Sabtu, 14 Disember 2024

Masuk ke Thailand guna kenderaan orang lain? Baca ni sekejap.

                    Assalamualaikum pembaca, haaa korang yang nak bercuti di Thailand tu kalau masuk dengan kereta atau motor guna kereta/motor nama orang lain, tak kisahlah kereta/motor tu atas nama kawan ke, ayah ke, adik-beradik ke. Korang wajib buat surat sumpah tau untuk menyatakan korang dah dapat kebenaran membawa kereta/motor atas nama orang lain. Maknanya kereta/motor tu atas geran bukan nama korang tapi korang yang bawa drive/ride masuk thailand.

                 Paling penting korang wajib bawa geran original kereta/motor yang korang nak drive/ride tu masa dekat bangunan declaration form di Immigration Thailand. Kepilkan sekali dengan surat sumpah tu bersama insurans Compulsary & Voluntary Thai tu. 

                 Untuk insurans Compulsary & Voluntary Thai, untuk kereta atau motor, korang boleh rujuk contoh gambar di bawah :

Tidak boleh tidak, korang beli la insurans Compulsary & Voluntary Thai ni. Insurans ni untuk cover third party sekiranya korang terlibat kemalangan dengan rakyat Thailand yang mana korang bersalah. Insurans akan cover kos rosak kereta dan kerosakan harta awam di Thailand. Kalau korang tak ada insurans Compulsary & Voluntary Thai, maka korang kena pastikan ada duit yang banyak untuk bayar pampasan kepada rakyat Thailand. Bergadai tanah laa jawabnya. masak ooo.

                       Seterusnya korang kena beli insurans Travel untuk cover diri korang semasa di Thailand, untuk bil rawatan di hospital dan sebagainya. Tak mahal pun seorang tak sampai seratus, kalau bawa motor seratus lebih. Contoh yang saya dah beli ni ETIQA, saya add on adventerous activity sebab dalam polisi dia dinyatakan cover untuk motorcycle convoy sebanyak Rm300,000.00. Baru tenang ride bang.


                       Last sekali, korang kena call centre insurans tahunan semasa korang untuk beli ext 101 yang mana ini adalah tambahan untuk kenderaan korang semasa di Thailand, insurans ni akan cover sama seperti di Malaysia sekiranya berlaku kemalangan di Thailand. Tak mahal pun dalam belas-belas ringgit hinggan Rm30 je. Lepas tu korang print la semua sekali dokumen letak dalam satu fail :

  1. Geran Original kereta/motor
  2. Surat sumpah sekiranya bawa kereta/motor nama orang lain
  3. Insurans Compulsary & Voluntary Thai
  4. Insurans ext 101
  5. Insurans travel
  6. Passport
                       Bab passport pula, sekiranya bawa passport baru, korang jangan lupa bawa passport lama sekali, kadang-kadang Immigration Thailand punya perangai ni di akan tuduh korang tak cop passport masa keluar suatu ketika dahulu, maka dia nak denda korang ataupun pau korang. Bawa passport lama, tunjuk bukti dah cop.

                       Akhir sekali, bila dah keluar Thailand tu jangan lupa serahkan declaration form yang Thailand punya tu di Immigration Thailand, kalau tak serah kena denda sebab Thailand ingat kereta/motor korang belum keluar daripada negara tersebut.

                      Baik last sekali, korang boleh download surat sumpah ni, korang isi dan bawa ke mana-mana Pejabat Suruhanjaya Sumpah untuk cop, tak mahal pun, RM10 satu surat. Selamat bercuti dan berhati-hati memandu/ride di negara orang, jangan parking tepi jalan yang bebendul dia ada merah putih.                


Borang suruhanjaya Sumpah

 : https://bit.ly/4fhFrIX

atau boleh scan QR di bawah untuk download surat sumpah




Sabtu, 15 Januari 2022

Hipopo Baby Spa Paradigm Mall Johor Bahru

     




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Kali ini saya nak review sebuah baby spa di Paradigm Mall, Johor bahru. Hipopo Baby Spa memang sesuai untuk bawa anak manjakan diri.

Paling best baby dapat berendam dalam jakuzi baby. Gerenti tiada emotional damage! Melainkan baby anda lapar atau mengantuk. Sesi berjalan dengan happy dan rancak. Layanan daripada staf Hipopo Baby Spa yang berpakaian seperti nurse boleh angkat ibu jari.

Sesi dimulakan dengan baby gym, ianya regangan otot-otot baby sebelum berendam dalam tab mandi yang diisi dengan air suam sesuai dengan baby. Siap ada buih-buih macam jakuzi. Memang mantap tab mandi dia. Sesi berendam sambil diceriakan oleh staff Hipopo adalah selama 30 minit. 

Selepas itu, baby akan dimanjakan dengan sesi urutan full body. Dijamin baby suka dan tak stress. Bayaran untuk sesi yang saya ambil ialah Rm88. Apa salahnya sekali sekala manjakan baby berusia 3 bulan hingga setahun dengan baby spa.

Hipopo Baby Spa memang sesuai untuk pasangan yang baru menimang cahaya mata pertama, kalau anak dah berderet nanti bawa pergi kolam hotel je.

Sekian terima kasih pembaca!


Jumaat, 7 Januari 2022

Xioami Mi Air Purifier 3H review with realtime air quality sensor









Hi, kali ni saya nak review tentang Xiaomi Mi Air Purifier 3H. Review berpandukan data bacaan kualiti udara sebelum dan selepas pasang Mi Air Purifiee 3H di dalam rumah saya.
Jadi, selamat menonton dan tengok sama ada air purifier betul-betul berfungsi atau sekadar untuk kosmetik.

Sebenarnya ada satu lagi model yang murah sikit iaitu Mi Air Purifier 3C, motornya kurang kuat berbanding 3H. 3C sesuai untuk diletak di bilik manakala 3H sesuai untuk diletak di ruang tamu biasa. Kalau ruang tamu macam padang bola, kena beli yang lagi berkuasa. Filter perlu ditukar setiap 6 atau 12 bulan dan harganya pula hanya Rm100 untuk filter gantian.

Air purifier bagus untuk menapis udara yang kotor dan berdebu kepada udara yang lebih bersih. Apa salahnya berhabis sedikit wang untuk menghirup udara bersih. Sangat sesuai sekiranya anda mempunyai bayi di rumah.

Sebelumnya saya bercadang untuk membeli air purifier Sharp yang paling murah berharga Rm350 lebih kurang, tapi setelah membuat sedikit penelitian. ianya sesuai untuk diletak di bilik sahaja. Jadi, saya berminat untuk beli Philips yang berharga Rm399 di shopee. Akhir sekali ambil yang lagi power iaitu Mi Air Purifier 3H. Terdapat air purifier yang lagi besar dan mahal tapi mi 3H sudah memadai.

Anda boleh juga membeli air purifier secara bayaran ansuran bulanan dengan coway, sk magic dan sebagainya. Tapi saya tak nak berhutang. Terpulang kepada anda.
Info berkaitan Mi Air Purifier 3H https://www.mi.com/global/mi-air-puri... Rakam video guna hero 6 je, video dan sound tak cantik.

Terima kasih pembaca!

Selasa, 3 Ogos 2021

Z800 VALVE PUTUS ITU KEJAM!

Valve Putus Itu Kejam!

✅Elakkan pembaziran kepada pembaikian.
✅Anda mampu mengubahnya.
✅Mencegah lebih baik dari membaiki.

Sepertimana yang kita ketahui, jika anda penguna kawasaki z800 model
➡️2013,
➡️2014,
➡️2015 non ABS, anda perlu lakukan penukaran valve exhaust. Bukan valve clearance/valve cleansing ya. Hal ini kerana valve yang datang dari kilang adalah nipis dan halus berbanding valve yang baru untuk penggantian/replacement. Kod untuk vavle yang sama telah berbeza. Valve yang baru lebih tebal dan teguh. Valve lama nipis dan dilhuatiri mudah patah jika dilenjan habis-habisan. Tonton video perincian Ahmad Khan dari 66Speedbike ⬇️


Z800 Valve Issue.

Kawasaki has change to new part number, but why they have not make a recall to the Z800 unit.

Spread the word. Cause we has seen a lot of valve issue with Z800 unit as early as 20k km.

Issue Valve Z800

Kawasaki telahpun membuat penukaran part number ke atas valve exhaust utk motosikal Z800. Tetapi mereka tidak membuat recall untuk membuat penukaran ke atas unit-unit ini.

Share video ini untuk maklumat tentang penukaran part number oleh kawasaki, kami telah berjumpa ngan z800 yg mempunyai masalah valve seawal 20k km.

Maafkan bunyi background yg pelik2. haha

#66SpeedBike #KnowledgeSharing

Nanti klu dah putuih, jangan cakap abam tak bagitau.

#66SpeedBike #valveclearance #ValveClearanceCentre #jumpa_nanti

Jadi, apabila valve putus, macam mana keadaannya? Tengok gambar di bawah betapa rakusnya valve menerobos piston apabila valve patah. 






Tiada apa yang lebih perit dari mendengar si Minions bertukang didalam engine.

Guys, ini bukan paksaan, tiada keuntungan pon kat min, even klu korang buat kat orang lain pon takpa.

Tapi yg penting, jika anda pemilik Kawasaki Z800, Model 2013, 2014, 2015 non ABS.

Hanpa wajib tukar valve exzos tu guys. Please buat penukaran valve. Untuk mengelakkan kerosakan yang akan memakan modai yg lebih tinggi.

Disini min malas nak berhujah ngan mereka yg tidak percaya,  malas nak explain panjang lebar, sbb dah banyak kali min tgk kerosakan pada jentera z8 ni guys.

Honestly lebih dari 10engine dah kaput disebabkan valve putus.

Jika anda berminat nak buat penukaran valve ngan kami, boleh dm / wahtsapp kami.

#66SpeedBike #valveclearance #ValveClearanceCentre

Macam mana bunyi bertukang bila valve putus hentam piston? Klik link berwarna dibawah.


Berikut adalah gambar bagaimana top overhaul termasuk penukaran valve, valve clearance, 20 Point Bike Inspection - Total assy as per Manual.

Alhamdulillah kini sakit kepala kepada masalah valve putus sudah tiada.

Owner boleh pulas throttle tanpa ragu dan segan.

#66SpeedBike #valveclearance #ValveClearanceCentre

Kesimpulannya, isu ini bukanlah untuk menakut-nakutkan pengguna z800. Tapi, ini ialah isu biasa untuk z800. Dengar perkara yang buruk-buruk tentang z800 dari orang lain, sedangkan dia tak pakai pun z800. 

Saya sendiri pun belum buat penukaran valve ekzos z800 saya sebab kurang ride dalam 3, 4 tahun ni. Apa yang penting, jangan lenjan rev rpm sampai tinggi selalu. Main top speed lama sangat. InsyaAllah, tahan lama. Nak tahan lagi lama, buat penukaran valve ekzos sepertimana disarankan oleh 66Speedbike. Pengerasnya boleh pm 66Speedbike. Rasanya dalam Rm3k kot.

Kredit: 66speedbike


Thank me later!

Jangan lupa subscribe youtube channel saya 'pulas minyak'


dan like facebook page pulas minyak!






Jumaat, 30 Julai 2021

Sambung Bayar Kenderaan



KERETA SAMBUNG BAYAR NI MACAM MANA?

Kereta yang dijual dengan hutang pinjaman kenderaan yang belum habis bayar kepada pihak ketiga tanpa penukaran hak milik.

Pemilik baru hanya perlu sambung bayar pada bank bagi pihak pemilik asal. Walaupun kita sambung bayar, kita kena ingat selagi belum habis bayar kereta masih lagi milik bank.

Untung untuk pemilik baru sebab mereka hanya perlu bayar kos keseluruan dan deposit lebih rendah dari beli kereta baru. ​
---

Sebab apa jadi kereta sambung bayar?
Biasanya disebabkan pemilik kereta dah tak mampu bayar kereta​ ataupun pembeli kena blacklist​ disebabkan banyak saman lampau.

---
Kesan buruk kepada penjual

📌 Boleh kena saman atas kesalahan pembeli kereta anda​.
📌 Boleh disiasat sekiranya kereta terlibat dalam jenayah​.
📌 Disaman kalau pembeli tak bayar, boleh isytihar bankrup kalau hutang penghakiman lebih RM30,000​.
📌 Disaman kalau pembeli terlibat kemalangan dan kereta luput insurans serta cukai jalan​.
---

Kesan buruk kepada pembeli.

📌 Tak boleh renew insurans serta cukai jalan kalau pemilik asal meninggal dunia​.
📌 Waris pemilik asal boleh tuntut balik kereta walau ada surat perjanjian​
📌 Pemilik asal boleh tuntut semua kenderaan.​
📌 Walau ada surat perjanjian selagi tak tukar nama kereta masih hak mutlak penjual​.

​---

Tahukah anda sambung bayar adalah salah disisi undang-undang?

👉 Anda boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.​
👉 Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.​
👉 Seksyen 46 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.​

Mungkin lebih selamat jika beli kereta recond ataupun secondhand. Boleh cari harga yang mengikut bajet! Yang penting SCRUT dulu!​

---

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?
https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?
https://interepo.com/

Kredit: Scrut

Isnin, 22 Mac 2021

Macam mana kereta recond masuk ke Malaysia?



MACAM MANA DEALER BAWAK KERETA RECOND JEPUN MASUK MALAYSIA?

Banyak betul kereta recond Jepun ada kat Malaysia. 

Pernah terfikir tak macam mana dealer bawak masuk kereta recond Jepun ke Malaysia?

---

1. Auction House Jepun buka tawaran

Pertama sekali, auction house akan buka offer pada dealer-dealer kat Malaysia untuk beli kereta terpakai kat Jepun.

Hanya syarikat yang ada permit AP (approved permit) sahaja boleh beli. Permit AP tu permit yang boleh bawa kereta luar masuk ke Malaysia.

.

2. Dealer buat bidding

Lepas dealer Malaysia dah pilih kereta-kereta yang dia nak, dia akan start buat bidding.

Harga bidding tu kena based on auction report yang disediakan. Ikut tahun kereta, gred apa, kondisi macam mana.

.

3. Bidding diterima
Bila auction house Jepun dah terima bidding, dealer akan bayar harga bidding yang dah diletak sekali dengan caj penghantaran.

.

4. Kereta dihantar ke Malaysia

Dealer akan cari ejen pengeksport kat Jepun untuk hantar kereta ke Malaysia.

Kereta berlayar dari Jepun ke Malaysia mungkin ambil masa 2-3 minggu atau mungkin lebih lama dari tu.

5. Kereta dah tiba kat Malaysia

Bila dah tiba kat pelabuhan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan periksa kereta tu.

Dealer kena bayar duti import dan lain-lain pulak (dealer yang bayar ya!). Kalau tak bayar, kereta tu tak akan ke mana-mana, duduk di pelabuhan je.

Kereta recond Jepun yang masuk ke Malaysia akan dikategorikan sebagai 'unregistered car'. 

.

6. Kereta recond mula dijual

Lepas dealer dah lalui semua tu, barulah customer boleh beli kereta recond dari dealer.

Pastikan anda minta dokumen paling penting dari dealer iaitu Auction Report dan Export Certificate.

.

7. SCRUT sebelum beli!

Dalam Export Certificate tu ada Chasis No. yang anda boleh gunakan untuk SCRUT! 

Buat apa nak Scrut? 

Bandingkan report dealer dan report dari Scrut, maklumat sama atau tak - bacaan odometer, gred dan sebagainya.

Kalau report tak jumpa? 

Hantarlah kereta recond tu ke Scrut Auto untuk buat inspection. Semua bahagian akan diperiksa untuk pastikan kereta tu berkualiti dan tiada ubahan atau modifikasi dibuat.

8. Jangan terbeli kereta yang nampak cantik di showroom. Padahal di Jepun, kereta itu sudah eksiden dengan kerosakan teruk. Akibat anda tidak minta auction report dan tidak scrut kenderaan yang anda hendak beli, anda sebenarnya terbeli kereta yang kondisinya sudah teruk ketika eksiden di Jepun!

---

1. Nak check auction report kereta recond?
www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?
https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH!

Kredit : https://www.facebook.com/scrut.my/

Jumaat, 1 Januari 2021

Tayar belakang baru Bridgestone S22!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca, pada 1 Oktober 2020 saya telah menukar tayar belakang baru jenama Bridgestone S22 saiz standard Z800 iaitu 180/55zr/17. 

💸Harga? S22 saiz 180 ini saya dapat dengan harga Rm680 siap pasang tayar tahun 2019. Ok lah tu kan?

Tayar S22 ialah jenis hypersport yang mana agak cepat habis dan boleh bertahan sekitar 10k km pada Z800. Memandangkan saya kurang ride sekarang, saya memilih untuk menggunakan tayar hypersport yang lebih grip, sedap untuk korner berbanding tayar touring yang kebiasaannya saya guna sebelum ni seperti Michelin Pr3 dan Pr4 serta Bridgestone T30. 

Jadi, S22 jika korang yang selalu daily ride tidak berapa sesuai kerana cepat habis. Kalau jarang-jarang tak apa. Selalu ride baik guna touring je.

Ni haa bunga Michelin Pr4 pun tak habis lagi, tapi sebab tayar sudah expired(lebih 5 tahun dari tarikh dibuat). Terpaksa saya tukar tayar baru. Tayar Pr4 ni saya beli baru pada 2016, tapi tayar ini tayar lama tahun 2014. Dah itu je yang paling baru di kedai, ambil je la lagipun kedai beru diskaun banyak juga. Last-last tak sempat botak Pr4 tak habis juga dalam 5 tahun 🤣. Kira-kira ada 20% lagi pada tayar Pr4 ni. Tapi baik tukar kerana orang cakap getah tayar jadi keras selepas 5 tahun ataupun lama tak ride.

Haa ni dia Bridgestone S22!. Cantik bunganya. Tayar baru korang tak boleh nak belasah laju terus atay korner kaw-kaw. Habiskan lilin wax dulu pada tayar, korner turun sikit-sikit. Dah habis dalam 500km baru boleh ride laju macam biasa. Kalau tak nanti licin wax mau tergolek.

Tayar ni saya tukar di satu-satunya pusat servis rasmi KTM di Johor. Safe ride and keep pulas minyak!