Sabtu, 14 Disember 2024

Masuk ke Thailand guna kenderaan orang lain? Baca ni sekejap.

                    Assalamualaikum pembaca, haaa korang yang nak bercuti di Thailand tu kalau masuk dengan kereta atau motor guna kereta/motor nama orang lain, tak kisahlah kereta/motor tu atas nama kawan ke, ayah ke, adik-beradik ke. Korang wajib buat surat sumpah tau untuk menyatakan korang dah dapat kebenaran membawa kereta/motor atas nama orang lain. Maknanya kereta/motor tu atas geran bukan nama korang tapi korang yang bawa drive/ride masuk thailand.

                 Paling penting korang wajib bawa geran original kereta/motor yang korang nak drive/ride tu masa dekat bangunan declaration form di Immigration Thailand. Kepilkan sekali dengan surat sumpah tu bersama insurans Compulsary & Voluntary Thai tu. 

                 Untuk insurans Compulsary & Voluntary Thai, untuk kereta atau motor, korang boleh rujuk contoh gambar di bawah :

Tidak boleh tidak, korang beli la insurans Compulsary & Voluntary Thai ni. Insurans ni untuk cover third party sekiranya korang terlibat kemalangan dengan rakyat Thailand yang mana korang bersalah. Insurans akan cover kos rosak kereta dan kerosakan harta awam di Thailand. Kalau korang tak ada insurans Compulsary & Voluntary Thai, maka korang kena pastikan ada duit yang banyak untuk bayar pampasan kepada rakyat Thailand. Bergadai tanah laa jawabnya. masak ooo.

                       Seterusnya korang kena beli insurans Travel untuk cover diri korang semasa di Thailand, untuk bil rawatan di hospital dan sebagainya. Tak mahal pun seorang tak sampai seratus, kalau bawa motor seratus lebih. Contoh yang saya dah beli ni ETIQA, saya add on adventerous activity sebab dalam polisi dia dinyatakan cover untuk motorcycle convoy sebanyak Rm300,000.00. Baru tenang ride bang.


                       Last sekali, korang kena call centre insurans tahunan semasa korang untuk beli ext 101 yang mana ini adalah tambahan untuk kenderaan korang semasa di Thailand, insurans ni akan cover sama seperti di Malaysia sekiranya berlaku kemalangan di Thailand. Tak mahal pun dalam belas-belas ringgit hinggan Rm30 je. Lepas tu korang print la semua sekali dokumen letak dalam satu fail :

  1. Geran Original kereta/motor
  2. Surat sumpah sekiranya bawa kereta/motor nama orang lain
  3. Insurans Compulsary & Voluntary Thai
  4. Insurans ext 101
  5. Insurans travel
  6. Passport
                       Bab passport pula, sekiranya bawa passport baru, korang jangan lupa bawa passport lama sekali, kadang-kadang Immigration Thailand punya perangai ni di akan tuduh korang tak cop passport masa keluar suatu ketika dahulu, maka dia nak denda korang ataupun pau korang. Bawa passport lama, tunjuk bukti dah cop.

                       Akhir sekali, bila dah keluar Thailand tu jangan lupa serahkan declaration form yang Thailand punya tu di Immigration Thailand, kalau tak serah kena denda sebab Thailand ingat kereta/motor korang belum keluar daripada negara tersebut.

                      Baik last sekali, korang boleh download surat sumpah ni, korang isi dan bawa ke mana-mana Pejabat Suruhanjaya Sumpah untuk cop, tak mahal pun, RM10 satu surat. Selamat bercuti dan berhati-hati memandu/ride di negara orang, jangan parking tepi jalan yang bebendul dia ada merah putih.                


Borang suruhanjaya Sumpah

 : https://bit.ly/4fhFrIX

atau boleh scan QR di bawah untuk download surat sumpah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan