Alhamdulillah sudah 3 tahun bersama Zarina. Ini merupakan kali ketiga tukar tayar depan. Tayar stock dari kilang dulu ialah Dunlop Sportmax yg hanya tahan pada 7000 km. Tayar depan kedua dan ketiga ialah Bridgestone Battlax T30 yang boleh pergi dalam 17000km. Tayar yang keempat iaitu yang baru tukar ni ialah Michelin Pilot Road 3(PR3) yang mana sama dengan tayar belakang yang saya tengah pakai sekarang. Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi.
Ok, bercakap mengenai tayar saya ingin memberi review ataupun feedback dari pengalaman saya sendiri berdasarkan penggunaa dua jenis tayar iaitu T30 dan PR3. T30 adalah tayar touring yang memberikan grip yang baik ketika cuaca tidak hujan@dry road. Tetapi agak menggelikan ketika hujan atau jalan basah. Maka tidak hairanlah apabila mengambil selekoh ketika jalan kering kita akan berasa yakin untuk lean dengan baik dan lebih rendah.
Bagi P3 pula, saya rasa ketika kering grip boleh tahan tapi tidak semantap T30. Ketika hujan saya tak pernah try lagi. Berdasarkan saya baca review di forum-forum di internet mengatakan PR3 sangat baik ketikan jalan basah atau hujan. Mungkin juga sebab faktor bunga tayar yang cukup baik.