Ahad, 29 Mei 2016

Day 3, FLY AND RIDE TO VIETNAM 27 MAY - 4 JUNE 2016

     Alhamdulillah hari ini hari ketiga di Vietnam, 29/5/2016, bermakna hari kedua ride atas skuter. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama seperti dirancang iaitu di Phan Thiet, Mui Nee. Satu kawasan tepian pantai yang sememangnya berbeza daripada tempat kita. Di persisiran pantai menuju ke Phan Thiet ni terlalu banyak 'private beach', pantai-pantai hak milik persendirian yang didirikan resort sendiri dengan nama-nama yang menarik dan design resort yang comel. Terlalu banyak sampai tak terkira. Giler kaya-kaya orang Vietnam!


Checkout hotel. Posing dulu sedas!

Berhenti di sebauh pasar tepi pantai, agak besar pasar. Makanan pun nampak sedap. Tapi rasnya tak halal. haha. Seafood pun tak berani nak beli.


Kami ride dalam beberapa kilometer, berhenti di satu kawasan di mana terdapat ladang buah naga yang begitu luas. Sejauh mata memandang. Kami berhenti dan regroup di salah satu kedai yang jual buah naga.



Ini dia buah naga@dragon fruit segar dari ladang.

Sejauh mata memandang, saya kira penduduk di sini majoriti sumber pendapatan dari ladang buah naga. Macam kita di Malaysia ladang getah.

Hensem tak abang? haha

Duduk semeja, makan buah naga, terasa nikmatnya.

Nampak sedap? Tengoklah  bro Iman tu. haha 


Nah hambik! Lepas makan buah naga angkat ibu jari ler. Agak banyak kami makan lebih 10 biji. Kena pulak dengna air tebu perghh. Tapi air tebu di Vietnam ni semuanya dia campur dengan perahan limau. Entahlah mungkin nak menstabilkan antara rasa terlalu manis dari tebu itu sendiri. Sedap jugak. Boleh buat kat rumah.




 Penjual di kedai yang kami singgah ni kira orang Vietnam kampunglah. Apabila kami nak start motor nak meneruskan perjalanan ke Mui Nee, penjual buah naga tadi isi buah naga dalam plastik, rasanya lebih 10 biji. Dia nak bagi free kepada kami. Kami pun, ish biar betul dia ni. Baik betul dia ni. Kitorang hulur duit untuk yang dia bagi lebih pun dia tak nak ambil. Lepas tu kami pun paksa jugak dia terima yang kami hulur tak banyak, dalam 40000 dong. Dia pun terpaksa ambil juga. Di sini kita dapat lihat, betapa baiknya penjual tersebut, siap nak bagi free lagi buah naga bawa balik lepas singgah makan buah naga di kedai dia.



Kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee, beberapa kilometer lepas kedai buah naga tu, terdapat ladang garam, seperti sawah padi. Berhenti sejenak ambil gambar. Luas jugalah ladang garam tu.


Kami isi minyak di stesen minyak dalam kampung ni. Tapi ada satu kisah yang agak banganlah penjual minyak di sini. Kami tujuh buah motor, kita isi minyak satu demi satu dia refresh meter pam dan terus isi untuk motor seterusnya dan akhirnya apa terjadi? Penjual minyak tu sendiri tak ingat sebuah motor kami isi berapa dong(matawang Vietnam). Nampak tak di sini betapa bodohnya penjual minyak tu? Jadi kami fikir point dia di sini penjual tu nak tipu kami. Ya kami tak ingat nilai tepat sebuah motor kami isi, jadi penjual tu kira cincai kira bundar jer jumlah yang kami isi. Contohnya isi 43000 dong, penjual tu kira 50000 dong terus. Di situ dia menipu! Lepas tu apa lagi, kami kutuk penjual minyak tu depan-depan, maaf yer kasar sikit. Pesanan saya, kalau ride macam ni di Vietnam hati-hati bila isi minyak, kalau boleh berilah nilai duit yang cukup contohnya 50000 dong sekeping atau nilai yang tetap kita hulur dulu sebelum kia isi minyak. Bukan kedekut, tapi bila di tipu macam ni apa yang kita rasa? Sakit hati kan?


Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee.

Cantik kan permandang? Macam turun bukit, laut di tepi. Cuaca cun, gambar perspektif perghh nikmat mata.

Setelah lebih kurang 50 kilometer ride dan sampai ke Mui Nee dah. Kira nak  cari hotel dah. Singgah dulu minum kopi di kedai India Muslim. Taukey kedai ni orang Malaysia. Fluent english dan target dia adalah pelancong. Makan tidak hairanlah agak sembelih harga di kedai dia. haha. Seperti yang saya bagitahu pada entry lepas. Di persisiran pantai ni terdapat terlalu banyak resort, private beach dan sebagainya. Memang kawasan tumpuan pelancong orang putih dan juga hitam.


  Alhamdulillah kami sampai di Sun & Sands, Mui Nee. Sewa bilik besar di sini dengan 3 katil queen lebih kurang dekat sejuta dong. Sebuah resort menghadap pantai. Pada kali ini plan kami nak masak nasi putih, lauk kami beli udang dan sotong di tepi pantai berdekatan. Tepi pantai mudah nak dapat seafood.

Ini dia Abe Lokman tengah siapkan sotong. Macam-macam jenis sotong.

Prof. Hassan selaku chef. Mana kami dapat peralatan memasak ni? Haish, kami Abe Lokman bawak khas dari Malaysia ni barang memasak, dapur gas pakai tin tu.


Ini dia guna kuah kari pada entry pertama di Vietnam. Masuk air, kuah kari, masuk udang bila kuah kari tu meresap masuk. Perghh lazat. Ingat yer, kuah kari jenama Brahim. Korang boleh try buat.



Lepas masak, kami makan sama-sama. Bersila ramai-ramai sudah cukup membuatkan kami tidak cukup makan sepinggan nasi. Apa lagi, tambah sampai kenyang ler.


Selepas makan, matahari masih belum terbenam. Jadi kami ambil keputusan untuk jalan-jalan ke kaasan terdekat di mana ada satu tempat yang menarik di sini iaitu Red Sands Dune. Sebauh tempah luas seperti padang pasir tapi pasirnya warna seakan merah.


Pemandangan yang sangat cantik, kalau di tempat kita ada macam ni. Leas sampai matahari terbenam pun tak apa.

Jangan kata abang tak hensem! haha

Ya belakang sana pantai.


Apa yang best di Red Sands Dune ni? Makan pasir la. Sewa sliding tu lebih kurang 50000 dong. Tempat letak motor pun kena bayar 10000 dong. Rakyat di sini dilihat mengambil kesempatan mengenakan bayaran atas nama pelancongan. 



Gelunsur makan pasir




Ini dia pengalaman makan pasir.


Di sini memang kawasan tumpuan pelancong.





Kebanyakan kawasan tepi pantai di sini terbentuk seperti padang pasir. Cuma terdapat satu tempat sahaja yang untuk main gelunsur. Pemandangan memang menarik sangat. Lepas matahari terbenam, kami balik ke hotel mandi, masak lagi, makan dan tidur sebab keesokan harinya akan pulas minyak menuju ke Nha Trang pulak lebih kurang 200km dari Mui Nee. Terima kasih meninjau blog saya. Nantikan Day 4 ride in Vietnam!

Sabtu, 28 Mei 2016

Day 1 & 2, FLY AND RIDE TO VIETNAM 27 MAY - 4 JUNE 2016

       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini adalah ride utama pada tahun ini iaitu fly dan ride di Vietnam. Tarikh yang dicadangkan bermula 27 May hingga 4 Jun iaitu selama 9 hari. Route yang dicadangkan kira-kira 1000km namun mengikut Google Maps adalah sejauh 832km mengikut checkpoint yang dirancang seperti gambar di bawah nanti. Kami seramai tujuh orang iaitu Belalang Hijau(Abe Lokman), Prof Hassan(Pak Bernam), Mohdi, Abe Ley Ayam, Dr. Ramdan, Man Ipolosas dan saya. Kami terbang dari Klia2 ke Ho Chi Minh flight pukul 11.45a.m dan sampai ke Ho Chi Minh pukul 2 lebih, terus ambil teksi ke hotel berdekatan.
Saya bawa helmet sendiri, tak lepas bawak masuk helmet dalam flight sebab  pramugari cantik ternampak saya bawak helmet. haha, Jadi beliau bawak masuk perut kapal terbang dan bagi stiker ni. Abe Lokman lepas pulak bawak masuk sebab dia tak nampak.

Makan nasi lemak Pak Naseer dulu lapar weh.


Hotel kami stay pada hari pertama. di celah lorong ada hotel lor. Mou Huong Hotel.

Vietnam terkenal dengan kopi. Dekat pasar Ban Tien yang merupakan kawasan tumpuan pelancong rakyat Malaysia sehinggakan penjual kopi Vietnam menggukan bahasa Melayu untuk menarik pelanggan, bayaran juga dalam ringgit Malaysia iaitu Rm3 untuk segelas kopi susu yang ummpphh!

Kawasan berdekatan Ban Tien ni memang senang untuk mencari restoren halal. Tapi harganya memang sembelih. Mahal siot!
 Selepas jalan-jalan di Ban Tien, Ho Chi Minh. Kami mencari tujuan utama datang ke sini. Pertama sekali ialah motor! Kami dapat negotiation sewa motor skuter sehari lebih kurang 7usd, bayaran juga dalam usd total 42usd untuk 7 hari.
Selesai dapatkan motor kira selesalah untuk ride awal pagi esok.


Pada malamnya kami mencari sesuap nasi di restoren halal berdekatan.

Makan dulu!
Selesai makan, kami balik ke hotel untuk membahagi sama rata harta karun yang kami bawa dari Malaysia. Kira berat jugaklah harta karun ni dalam 40kg.



Ini harta karun yang juga makanan utama yang kami bawa dari Malaysia untuk ride sepanjang 7 hari. Nasi Beriani Kambing, Ayam Brahim. Kira macam makanan segera, celup dalam air panas kejap terus boleh makan.

Kuah kari ikan ini ada gunanya nanti. Teruskan baca di bawah. Stay tuned!

Pada awal pagi 28 May 2016, kami kemas-kemas barang. Ikat beg apa yang patut kat motor skuter. Saya kenalkan 7 orang abang rider yang hensem pada kali ini.

Ini saya, Amir, penulis blog yang pemalas nak update blog. haha

Prof. Mohd Hassan atau lebih dikenali Bernam. Pensyarah Upsi.

Dr. Ramdan, pensyarah UMP

Abe Lokman, Belalang Hijau

Abe Ley tokey ayam besar Tumpat.


Mohdi ensem

Depan sekali, Iman Ipolosas
Apabila semua sudah siap, ready untuk ride. Maka kami ke stesen minyak berdekatan untuk refuel buat kali pertama. Terkejut sebab sekali refuel 50,000! haha. Convert ke duit Malaysia lebih kurang Rm9.10
Isi minyak di bandar Ho Chi Minh


Set, ready, go!

Cek google map dulu
Kami mulakan perjalanan kami ke destinasi yang pertama iaitu Phan Thiet sejauh 213km dari Ho Chi Minh. Fuhh, 200km dengan kapcai?? Boleh tahan keras bontot. haha








Kami mencari jalan keluar dari kota Ho Chi Minh, pada mulanya agak sesat jugak. Sebab laluan dalam google maps ada yang jalan warna oren terang tu, motor tak boleh lalu, hanya kereta dan lori. Jadi kami agak pening jugak.
Add caption
Add caption

Sesetengah highway di Vietnam tak boleh naik motor. Jadi, kami tukar route lah sikit.







Malu bertanya sesat jalan, bertanya diorang tak faham pulak. haha



Pilot dan Co-Pilot  berbincang jalan yang benar ke Phan Thiet.

Abe Lokman

Stop for nature call

Kira-kira 80km ride, kami berhenti untuk rehat seketika, minum air.

Sekarang tengah hari, waktu lunch. Roti gerdenia yang kepek lenyek pun sedap dimakan begitu saja.

Di Vietnam, rakyat mereka terlalu sukakan hammock, kebanyakan kedai ada hammock untuk berehat sambil minum air.

Sampai terputus hammock dibuatnya. hahahaa



Setelah berehat dalam 30 minit, kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya utama ke Phan Thiet, dua lorong kiri, dua lorong kanan. Kemudian baru saya perasan motor saya, tayar belakang merekah terus dan kurang angin. Fikir punya agak bahaya untuk ride dalam keadaan tayar yang dah expired. Dah la hari ini first day ride.











Jadi kami ambil keputusan untuk tukar tayar belakang motor saya di kedai motor berdekatan. Di Vietnam tidak runsing jika motor rosak kerana di sepanjang jalan, mudah untuk mendapatkan atau mencari kedai motor. Saya sungguh tidak sangka kedai motor kecil macam ni ada mesin tukar tayar macam di kedai kereta. Malaysia mana ada mesin tukar tayar kalau bengkel kecil.




Isi minyak dulu.

Selepas itu kami teruskan pulas minyak menuju ke Phan Thiet(Mui Nee).
Laluan tepi pantai, jalan menarik, pemandangan memukau. Ini sebenarnya nikmat ride.











Sampai di satu tempat, saya pun tak ingat. Mungkin di Lagi. Motor Mohdi menjadi motor pertama yang putus belting ataupun tali sawat. Memandangkan kami semua motor jenis skuter, ini menjadi igauan buruk semasa bawak motor sekiranya belting putus. Kami tidak tahu keadaan motor, jadi ini adalah risiko sewa motor di Vietnam. Kelebihan ride berkumpulan, kami bantu-membantu antara satu sama lain jika ada masalah sebegini. Kalau ride solo? Bayangkan susahnya. Aiya tak ambik gambar la pulak motor Mohdi baiki kat bengkel berdekatan. Takpelah, kami yang lain teruskan ke bandar terdekat untuk mencari hotel memandangkan hari sudah gelap. Dalam perancangan hari pertama ride sampai ke Mui Nee, tapi tak sampai. Maka kena cari bandar terdekat untuk bermalam.

   
Kami tidur di Hotel dengan harga 250000Vnd satu malam. Lebih kurang Rm65 gitu la. Sewa tiga bilik dekat sejuta mak kau.

Makan? Makanan utama kami di sini ialah bekal yang kami bawa, nasi beriani Brahim. Ya memang susah cari makanan halal jika jauh dari Ho Chi Minh. Cerita hari pertama ride pun dah panjang. Nak habiskan cerita sampai 9 hari? Muntah korang scroll henset/laptop. haha. Saya fikir saya kena buat part by part cerita fly and ride ke Vietnam. Ini Part Pertama termasuk day 1 ride. Terima kasih sudi scroll cerita di blog saya. Nantikan Day 2 Fly And Ride In Vietnam 2016. #Saigonride2016.