Assalamualaikum, saya nak kongsikan 5 perkara yang penting/dilarang semasa bercuti di Thailand.
HATYAI, Thailand - Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu, semalam.
Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.
Lima perkara itu ialah tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan; tidak menghisap rokok elektronik atau vape; tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar; mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, kelima-lima peraturan dan undang-undang itu penting dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari perkara tersebut.
“Bagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu (memasuki Thailand).
“Ini terbukti dalam kes baru-baru ini (Januari lalu), seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu.
“Justeru pihak konsulat mengambil langkah proaktif untuk melancarkan kempen kesedaran ini untuk disebarkan ke platform media dan laman sosial,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Kongsi anjuran Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (Maltha) dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla dan Thaksin University di sebuah hotel di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Gabenor Songkhla, Rachit Sudpoom dan Presiden Maltha, Soontorn Noiboonma.
Dalam pada itu, Mohd. Afandi berkata, terdapat beberapa kes yang ditangani Pejabat Konsul Malaysia di sini, kerana melanggar lima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan berkenaan, namun jumlahnya tidaklah membimbangkan.
“Kita (konsul) mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan undang-undang di negara ini.
“Ada antara peraturan itu masih baharu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017,” katanya.
5 Kesalahan memasuki Thailand :-
1. Menghisap rokok elektronik atau vape - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000). Ada orang kata tak kena tangkap bawa vape, atau bawa sorok-sorok. Tapi anda kena ingat, langit tidak selalunya cerah, malang tidak berbau. Jadi, tinggalkan vape anda di rumah jangan bawa melepasi border Thailand. Tahanlah sikit. Jangan pelik jika anda bawa vape dan orang Thailand usha anda semacam semasa isap vape di Thailand.
2. Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.
3. Menggunakan walkie-talkie - Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
4. Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan).
Jangan lupa juga membeli insurans diri sendiri dan keluarga. Dengan Etiqa 360 murah. Beli online je. Lepas tu print.
5. Merokok di pantai popular - Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
Selain daripada itu, anda juga dilarang membawa rokok dari Malaysia dan juga dari bebas cukai. Hanya rokok bercukai Thailand sahaja dibenarkan. Sekiranya ditangkap, eat not finish brother!
Ketum dan dadah sudah terang-terangan bahan terlarang di bawa keluar masuk Thailand. Hukumannya adalah sangat berat.
Rancanglah lebih awal perjalanan anda ke Thailand baik dengan flight, kereta, motorsikal, basikal waima dengan bas dan kereta api sekalipun.
Kredit. Shamfaizul Ariff
Jangan lupa subscribe youtube channel saya! ' pulas minyak'