Ahad, 11 Mei 2014

Ride To Cubprix Stadium Gong Badak

     Assalamualaikum, alhamdulillah saya berpeluang ride bersama group LC saya dulu, Ridez LC Kelantan di bawah sponsor HVM ke Cubprix Litar Stadium Gong Badak, Terengganu pada 11 MEi 2014. Sebenarnya saya tak pernah tengok Cubprix secara live sebab tu rasa nak pergi. haha. HVM telah menyediakan baju untuk konvoi kali ini.


       Pada pagi 11 Mei mengikut jadual konvoi semua berkumpul depan HVM di Jalan Pasir Akar, Jertih. Jadi saya pergi lewat sikit kemudian berjumpa dengan konvoi di Petronas Jertih. Pada kali ini saya dua buah jer big bike. Yang lain semua kapcai, mungkin orang tengok pelik motor besar ride sekali dengan motor kecik dengan kelajuan 90km/j tapi saya ok jer sebab saya pun dulu pakai motor LC jugak. Kelajuan bukan kepuasaan, kelancaran kenikmatan bak kata Marhsall Osama. haha. Ok nak kongsi sikit gambar masa ride. Ikut jalan pantai.
Konvoi pada pagi yang cerah cuaca cun sambil layan pemandangan memukau menambahkan kenikmatan pulas minyak menyusuri jalanraya.

Marshall yang bertugas sememangnya terbaik melancarkan konvoi.

Saya diminta Marshall Osama untuk sama-sama berada di barisan hadapan untuk membelah ajalanlah katakan..hahahaha.

Satu gambar yang menarik diambil dari sunroof kereta Kak Lin.

Selepas mengharungi jalan pantai ke Gong Badak 100km lebih dengan kelajuan 90km/j Fuhh sakit pinggang gua. haha. Konvoi berhenti di Masjid Unisza untuk tunggu club LC dari Terengganu untuk konvoi bersama ke litar Cubprix. 






Bersama abam-abam RLCK, Marshall Osama serta Marshall Alif. Amacam lawa tak baju myHVM?


Dengan motor kecik? Takde hal. Motor kecik motor besar tiada beza. Sama-sama dua tayar.

Memang kemas susunan motor sebelum konvoi. Disiplin terbaik.

Zarina cek baris sikit sebelum konvoi dari Masjid Unisza ke Stadium Gong Badak. haha

Konvoi bergerak dengan lancar melalui Aiport Terengganu. 


Konvoi sampai pada pukul 11 lebih kurang. Ni gambar antara booth yang terdapat di event tersebut.

Kami sangat bertuah di bawah HVM Auto Parts, Kak Lin dengan kabel kemahnya mebawa kami masuk ke  pit, saya pun tak reti nk cakap dalam bahasa standard. haha. Tempat baiki motor team-team yang mengambil bahagian dalam race cuprix. Di mana tempat ini tidak dibuka kepada orang awam. 

Kak Lin bersama riders SCK Racing. HVM merupakan antara sponsor bagi SCK Racing.

Kak Lin bersama sifu YY Pang.


Kak Lin bersama boss SCK Racing, Yagami Soong.

Gambar ambo.

Selepas sejam, kami menikmati pula nasi ayam yang disediakan HVM. Makan bersila ramai-ramai. 

Kalu ambo jadi rider cuprix, meme ambo pulah rapak jik la minyok. haha


Idrus & Anak Ayah Su.




Ambo bersama Kak Lin Audrey Ma, HVM Autoparts.

Singgah di booth Petronas kejap. Bergambar dengan model motor Hafiz Syahrin. #Yamaha R6


Kak Lin bersama anak buahnya.

     Lepas tu bergambar kejap dekat booth Harian Metro bersama abam Naz Joe LCS.

Alhamdulillah, ambo juara Cuprix bagi kategori 800cc. haha

Juara bersama trofi kemenangan. hahaha

Ride ride jugak. Apapun kita pergi solat dulu. Vrommm.


Seterusnya race akhir bagi kategori CP130 dimana team SCK beraksi.

Rider-rider Cuprix ni memang hati kering. Laju betul diorang bawak. Bukan level kita. haha Ambil korner punyalah laju.





     Apabila berakhirnya race akhir bagi kategori CP130, tibalah masa kami pulang ke tanah air, eh ke rumah masing-masing. haha. 
Anak Ayah Su



Bergambar berlatar belakang stadium runtuh tak siap-siap. Satu kenangan memakai helmet, satu kenangan tidak memakai helmet, jadi dua kenangan kita dapat lihat disini ya.


     Semasa on the way balik ke Besut. Kitaorang singgah di Penarik, Pantai Rhu 10 di salah sebuah kedai seafood di mana Kak Lin belanja makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung yang sangat-sangat best! Hampir 40 orang bikers Kak Lin belanja. Baik betul beliau. Seriously bagi saya, susah nak jumpa Chinese yang baik dengan Melayu macam ni. Barang jual dengan harga berpatutan layanan terbaik. Hanya di HVM.



Penarik sememangnya terkenal dengan keenakan makanan seafood celup tepung macam ni. 



Kan ambo cakap doh, ikan celup tepung sini sedap, sampai kekoh palo ikan. perghhh haha.

Terima kasih kepada HVM sponsor ride pada kali ini. Ride bersama motor kecik, takde masalah bagi saya. Sedikit info pasal HVM Auto Parts. 

Ini lokasi HVM Jerteh, Terengganu.


Ini lokasi HVM Bikers, Shah Alam, Selangor.


HVM terbaik.  Layanan Mesra, Produk Terbaik. Harga berpatutan berbanding kedai lain.



Sekian saja entry ringkas untuk kali ini. Minyak spent pada kali ini lebih kurang RM20 sejauh 200km lebih. Anggaran Rm10 bagi 100km dengan kelajuan tak lebih 160km/j. Lebih kurang macam kereta la z800. Kalau bawak lagi laju lagi la makan kuat minyak petrol. Terima kasih kerana sudi membaca coretan pengalaman saya. #adminpulasminyak












2 ulasan:

  1. Terbaik jalan cerita yang menarik dan pengalaman yang sangat berharga.. Terima kasih Amir kerana dapat ride bersama. Terukir kenangan indah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Osama, cuma coretan ringkas perjalanan ride.

      Padam