Assalamualaikum, merdu betul bunyi quickshifter ni. Apa itu quickshifter?
QUICK SHIFTER atau Quickshifter adalah antara terma teknologi yang kerap kita jumpa ketika membaca artikel dan spesifikasi motosikal model masa kini. Mungkin ada yang masih belum jelas tentang apakah itu Quick Shifter? Apakah kelebihan teknologi motosikal itu? Kami akan jelaskan seringkas mungkin dalam artikel ini.
APAKAH ITU QUICK SHIFTER?
Quick Shifter ialah peranti yang membenarkan penunggang menaikkan anjakan gear dengan lancar, sekali gus memendekkan masa penukaran gear.
Cara tipikal menukar gear kebiasaannya memerlukan penunggang menyahsambung klac dengan menarik tuil klac menggunakan tangan kiri, dan pada masa sama menaikkan tuas gear menggunakan kaki kiri sebelum melepaskan semula tuil klac dengan sempurna untuk mendapatkan kesan anjakan gear yang lancar.
BAGAIMANAKAH QUICK SHIFTER BEKERJA?
Prinsip kerja Quick Shifter sangat mudah difahami. Bagi motosikal yang dilengkapi teknologi Quick Shifter, apa yang perlu dilakukan penunggang adalah terus menganjakkan gear tanpa perlu risau tidak menarik tuil klac.
Sistem inilah yang bertanggungjawab menjaga komponen hubung/nyah hubung klac ketika proses anjakan gear dibuat. Quick Shifter yang dibantu sensor atas papan (on-board) akan mengesan bilakah anjakan naik (upshift) gear berlaku.
Sistem itu kemudian akan menyingkirkan beban atas enjin dan dengan segera memotong saluran bahan api kepada enjin. Hasilnya, gear baharu boleh digelincirkan pada satu-satu posisi tanpa mengalami sebarang kerosakan transmisi.
Ada ramai penunggang masih seronok menikmati proses menukar gear motosikal. Tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih mahu memiliki motosikal baharu dengan ciri Quick Shifter supaya penunggang dapat terus fokus terhadap cara tunggangannya. Mari kita lihat video Aprillia yang memberikan gambaran tentang bagaimanakah Quick Shifter bekerja?
Kredit kepada https://pandulaju.com.my/tahukahanda-apakah-itu-quick-shifter-untuk-motosikal/