Pertama

Sunday, 29 May 2016

Day 3, FLY AND RIDE TO VIETNAM 27 MAY - 4 JUNE 2016

     Alhamdulillah hari ini hari ketiga di Vietnam, 29/5/2016, bermakna hari kedua ride atas skuter. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama seperti dirancang iaitu di Phan Thiet, Mui Nee. Satu kawasan tepian pantai yang sememangnya berbeza daripada tempat kita. Di persisiran pantai menuju ke Phan Thiet ni terlalu banyak 'private beach', pantai-pantai hak milik persendirian yang didirikan resort sendiri dengan nama-nama yang menarik dan design resort yang comel. Terlalu banyak sampai tak terkira. Giler kaya-kaya orang Vietnam!


Checkout hotel. Posing dulu sedas!

Berhenti di sebauh pasar tepi pantai, agak besar pasar. Makanan pun nampak sedap. Tapi rasnya tak halal. haha. Seafood pun tak berani nak beli.


Kami ride dalam beberapa kilometer, berhenti di satu kawasan di mana terdapat ladang buah naga yang begitu luas. Sejauh mata memandang. Kami berhenti dan regroup di salah satu kedai yang jual buah naga.



Ini dia buah naga@dragon fruit segar dari ladang.

Sejauh mata memandang, saya kira penduduk di sini majoriti sumber pendapatan dari ladang buah naga. Macam kita di Malaysia ladang getah.

Hensem tak abang? haha

Duduk semeja, makan buah naga, terasa nikmatnya.

Nampak sedap? Tengoklah  bro Iman tu. haha 


Nah hambik! Lepas makan buah naga angkat ibu jari ler. Agak banyak kami makan lebih 10 biji. Kena pulak dengna air tebu perghh. Tapi air tebu di Vietnam ni semuanya dia campur dengan perahan limau. Entahlah mungkin nak menstabilkan antara rasa terlalu manis dari tebu itu sendiri. Sedap jugak. Boleh buat kat rumah.




 Penjual di kedai yang kami singgah ni kira orang Vietnam kampunglah. Apabila kami nak start motor nak meneruskan perjalanan ke Mui Nee, penjual buah naga tadi isi buah naga dalam plastik, rasanya lebih 10 biji. Dia nak bagi free kepada kami. Kami pun, ish biar betul dia ni. Baik betul dia ni. Kitorang hulur duit untuk yang dia bagi lebih pun dia tak nak ambil. Lepas tu kami pun paksa jugak dia terima yang kami hulur tak banyak, dalam 40000 dong. Dia pun terpaksa ambil juga. Di sini kita dapat lihat, betapa baiknya penjual tersebut, siap nak bagi free lagi buah naga bawa balik lepas singgah makan buah naga di kedai dia.



Kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee, beberapa kilometer lepas kedai buah naga tu, terdapat ladang garam, seperti sawah padi. Berhenti sejenak ambil gambar. Luas jugalah ladang garam tu.


Kami isi minyak di stesen minyak dalam kampung ni. Tapi ada satu kisah yang agak banganlah penjual minyak di sini. Kami tujuh buah motor, kita isi minyak satu demi satu dia refresh meter pam dan terus isi untuk motor seterusnya dan akhirnya apa terjadi? Penjual minyak tu sendiri tak ingat sebuah motor kami isi berapa dong(matawang Vietnam). Nampak tak di sini betapa bodohnya penjual minyak tu? Jadi kami fikir point dia di sini penjual tu nak tipu kami. Ya kami tak ingat nilai tepat sebuah motor kami isi, jadi penjual tu kira cincai kira bundar jer jumlah yang kami isi. Contohnya isi 43000 dong, penjual tu kira 50000 dong terus. Di situ dia menipu! Lepas tu apa lagi, kami kutuk penjual minyak tu depan-depan, maaf yer kasar sikit. Pesanan saya, kalau ride macam ni di Vietnam hati-hati bila isi minyak, kalau boleh berilah nilai duit yang cukup contohnya 50000 dong sekeping atau nilai yang tetap kita hulur dulu sebelum kia isi minyak. Bukan kedekut, tapi bila di tipu macam ni apa yang kita rasa? Sakit hati kan?


Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Mui Nee.

Cantik kan permandang? Macam turun bukit, laut di tepi. Cuaca cun, gambar perspektif perghh nikmat mata.

Setelah lebih kurang 50 kilometer ride dan sampai ke Mui Nee dah. Kira nak  cari hotel dah. Singgah dulu minum kopi di kedai India Muslim. Taukey kedai ni orang Malaysia. Fluent english dan target dia adalah pelancong. Makan tidak hairanlah agak sembelih harga di kedai dia. haha. Seperti yang saya bagitahu pada entry lepas. Di persisiran pantai ni terdapat terlalu banyak resort, private beach dan sebagainya. Memang kawasan tumpuan pelancong orang putih dan juga hitam.


  Alhamdulillah kami sampai di Sun & Sands, Mui Nee. Sewa bilik besar di sini dengan 3 katil queen lebih kurang dekat sejuta dong. Sebuah resort menghadap pantai. Pada kali ini plan kami nak masak nasi putih, lauk kami beli udang dan sotong di tepi pantai berdekatan. Tepi pantai mudah nak dapat seafood.

Ini dia Abe Lokman tengah siapkan sotong. Macam-macam jenis sotong.

Prof. Hassan selaku chef. Mana kami dapat peralatan memasak ni? Haish, kami Abe Lokman bawak khas dari Malaysia ni barang memasak, dapur gas pakai tin tu.


Ini dia guna kuah kari pada entry pertama di Vietnam. Masuk air, kuah kari, masuk udang bila kuah kari tu meresap masuk. Perghh lazat. Ingat yer, kuah kari jenama Brahim. Korang boleh try buat.



Lepas masak, kami makan sama-sama. Bersila ramai-ramai sudah cukup membuatkan kami tidak cukup makan sepinggan nasi. Apa lagi, tambah sampai kenyang ler.


Selepas makan, matahari masih belum terbenam. Jadi kami ambil keputusan untuk jalan-jalan ke kaasan terdekat di mana ada satu tempat yang menarik di sini iaitu Red Sands Dune. Sebauh tempah luas seperti padang pasir tapi pasirnya warna seakan merah.


Pemandangan yang sangat cantik, kalau di tempat kita ada macam ni. Leas sampai matahari terbenam pun tak apa.

Jangan kata abang tak hensem! haha

Ya belakang sana pantai.


Apa yang best di Red Sands Dune ni? Makan pasir la. Sewa sliding tu lebih kurang 50000 dong. Tempat letak motor pun kena bayar 10000 dong. Rakyat di sini dilihat mengambil kesempatan mengenakan bayaran atas nama pelancongan. 



Gelunsur makan pasir




Ini dia pengalaman makan pasir.


Di sini memang kawasan tumpuan pelancong.





Kebanyakan kawasan tepi pantai di sini terbentuk seperti padang pasir. Cuma terdapat satu tempat sahaja yang untuk main gelunsur. Pemandangan memang menarik sangat. Lepas matahari terbenam, kami balik ke hotel mandi, masak lagi, makan dan tidur sebab keesokan harinya akan pulas minyak menuju ke Nha Trang pulak lebih kurang 200km dari Mui Nee. Terima kasih meninjau blog saya. Nantikan Day 4 ride in Vietnam!

2 comments:

  1. Bos, terbaik blog.
    Nak tanya pglaman dgn z800.
    Masih kuat angn,x selesa dan penat lawan angn ride atas hway menten 180kmh? Kalu ada windshield masih kena tunduk gak ke?
    Skang guna er6f hajat nak upgrade

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih bro sudi tengok dan memberikan komen di blog saya. Maaf lewat balas sebab jarang orang komen sini. haha. Huishh z800 lawan angin kuat kalau menten 180kmh, boleh cream leher. Kene tunduk jgk. Kalau cruise speed 140-160 boleh lagi tegak badan. Windshield pun kene tunduk jgk. Sebab ws z800 tak tinggi macam gtr1400 atau motor motor lain. Korner best jgk kategori naked. Upgrade bro, baik ambil 2nd z8 dah murah skrg. Ambil baru rugi harga cpt jatuh. Bro anonymous pulak. Harap bro baca saya bls ni. Thanks.

      Delete