PENJELASAN BERKAITAN PERSOALAN ZAKAT ASB
Assalamualaikum, maaf lari topik sikit. Sengaja simpan di sini untuk rujukan saya dan para pembaca sekalian. Saya copy dari facebook https://www.facebook.com/syafieqah.cyka/posts/1787184214695750
Sangat bermanfaat bagi anda yang ada menyimpan dalam ASB ataupun yang ada loan ASB.
Buat korang yang masih tertanya-tanya tentang zakat, moh baca artikel ni biarpun panjang tapi berbaloi-baloi ambil tahu. Saya copy paste saja sebab artikel bagus untuk bacaan bersama. 🤗
.
Sebagaimana yang umum mengetahui, baru-baru ini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dividen dan bonus bagi Amanah Saham Bumiputera untuk tahun 2017 adalah sebanyak 8.25 sen seunit bagi pemegang akaun yang melebihi 10,000 unit.
Justeru, ramai yang bertanya khasnya mengenai zakat ke atas pelaburan ASB. Adakah dikenakan ke atas pelaburan pokok atau hasil dividen sahaja? Ataupun kedua-duanya sekali. Dalam merungkai persoalan ini elok kita merujuk kepada kebiasaan masyarakat di Malaysia dan beberapa contoh kaedah pelaburan yang dibuat agar lebih difahami satu persatu berdasarkan situasi masing-masing.
.
ASB Halal atau Haram?
Bagi yang telah melabur dan memilih untuk membuat pelaburan di ASB, soalan ini sepatutnya tidak lagi timbul. Ketika pelaburan dibuat, secara logiknya anda sendiri telah bersetuju dengan pandangan dan fatwa yang mengharuskan pelaburan ASB. Jika tidak, mana mungkin pelaburan itu dipilih dan diteruskan.
Bagi yang masih mempunyai keraguan dan ingin mencari maklumat tambahan serta bacaan lebih lanjut mengenai hukum pelaburan ASB dan seumpamanya, maka boleh merujuk ke pautan berikut: http://www.pnb.com.my/pdf/Bukuharus.pdf
atau yang lebih ringkas di http://emuamalat.islam.gov.my/…/03/hukumpelaburanasn-asb.pdf
atau yang lebih ringkas di http://emuamalat.islam.gov.my/…/03/hukumpelaburanasn-asb.pdf
.
Zakat Ke Atas Pelaburan ASB
Zakat diwajibkan ke atas pelaburan di ASB. Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi كل مال نام فهو وعاء للزكاة yang bermaksud setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat.
Pelaburan yang dibuat di ASB, adalah bertujuan untuk mengembangkan harta dan mendapat pulangan berupa keuntungan yang diperolehi menerusi dividen, bonus dan pendapatan ASB setiap tahun. Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5%. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w:
"Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun." (Riwayat Abu Dawud dan al-Baihaqi)

Begitu juga sebuah hadis yang lain:
“Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu” (Riwayat Imam al-Bukhari)
“Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu” (Riwayat Imam al-Bukhari)
Untuk makluman, nilai setengah dinar (0.5 dinar) itu adalah menyamai 2.5 peratus (atau 1/40 bahagian) ke atas keseluruhan 20 dinar atau 200 dirham berkenaan (2.5% X 200 dirham > 5 dirham).
.
Kaedah Pengiraan Zakat ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB boleh dikategorikan berdasarkan beberapa kaedah dan situasi seperti berikut:
1. Pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri.
Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formulanya adalah seperti berikut:
[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen/ Pendapatan ASB ] x 2.5% (Kadar Zakat)
Contoh (i):
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 16,500 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 iaitu 8.25%)
= RM 216,500 x 2.5%
= RM 5,412.50
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,412.50
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 16,500 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 iaitu 8.25%)
= RM 216,500 x 2.5%
= RM 5,412.50
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,412.50
Contoh (ii):
RM 15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 1,237.50 (Dividen/Pendapatan ASB 2017 iaitu 8.25%)
= RM 16, 237.50 x 2.5%
= RM 405.93
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 406 (setelah dibundarkan).

2. Pelaburan dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank.
Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Adapun bagi modal pelaburan, tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan. Formula kiraan adalah seperti berikut:
.
Dividen / Pendapatan ASB x 2.5%
Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB dengan menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.
Kes 1: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.
Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2017 8.25% dari RM 200,000 = RM 16,500
= RM 16,500 x 2.5%
= RM 412.50
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 412.50

Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2107 8.25% dari RM 50,000 = RM 4,215
= RM 4,215 x 2.5%
= RM 103.12
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 103.
Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2107 8.25% dari RM 50,000 = RM 4,215
= RM 4,215 x 2.5%
= RM 103.12
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 103.
Dalam contoh (ii), nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2017 iaitu RM 14,083. Mengapa dikenakan zakat juga? Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh (ii) di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.
Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat *TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.
.
Kes 2: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.
Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.
Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2017 8.25% dari RM 200,000 = RM 16,500
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 16,500 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM 3,312
= RM 3,312 x 2.5%
= RM 82.80

Justeru, zakat yang dikenakan adalah *RM 82.50*. Situasi kenaan zakat ini adalah sama seperti contoh (ii) dalam Kes 1 di atas.
Contoh (ii):
Modal Pelaburan Maksimum RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2017 8.25% dari RM 50,000 = RM 4,215
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama 15 tahun)
= RM 275 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 4,812
= RM 4,215 (dividen/pendapatan ASB) – RM 4,812 (bayaran semula pembiayaan)
= (-) RM 597
Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka *TIDAK ADA ZAKAT* dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.

3. Perolehan selepas penyerahan semula sijil pembiayaan pelaburan ASB.
Sebahagian pelabur menggunakan kaedah membuat pembiyaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) dan menyelesaikan bayaran baki pembiayaan untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan.
Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.
Contoh (i) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:
[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%
[RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 16,500 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 36,502.61
= RM 36, 502.61 x 2.5%
= RM 912.56
Zakat dikenakan adalah *RM 912.56*
[RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 16,500 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 36,502.61
= RM 36, 502.61 x 2.5%
= RM 912.56
Zakat dikenakan adalah *RM 912.56*
Contoh (ii) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.
[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 16,500 (nilai dividen semasa ASB)] = RM 216,500
= RM 216,500 x 2.5%
= RM 5,412
Zakat dikenakan adalah sebanyak *RM 5,412.*

Dengan penjelasan ini, diharapkan agar dapat memberikan manfaat dan kefahaman yang jelas kepada para pelabur dan muzakki. Semoga Allah Ta’ala menerima segala amalan dan kebaikan yang dilakukan dan menjadikannya sebagai pemberat mizan di Hari Pembalasan.
Hj Ahmad Husni bin Dato’ Abd Rahman
Pemangku Penolong Pengurus
Unit Syariah & Penerangan Khas PPZ-MAIWP
Pemangku Penolong Pengurus
Unit Syariah & Penerangan Khas PPZ-MAIWP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan