Hi, kali ni saya nak review tentang Xiaomi Mi Air Purifier 3H. Review berpandukan data bacaan kualiti udara sebelum dan selepas pasang Mi Air Purifiee 3H di dalam rumah saya.
Jadi, selamat menonton dan tengok sama ada air purifier betul-betul berfungsi atau sekadar untuk kosmetik.
Sebenarnya ada satu lagi model yang murah sikit iaitu Mi Air Purifier 3C, motornya kurang kuat berbanding 3H. 3C sesuai untuk diletak di bilik manakala 3H sesuai untuk diletak di ruang tamu biasa. Kalau ruang tamu macam padang bola, kena beli yang lagi berkuasa. Filter perlu ditukar setiap 6 atau 12 bulan dan harganya pula hanya Rm100 untuk filter gantian.
Air purifier bagus untuk menapis udara yang kotor dan berdebu kepada udara yang lebih bersih. Apa salahnya berhabis sedikit wang untuk menghirup udara bersih. Sangat sesuai sekiranya anda mempunyai bayi di rumah.
Sebelumnya saya bercadang untuk membeli air purifier Sharp yang paling murah berharga Rm350 lebih kurang, tapi setelah membuat sedikit penelitian. ianya sesuai untuk diletak di bilik sahaja. Jadi, saya berminat untuk beli Philips yang berharga Rm399 di shopee. Akhir sekali ambil yang lagi power iaitu Mi Air Purifier 3H. Terdapat air purifier yang lagi besar dan mahal tapi mi 3H sudah memadai.
Anda boleh juga membeli air purifier secara bayaran ansuran bulanan dengan coway, sk magic dan sebagainya. Tapi saya tak nak berhutang. Terpulang kepada anda.
Info berkaitan Mi Air Purifier 3H
https://www.mi.com/global/mi-air-puri...
Rakam video guna hero 6 je, video dan sound tak cantik.
Terima kasih pembaca!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan