Ahad, 18 Oktober 2020

Berhenti Membeli Helmet Tiruan!

BERHENTI BELI HELMET FAKE MACAM NI !!

Motorsport adalah satu hobby yang extream dan bahaya ! Anda perlu ada protection yang betul !!
Baru-baru ini, Terdapat banyak pertanyaan pelanggan mengenai grafik ini SHOEI X-Spirit 3 / x-Fourteen DUCATI? BMW? R1M?

Boleh jadi sampai seller cakap ngan customer ini 100% copy Gred A Gred Tinggi .. Mintak dia test crash helmet tengok apa jadi dengan helmet tu .

Ini helmet berkualiti rendah, bahkan tidak lulus ujian ECE atau DOT. Ia tidak dapat menyerap impact jikalau ada pape yang berlaku kepada anda .

Saya memang tahu graphic ni memang pakai nampak hensem dan eksen 😎, tapi helmet ni dapat melindungi kepala anda dari impact ? 

Terdapat banyak lagi helmet tiruan/klon di luar sana jenama Agv, Arai, Shoei dan sebagainya. Harga helmet tiruan ini juga di luar pemikiran kita berbanding harga original. Nasihat saya, jangan perjudikan kepala anda. Jangan beli dan terbeli helmet tiruan. Kalau beli buay mesin rumput je tak apa. Biar helmet murah janji original daripada helmet cantik tapi tiruan!

Sayangi diri anda dan lindungi KEPALA anda. Otak kita tidak ada spare part untuk tukar . 

THERE IS NO TAKE 2 IN LIFE !!

Tidak ada peluang ke-2 , Jangan menyesal sekiranya berlaku perkara buruk pada anda.

Ingati la orang yang tersayang, pilihlah helmet original ataupun test approval daripada DOT / ECE.

😎👍
Respect.
Peace & Love.

Credit : Marc Lim & Welly bike

Khamis, 24 September 2020

Aquascape Pertama Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog saya. Kita sambung part 2 mengenai kos aquascape 40cm saya. 

     Perkara yang kesebelas ialah batu yang saya gunakan untuk aquascape saya ialah batu jenis seiryu rock beberapa ketul berharga Rm20. Pening kepala juga nak memilih batu yang berkenan di hati. Seiryu sebenarnya akan menaikkan pH air dan ianya tidak begitu baik untuk sesetengah jenis ikan dan shrimp. Tetapi seiryu rock cantik ada line putih! Lantaklah pH naik pun. Haha! Terdapat pelbagai jenis batu yang dijual dan ada juga tidak mengacau pH air seperti dragon stone dan lava stone.

     Saya tidak berminat untuk menggunakan drift wood / kayu kerana sedikit rumit dan air akan kekuningan pada permulaan setup aquascape jika tidak sediakan kayu dengan betul sebelum setup akuarium. Letak batu ja senang.

     Perkara kedua belas, saya membeli tumbuhan karpet jenis Glossostigma atau glosso yang mana ianya merupakan rare dan jarang orang tanam dan jarang dijual. Mungkin kerana glosso demand suhu yang rendah, lampu yang cukup dan baja yang seimbang untuk pertumbuhan yang cantik membuatkan tidak ramai meminatinya. Jika glosso anda tanam tumbuh macam togey, itu tandanya lampu anda tidak cukup untuk proses photosintesis glosso. Paling rare ialah glosso platinum yang agak mahal, sebekas  dekat Rm50. Saya punya glosso hanya Rm16 ketika promo. Tak promo mungkin Rm25-28 sebekas kecil. 

     Saya tanam lebih kurang macam ni karpet glosso nanti tengok dua hingga  tiga bulan harap penuhlah tu. Gambar di bawah tak sampai sebulan.

      Biasanya orang memilih pokok karpet bernama Monte Carlo / mc kerana lebih mudah dijaga malah ada juga yang tidak menggunakan co2. Tetapi pertumbuhan mc sedikit lambat berbanding dimewahkan dengan co2.

     PERINGATAN! Jangan beli karpet jenis seed / biji benih yang ada di shoppee dari China atau dijual di kedai kerana ianya satu scam yang nyata! Seed karpet sebenarnya bukanlah tumbuhan akuatik. Seed cepat tumbuh dan cantik pada awalnya, tapi akan terapung dua tiga bulan nanti. Tidak tahan lama dan scam! Carilah ilmu dan belilah tumbuhan akuatik yang betul jika anda nak karpet anda tahan bertahun dan tak perlu susah letih rescape kembali akuarium anda. 

      Pokok hijau ni saya lupa nama. Tak sampai sebulan sudah tinggi kelangit, maka kena trim dan tanam balik supaya tumbuh lagi banyak dan tanam sepadat mungkin.

     Pokok merah juga saya lupa nama, layu macam tu sebab lambat tanam, kuarantin pun tidak. Haha! Tapi masuh hidup dan tumbuh makin cantik mungkin ambil masa dua ke tiga bulan untuk mekar. Ini disebabkan kesilapan saya menanam jarak agak jauh. Pokok merah tu sepatutnya tanam sepadat mungkin bagi 7-9 pokok barulah cantik tumbuhnya. Tapi tak apalah boleh buat menyorok ikan yang baru lahir ke dunia ini.

Harga pokok adalah seperti di bawah: 

Glosso 2 bekas & pokok merah : rm49

    Masuk bab ikan pula, saya membeli 7 ekor ikan danio. Warna pink Rm1 sekor, warna hijau, oren, merah dan kuning Rm4. Tiga ekor ikan Black Molly untuk memakan alga-alga yang wujud. Satu jantai dua bersama dua isteri. Sudah terberanak pun banyak ekor. Tempat anak bersembunyi dah ada di celah pokok. Kalau tak ada nanti habis di makan oleh ibu dan ayah Black Molly ni. Harga Black Molly Rm2 sekor. Kemudian, saya meletakan sekor sahaja dulu ikan Oto  Rm6 untuk makan alga juga sikit. Nerite Snail 2 ekor Rm8 selalu merayap keluar akuarium tengok-tengok duduk bawah sofa. Jadi sekarang ini ada 3 jenis cleaning crew dalam aquascape kecil saya. Kos untuk ikan  dan makanan ikan yang keping-keping tu Rm49

     Anti Klorin yang saya gunakan ialah jenama Tension Gon bau busuk banga tapi bila campur air tak bau pun. Salah satu anti klorin yang mempunyai reputasi yang baik untuk aquscape anda. Harganya Rm15 untuk 500ml.

     Kita masuk bab baja / fertilizer untuk tumbuhan pula. Saya memilih barisan / line up fertilizer jenama ADA iaitu seperti di bawah : 

Fertilizer 180ml
1. ADA Green Brighty Nitrogen
2. ADA Green Brighty K
3. ADA Green Brighty Mineral
4. ADA Green Brighty Iron : Rm177


Fertilizer juga terdapat pelbagai pilihan pelbagai jenama di luar sana. Yang mahal tak semestinya baik, yang murah tak semestinya tidak berkualiti. Pilihan di tangan anda. 

     Di dalam dunia aquascape, saya mendapati jenama yang paling mahal dan bangsawan ialah jenama ADA. Anda boleh tengok perkakasan kelengkapan aquascape di facebook page ADA Malaysia. Harganya bangsawan! Idaman setiap peminat aquascape. 

     Apapun setakat ini sahaja perkongsian mengenai aquascape pertama saya khusus saya kongsikan kos yang telah saya laburkan sekadar untuk menyegarkan mata dikala penat baru pulang bekerja mencari rezeki. Kan moratorium kereta tak bayar beberapa bulan jadi nampaklah duit pergi kemana. Haha!  

     Kepada peminat aquascape, teruskan realisasikan impian anda untuk memiliki sebuah aquascape yang cantik! Beli barang sikit-sikit tak apa nanti cukuplah tu. Saya doakan akuarium anda tidak terberanak jadi lagi banyak. Hobi ini begitu berhantu! Saya kongsikan jawapan yang sesuai untuk anda jika akuarium anda terberanak jadi lagi banyak.

Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca. Subscribe youtube channel pulas minyak tanda sokongan kepada saya. Komen di post ini sepatah dua kata! 


     *Jika ada masa nanti saya kongsikan jadual wc / water change akuarium saya di lain post.

Tambahan masyarakat ikan 26/9/2020
Harleyquin Rasbora 4 ekor
Siamese Algae Eater 2 ekor
Tetra kuning dan oren 2 ekor
Makanan bottom fish
Total rm48

Tank 40x26x30: Rm85
Co2 system fullset : Rm424
Lampu Sobo & timer plug : Rm58
Fluval stratum substrate : Rm71
Dophin Bio Ring : Rm19.77
Bio Home Pro 500g : Rm70
Ada Bio Rio 300g : Rm50
Astro 2208 Cannister : Rm105
Thermometer : Rm12.42
Tools : Rm42
Kabinet custom 41x27x90 : Rm155
Glass lily pipe Rm47

Fertilizer
1. Green Brighty Nitrogen
2. Green Brighty K
3. Green Brighty Mineral
4. Green Brighty Iron : Rm177

Up Aqua Cooling fan : Rm130
Tension Gon :Rm15
Seiryu rock : Rm20
Glosso 2 bekas & pokok merah : rm49
Blackmolly 4, danio 8, oto 1, nerite snail 2 + food : Rm54
Harleyquin Rasbora 4 ekor
Siamese Algae Eater 2 ekor
Tetra kuning dan oren 2 ekor
Makanan bottom fish
Rm48
Total : Rm1632.19


Aquascape Pertama Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Alhamdulillah saya berjaya merealisasikan impian lama untuk membuat sebuah akuarium apa nama yang dia panggil 'aquascape'? 


     Pertama, perkara yang sering terfikir di minda pembaca dan ditanya kepada saya ialah berapa kos untuk membuat satu set lengkap aquascape? Sebenarnya aquascape terbahagi kepada dua yang mana dia panggil 'low tech' dan 'high tech'.
Low tech ialah setup akuarium yang tumbuhan di dalamnya tidak memerlukan tong co2 manakala high tech ialah tumbuhan yang memerlukan ataupun demand co2.
      
     Saya teruskan kepada kos untuk aquascape kecil saya yang bersaiz cuma 40cm x 26cm x 30cm tinggi. Akuarium yang saya guna cuma yang biasa sahaja berbentuk curve jenama Dophin Gt3003 berharga Rm85 dan bukannya crystal clear tank yang sudah tentunya lebih cantik.

     Memandangkan saya newbie, saya memilih lampu cap ayam sahaja untuk aquascape saya iaitu jenama Sobo COB PLANT LIGHT AL -380 yang berkapasiti 15.5w 7000-8000k berharga Rm48. Sebenarnya diikutkan terdapat pelbagai jenis dan jenama seperti Chihiros, Vivid, Netlea, Onf, jenis rgb, wrgb  dan sebagainya. Terdapat juga lampu yang sesuai untuk tumbuhan yang anda tanam dan harganya bukannya murah sehingglah menjangkau Rm1000 lebih untuk sebuah lampu. Jika anda jumpa lampu yang murah dan sesuai untuk tumbuhan yang anda tanam, jackpot! Tak perlu membazir duit untuk lampu yang mahal.

     Ketiga, pasir atau substrate yang saya gunakan hanya satu jenis sahaja iaitu Fluval Stratum substrate yang berharga Rm71 di shopee percuma fertilizer/baja jenama fluval. Terdapat pelbagai substrate yang boleh digunakan dari yang murah hingga yang mahal. Biasanya satu guni substrate berkapasiti 8-9kg. Saya guna hanya 75% dari 8kg Fluval Stratum ini. Di shoppe ada juga seller yang repack dan jual balik mengikut kg.

     Keempat, kejernihan air akuarium membuatkan kita puas memandang flora dan fauna yang ada di dalamnya. Oleh itu, saya memilih kitaran air menggunakan penapis air jenis canister jenama Astro 2208 yang mana setelah saya membuat tinjauan, jenama Astro ialah yang paling murah, kuat, berkapasiti besar 700L/H dan berpatutan untuk newbie macam saya.  Sebenarnya agak ribut flow air di dalam akuarium dengan canister ini tetapi lama-kelamaan flow akan jadi perlahan disebabkan tersumbat dengan benda yang disedut oleh canister seperti tahi ikan, tumbuhan yang tersedut masuk dan sebagainya. Tidak menjadi masalah arus laju kerana flow  canister Astro 2208 ini boleh dilaras kelajuannya. Harganya cuma Rm105 pada masa saya beli di shopee.

     Kelima, canister Astro 2208 mempunyai tiga tingkat bekas/tray untuk meletakkan media. Canister ini hanya didatangkan dengan dua keping span. Media yang baik ialah kunci kejernihan air di dalam akuarium saya yang terus jernih tak sampai 24 jam setelah setup. Hal ini demikian kerana bakteria baik cepat terbentuk dan membuat kerja untuk menjernihkan air. Setelah membuat penelitian, saya memilih media yang sedikit mahal untuk canister saya. Media yang pertama ialah Dophin Bio Ring Rm19.77, Bio Home Plus 500g Rm70 dan ADA Bio Rio 300g Rm50. Letakkan sepadat mungkin di dalam tiga tingkat tray canister untuk memperlahankan flow. Saya menjirus dengan air paip media-media ini sebelum letak di dalam tray. Agak terkejut juga tak sampai 24 jam terus jernih air sampailah sekarang. Canister murah, tapi media di dalamnya bangsawan maka hasilnya air jernih! Bak kata orang 'luar setinggan dalam kondo!'

     Keenam, tools/perkakasan saya hanya beli di shopee dari China berharga Rm47. Cukup lengkap dan guntingnya cukup tajam dan saya fikir ianya satu pelaburan yang berbaloi jika akuarium terberanak lebih besar suatu hari nanti. 🤔

     Ketujuh, canister dan penapis air mempunyai in flow dan outlow dan Astro 2208 didatangkan dengan lilypipe berwarna hijau. Saya tidak menggunakannya kerana saya memilih untuk membeli inflow/outflow jenis glass lilypipe yang sudah tentunya nampak lebih eksklusif. Harganya ialah Rm47. Jika beli dari China, sedikit murah tetapi pastikan anda mempunyai banyak masa dan sabarnya lilypipe tersebut sampai. Untuk canister Astro 2208 lilypipe yang sesuai ialah saiz 13mm. Jangan tersalah beli saiz nanti tak muat dengan hose yang bersaiz 12mm.
     Kelapan, saya membeli thermometer jenis gantung untuk akuarium saya berharga Rm12 di shopee dari China. Suhu yang dicatatkan ialah 31c'. Agak tinggi bukan?. Jadi, untuk menyejukkan sedikit suhu air saya melaburkan wang ringgit untuk kipas kecil jenama Up Aqua Cooling Fan berharga Rm130 yang mempunyai sensor dan berhenti berfungsi apabila mencapai suhu yang kita inginkan. Bunyinya tidaklah bising sangat dan suhu yang turun juga memuaskan iaitu maintain 28c' pada musim panas dan jika hari hujan boleh turun kepada 27-26.5c'. Suhu penting untuk pertumbuhan tumbuhan dan ikan yang anda bela. Jika anda tidak kisah dengan bil elektrik, anda boleh sahaja memasang penghawa dingin 24 jam atau mengikut waktu yang sesuai untuk menyejukkan suhu air akuarium dan diri anda seisi keluarga. Jika anda berduit pula, anda boleh membeli 'chiller' iaitu sejenis alat  seperti cooling coil yang air mengalir di dalamnya untuk menyejukkan suhu air. Harganya mandi! 
 

Kemas dan tidak serabut kipas penyejuk suhu air ni.

 
     Kesembilan, kabinet yang saya gunakan ialah saya buat custom berwarna putih kemas seperti ADA style berketinggian 85cm x 40cm x 26cm berharga Rm155. Cukup cantik dipandang sesuai dengan harga. Jika boleh boleh dipakai 4-5 tahun ianya sudah memadai dengan material kabinet ini. 


     Kesepuluh, saya tak pasti saya hendak memilih jenis akuarium low tech atau high tech. Maka saya terus melaburkan wang ringgit membeli satu set sistem co2 tong karbon dioksida co2 untuk keperluan tumbuhan yang saya tanam nanti. Tidak menjadi masalah untuk saya menanam tumbuhan low tech atau high tech kerana adanya co2. Dengan adanya co2 bezanya dengan tiada co2, tumbuhan yang kita mewahkan dengan co2 kelihatan lebih segar, cepat pertumbuhannya dan warnya lebih menarik berbanding tidak menggunakan co2. Saya terus membeli satu set co2 kerana malas untuk membeli part-part kecil untuk melengkapkan sistem co2 untuk akuarium. Harganya sedikit mahal Rm424 di shopee lengkap 3 liter isi co2, check valve, diffuser, bubble counter, hose 2 meter, timer plug,  dan sebagainya. Terdapat juga set co2 yang berkapasiti lebih kecil dan lebih murah tetapi anggaran harganya antara 250-400. Untuk lebih jimat anda boleh juga membuat co2 DIY. Boleh cari di youtube cara-caranya. Namun, untuk penjimatan yang tahan lama, saya sarankan belilah tong co2 sekurang-kurangnya 3 liter. Berbulan hingga ke setahun tak perlu refill lagi. Sedikit ingatan, jangan terpedaya dengan tablet co2 kerana ianya akan mengeruhkan air dan tidaklah begitu berkesan untuk demand tumbuhan anda. Membazir duit sahaja.
    Susun atur wayar dan hose / cable management saya cuba supaya nampak tidak berserabut. Cuma nampak akuarium dan kabinet seketul. Cantik dan kemas. Di dalam kabinet begini saya susun canister dan tong co2 berserta plug. 


Kita sambung di part 2. Sudah cukup panjang penulisan saya untuk part 1 ni.

Rabu, 5 Februari 2020

5 PERKARA PERLU DIPATUHI DI THAILAND

Assalamualaikum, saya nak kongsikan 5 perkara yang penting/dilarang semasa bercuti di Thailand.

HATYAI, Thailand - Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu, semalam.
Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.
Lima perkara itu ialah tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan; tidak menghisap rokok elektronik atau vape; tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar; mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, kelima-lima peraturan dan undang-undang itu penting dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari perkara tersebut.
“Bagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu (memasuki Thailand).
“Ini terbukti dalam kes baru-baru ini (Januari lalu), seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu.
“Justeru pihak konsulat mengambil langkah proaktif untuk melancarkan kempen kesedaran ini untuk disebarkan ke platform media dan laman sosial,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Kongsi anjuran Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (Maltha) dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla dan Thaksin University di sebuah hotel di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Gabenor Songkhla, Rachit Sudpoom dan Presiden Maltha, Soontorn Noiboonma.
Dalam pada itu, Mohd. Afandi berkata, terdapat beberapa kes yang ditangani Pejabat Konsul Malaysia di sini, kerana melanggar lima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan berkenaan, namun jumlahnya tidaklah membimbangkan.
“Kita (konsul) mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan undang-undang di negara ini.
“Ada antara peraturan itu masih baharu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017,” katanya.


5 Kesalahan memasuki Thailand :-
1. Menghisap rokok elektronik atau vape - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000). Ada orang kata tak kena tangkap bawa vape, atau bawa sorok-sorok. Tapi anda kena ingat, langit tidak selalunya cerah, malang tidak berbau. Jadi, tinggalkan vape anda di rumah jangan bawa melepasi border Thailand. Tahanlah sikit. Jangan pelik jika anda bawa vape dan orang Thailand usha anda semacam semasa isap vape di Thailand.


2. Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.



3. Menggunakan walkie-talkie - Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.


4. Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan).
Jangan lupa juga membeli insurans diri sendiri dan keluarga. Dengan Etiqa 360 murah. Beli online je. Lepas tu print.


5. Merokok di pantai popular - Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.



Selain daripada itu, anda juga dilarang membawa rokok dari Malaysia dan juga dari bebas cukai. Hanya rokok bercukai Thailand sahaja dibenarkan. Sekiranya ditangkap, eat not finish brother!

Ketum dan dadah sudah terang-terangan bahan terlarang di bawa keluar masuk Thailand. Hukumannya adalah sangat berat.

Rancanglah lebih awal perjalanan anda ke Thailand baik dengan flight, kereta, motorsikal, basikal waima dengan bas dan kereta api sekalipun. 


Jangan lupa subscribe youtube channel saya! ' pulas minyak'

Khamis, 30 Januari 2020

Prosedur Penukaran Enjin Kereta & Motorsikal

ASSALAMUALAIKUM, TAHUKAH ANDA.

Prosedur Penukaran Enjin

Langkah pertama : Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen
i. Surat kastam 1
ii. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
iii. Kenderaan
Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan.
Contoh :
Kereta
i. (ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 - RM35
ii. (ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 - RM25
*Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain. 

Langkah kedua : Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan myKAD pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai.
Tiada bayaran dikenakan, ianya percuma.
Kecuali ingin mendapatkan VOC yang baru, bayaran RM50 dikenakan.

Langkah ketiga : Kalau melibatkan kes atau permasalahan salah satu di bawah wajib berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif(KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.
i. Enjin melebihi 30% dari enjin asal.
contoh 1.3cc tukar 1.8cc
cara kira 30%
(Enjin Baru : 1800 ) – (Enjin Lama : 1300 )
------------------------------------------ X 100 = 38.46%
(Enjin Lama : 1300 )
ii. Tukar enjin berlainan model contoh naza kepada nissan
iii. Tukar bahan bakar kenderaan contoh dari petrol ke diesel.
Langkah kelima : Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.
Nota penting : Jika beli enjin dengan kawan-kawan perlu dan wajib buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1.

*Bagi motosikal pula, penukaran enjin tidak boleh dilakukan melainkan atas sebab berlakunya kemalangan dan menyebabkan enjin motosikal telah musnah. Laporan daripada polis juga diperlukan bagi membuat permohonan di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ berdekatan untuk memasang enjin baru pada motosikal tersebut*

Sumber dari  galeri kereta dan jpj.

Sabtu, 18 Januari 2020

Kedai spareparts Superbike? Kedai potong superbike?

      Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan sebuah kedai spareparts superbike ataupun kedai spareparts secondhand superbike. Senang cerita kedai potong/halfcut superbike.

     Pelbagai spareparts boleh didapati di kedai ini. Kalau beli spareparts baru mungkin agak mahal. Jadi kedai sembelih superbikes ini ialah pilihan terbaik anda untuk mencari spareparts secondhand. Anda boleh mengunjungi kedai ini beralamat di 

GMT SUPERBIKES SPARE PARTS

No.11, Jalan Taman Putra Perdana 2/1
Puchong

019-772 5006



Pelbagai jenis caliper dan absorber.



Alternator, rectifier dan sebagainya.




Pelbagai jenis rim sukan.



Radiator pelbagai jenis motor.




Spare tank radiator.






Tangki, lampu depan.







Swingarm







Handleclamp










Pelbagai jenis kipas berserta motor kipas.








Jadi, sebelum anda membeli spareparts baru untuk motorsikal 250cc ke atas. Mungkin anda patut kunjungi kedai GMT Superbikes Spare Parts ini dulu untuk jenguk-jenguk mana tahu spare parts yang anda cari ada di sini dan lagi murah dari harga spare parts yang baru. Tepuk dada, tanya poket.

Thank me later!

Jangan lupa subscribe youtube channel saya 'pulas minyak'


dan like facebook page pulas minyak!