Isnin, 21 Januari 2019

MERDU BETUL QUICKSHIFTER | #29





Assalamualaikum, merdu betul bunyi quickshifter ni. Apa itu quickshifter?



QUICK SHIFTER atau Quickshifter adalah antara terma teknologi yang kerap kita jumpa ketika membaca artikel dan spesifikasi motosikal model masa kini. Mungkin ada yang masih belum jelas tentang apakah itu Quick Shifter? Apakah kelebihan teknologi motosikal itu? Kami akan jelaskan seringkas mungkin dalam artikel ini.

APAKAH ITU QUICK SHIFTER?

Quick Shifter ialah peranti yang membenarkan penunggang menaikkan anjakan gear dengan lancar, sekali gus memendekkan masa penukaran gear.
Cara tipikal menukar gear kebiasaannya memerlukan penunggang menyahsambung klac dengan menarik tuil klac menggunakan tangan kiri, dan pada masa sama menaikkan tuas gear menggunakan kaki kiri sebelum melepaskan semula tuil klac dengan sempurna untuk mendapatkan kesan anjakan gear yang lancar.

BAGAIMANAKAH QUICK SHIFTER BEKERJA?

Prinsip kerja Quick Shifter sangat mudah difahami. Bagi motosikal yang dilengkapi teknologi Quick Shifter, apa yang perlu dilakukan penunggang adalah terus menganjakkan gear tanpa perlu risau tidak menarik tuil klac.
Sistem inilah yang bertanggungjawab menjaga komponen hubung/nyah hubung klac ketika proses anjakan gear dibuat. Quick Shifter yang dibantu sensor atas papan (on-board) akan mengesan bilakah anjakan naik (upshift) gear berlaku.
Sistem itu kemudian akan menyingkirkan beban atas enjin dan dengan segera memotong saluran bahan api kepada enjin. Hasilnya, gear baharu boleh digelincirkan pada satu-satu posisi tanpa mengalami sebarang kerosakan transmisi.
Ada ramai penunggang masih seronok menikmati proses menukar gear motosikal. Tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih mahu memiliki motosikal baharu dengan ciri Quick Shifter supaya penunggang dapat terus fokus terhadap cara tunggangannya. Mari kita lihat video Aprillia yang memberikan gambaran tentang bagaimanakah Quick Shifter bekerja?

Kredit kepada https://pandulaju.com.my/tahukahanda-apakah-itu-quick-shifter-untuk-motosikal/

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum bossku..
    Ambo teringin sangat nak ride Z800 ni..
    Ado x saing2 yg nak jual murah2 atau pun sambung bayar..hihi... Z900 pun ok juge.
    Boleh wasap saya - 01110553499

    p/s; info bossku sangat berguna utk pemilik2 superbike 💪👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya doakan bos dapat memiliki z800 suatu hari nanti. Cuma nasihat saya elakkan ambil sambung bayar, kelak kalau jadi apa-apa bro tak dapat tuntut apa-apa sebab nama bukan milik bro. Boleh je beli z800 second dala lingkungan rm25k sekarang. Kalau jumpa bawah rm25k jackpot. Lagi puas hati ambil yang baru. hehe

      Padam
  2. salam..kalau tukar spoket dpn & blkg kecik sikit dr standard blh laju tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Saya pun tak pasti. Pikup kurang sikit bila nak memotong tapi tak rasa sangat. Enjin kurang mengaum maksudnya rpm rendah certain speed. Z8 dah cukup laju kategori naked. Nak maintain atas 200km/j z800 bukan pilihan yang tepat.

      Padam