Assalamualaikum, teka apa yang saya beli di member sale Dainese pada 28/7/2018?
Tengok video sampai habis ye jangan skip-skip. Har har har.
Pada 28/7/2018 semasa saya ride Pasir Gudang-Kuala Lumpur untuk ke member sale Dainese, saya mengambil keputusan untuk menyambar satu glove idaman saya. Semestinya glove leather panjang ataupun full glove. Nama glove ini ialah Dainese Carbon D1 Long Glove. Harganya? Normal price adalah RM810. Dapat diskaun 30% saya dapat beli dengan harga RM568. Berbaloi bagi saya harganya.
Dainese jarang membuat sale besar untuk banyak barang sebegini. Untuk member sahaja. Bagaimana untuk mendapatkan member kad Dainese? Anda perlu berbelanja dalam satu resit dengan nilai normal price RM2000 ke atas barulah dapat member kad Dainese yang mana hanya valid untuk setahun. Nak cukup setahun anda kena membeli lagi barang lain untuk renew member kad. Banyak kelebihan member kad ini ketika member sale macam ni. Terima kasih kepada Amel Fiatstar kerana menyahut offer saya untuk meminjamkan member kad Dainese. Beliau telah membeli back protector yang mana harga asalnya ialah Rm400++ dapat diskaun jadi Rm100++ sahaja. Mana nak cari bosku.
Di mana kedai Dainese ni? Store Dainese Original hanya ada satu sahaja di Malaysia beralamat di No. 23 A, Jalan Penguasa A U1/53A, Temasya Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor. Waktu operasi adalah seperti berikut :
Tuesday | 10:30AM–7:30PM |
Wednesday | 10:30AM–7:30PM |
Thursday | 10:30AM–7:30PM |
Friday | 10:30AM–7:30PM |
Saturday | 10:30AM–7:30PM |
Sunday | Closed |
Monday | 10:30AM–7:30PM |
Nombor telefon Dainese Store
03-5569 8848
Page facebook Dainese Malaysia
https://www.facebook.com/daineseMY/
Kenapa saya suka pakai glove kulit? Soal pemilihan glove ini saya memilih untuk keselesaan, kualiti, keselamatan dan ofkos jenama! haha. Saya peminat tegar Dainese. Glove panjang ini apabila pakai yang pertamanya angin takkan masuk melalui celahan jaket kita pada pergelangan tangan. Kalau masuk angin ikut celah pergelangan tangan tak selesa, kita nak bawa motor laju pun macam nak terbang masuk angin dalam jaket, betul tak?
Kedua, glove kulit memberikan protection yang lebih baik berbanding glove kain yang biasa! Itu fakta yang tidak boleh disangkal lagi kerana glove kulit biasanya lebih tebal berbanding glove kain biasa. Tambahan ada protection seperti ada plastik yang tebal di tapak tangan, bahagian carbon pada knuckle dan sebagainya.
Ketiga, dalam soal pemilihan glove yang sesuai. Saya sarankan anda pilihlah glove yang lebih besar sikit daripada saiz tangan anda. Hal ini demikian kerana sekiranya anda memilih glove yang ketat, memang selesa dipakai tetapi apabila anda memakai dalam tempoh yang lama semasa riding. Tangan ada akan melecet pada bahagian tertentu seperti ibu jari. Bayangkanlah dari Johor ke KL genggam throttle pulas minyak. Jadi kalau glove yang lebih besar akan memberikan ruang untuk tangan bernafas dalam glove.
Dainese Carbon D1 Long Handbags adalah kombinasi sempurna perlindungan hari trek bercampur dengan ergonomik dan keselesaan jalan yang fokus. Dimuatkan dengan ciri-ciri perlindungan yang terdapat pada sarung tangan kaum Dainese seperti buku jari karbon, sisipan poliuretana dan kawalan penyimpangan, Carbon D1 menawarkan pelumba jalanan sarung tangan sukan sarung tangan yang lebih murah dan selesa yang tidak akan meninggalkan anda yang ingin atau patah.
Ciri-ciri:
Tutup pada tali pengetatan
Kemasukan lembut
Cetakan silikon pada jari untuk cengkaman tambahan
Jari sebelum melengkung
Tali cuff laras
Mengetatkan tali
Sisipan elastik
Sisipan elastik yang saling paksi
Penguatan pada kulit kambing di antara ibu jari, indeks dan sawit
Amica suede super soft palm
Kulit domba
Sisipan komposit dalam serat karbon pada buku jari
Masukkan poliuretana pada sendi jari dan telapak tangan
Kawalan penyimpangan pada jari kecil
Sarung tangan yang disahkan CE - Cat. II - Pr-EN 13594 Standard lev. 1
Satu panel kulit tunggal dengan saiz tangan
Perforasi di sebelah dalam jari
Pendapat saya tak kisahlah orang nak pandang anda macam mana pun kalau bawa motor kecil atau motor besar tapi memakai glove kulit panjang. Ini untuk anda juga for safety reason. Pesanan saya, pakailah glove semasa membawa motor tak kiralah bawa motor dekat ke jauh ke. Utamakan keselamatan. Jangan lupa subcribe youtube channel saya dan buat on notification pada channel saya. #roadto1000subcribers
Terima kasih kerana menyokong blog dan channel youtube saya. Tidak ada apa yang mampu saya balas jasa penyokong saya melainkan dengan #pulasminyakGIVEAWAY ! har har har.
Check out my blog's: https://pulasminyak
.blogspot.com
Terima kasih kepada penyokong channel saya. Saya amat hargai jasa anda. Tiada apa yang saya mampu balas kecuali dengan #pulasminyakGIVEAWAY! HAR HAR HAR.
Jangan lupa #2ndpulasminyakGIVEAWAY
Klik link di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=VddmYrHWjMc
Subcribe dan komen sebelum 15/8/2018.
Hadiahnya seluar riding Komine bernilai RM180!
Resolution 1080p 60 fps superview
GoPro Hero 6 Black
Tiada ulasan:
Catat Ulasan