yang disedut oleh canister seperti tahi ikan, tumbuhan yang tersedut masuk dan sebagainya. Tidak menjadi masalah arus laju kerana flow  canister Astro 2208 ini boleh dilaras kelajuannya. Harganya cuma Rm105 pada masa saya beli di shopee.

     Kelima, canister Astro 2208 mempunyai tiga tingkat bekas/tray untuk meletakkan media. Canister ini hanya didatangkan dengan dua keping span. Media yang baik ialah kunci kejernihan air di dalam akuarium saya yang terus jernih tak sampai 24 jam setelah setup. Hal ini demikian kerana bakteria baik cepat terbentuk dan membuat kerja untuk menjernihkan air. Setelah membuat penelitian, saya memilih media yang sedikit mahal untuk canister saya. Media yang pertama ialah Dophin Bio Ring Rm19.77, Bio Home Plus 500g Rm70 dan ADA Bio Rio 300g Rm50. Letakkan sepadat mungkin di dalam tiga tingkat tray canister untuk memperlahankan flow. Saya menjirus dengan air paip media-media ini sebelum letak di dalam tray. Agak terkejut juga tak sampai 24 jam terus jernih air sampailah sekarang. Canister murah, tapi media di dalamnya bangsawan maka hasilnya air jernih! Bak kata orang 'luar setinggan dalam kondo!'

     Keenam, tools/perkakasan saya hanya beli di shopee dari China berharga Rm47. Cukup lengkap dan guntingnya cukup tajam dan saya fikir ianya satu pelaburan yang berbaloi jika akuarium terberanak lebih besar suatu hari nanti. 🤔

     Ketujuh, canister dan penapis air mempunyai in flow dan outlow dan Astro 2208 didatangkan dengan lilypipe berwarna hijau. Saya tidak menggunakannya kerana saya memilih untuk membeli inflow/outflow jenis glass lilypipe yang sudah tentunya nampak lebih eksklusif. Harganya ialah Rm47. Jika beli dari China, sedikit murah tetapi pastikan anda mempunyai banyak masa dan sabarnya lilypipe tersebut sampai. Untuk canister Astro 2208 lilypipe yang sesuai ialah saiz 13mm. Jangan tersalah beli saiz nanti tak muat dengan hose yang bersaiz 12mm.
     Kelapan, saya membeli thermometer jenis gantung untuk akuarium saya berharga Rm12 di shopee dari China. Suhu yang dicatatkan ialah 31c'. Agak tinggi bukan?. Jadi, untuk menyejukkan sedikit suhu air saya melaburkan wang ringgit untuk kipas kecil jenama Up Aqua Cooling Fan berharga Rm130 yang mempunyai sensor dan berhenti berfungsi apabila mencapai suhu yang kita inginkan. Bunyinya tidaklah bising sangat dan suhu yang turun juga memuaskan iaitu maintain 28c' pada musim panas dan jika hari hujan boleh turun kepada 27-26.5c'. Suhu penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan ikan yang anda bela. Jika anda tidak kisah dengan bil elektrik, anda boleh sahaja memasang penghawa dingin 24 jam atau mengikut waktu yang sesuai untuk menyejukkan suhu air akuarium dan diri anda seisi keluarga. Jika anda berduit pula, anda boleh membeli 'chiller' iaitu sejenis alat  seperti cooling coil yang air mengalir di dalamnya untuk menyejukkan suhu air. Harganya mandi! 
 

Kemas dan tidak serabut kipas penyejuk suhu air ni.

 
     Kesembilan, kabinet yang saya gunakan ialah saya buat custom berwarna putih kemas seperti ADA style berketinggian 85cm x 40cm x 26cm berharga Rm155. Cukup cantik dipandang sesuai dengan harga. Jika boleh boleh dipakai 4-5 tahun ianya sudah memadai dengan material kabinet ini. 


     Kesepuluh, saya tak pasti saya hendak memilih jenis akuarium low tech atau high tech. Maka saya terus melaburkan wang ringgit membeli satu set sistem co2 tong karbon dioksida co2 untuk keperluan tumbuhan yang saya tanam nanti. Tidak menjadi masalah untuk saya menanam tumbuhan low tech atau high tech kerana adanya co2. Dengan adanya co2 bezanya dengan tiada co2, tumbuhan yang kita mewahkan dengan co2 kelihatan lebih segar, cepat pertumbuhannya dan warnya lebih menarik berbanding tidak menggunakan co2. Saya terus membeli satu set co2 kerana malas untuk membeli part-part kecil untuk melengkapkan sistem co2 untuk akuarium. Harganya sedikit mahal Rm424 di shopee lengkap 3 liter isi co2, check valve, diffuser, bubble counter, hose 2 meter, timer plug,  dan sebagainya. Terdapat juga set co2 yang berkapasiti lebih kecil dan lebih murah tetapi anggaran harganya antara 250-400. Untuk lebih jimat anda boleh juga membuat co2 DIY. Boleh cari di youtube cara-caranya. Namun, untuk penjimatan yang tahan lama, saya sarankan belilah tong co2 sekurang-kurangnya 3 liter. Berbulan hingga ke setahun tak perlu refill lagi. Sedikit ingatan, jangan terpedaya dengan tablet co2 kerana ianya akan mengeruhkan air dan tidaklah begitu berkesan untuk demand tumbuhan anda. Membazir duit sahaja.
    Susun atur wayar dan hose / cable management saya cuba supaya nampak tidak berserabut. Cuma nampak akuarium dan kabinet seketul. Cantik dan kemas. Di dalam kabinet begini saya susun canister dan tong co2 berserta plug. 


Kita sambung di part 2. Sudah cukup panjang penulisan saya untuk part 1 ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan