Pertama

Friday, 29 May 2015

Part 1: KHLONG HAE BIKE WEEK 29 & 30 MAY 2015

     Assalamualaikum, pada kali ini berpeluang meneroka ke Thailand walaupun setakat ke Hat Yai sahaja. Saya berdua dengan Abg Lokman@Belalang Hijau bergerak dari Kelantan pada 28 Mei 2015. Apa pun sediakan passport dulu hanya Rm200 untuk tempoh masa 5 tahun. Harga yang berbaloi jika dibandingkan dengan harga sebelum ini.




Saya RV dengan Abg Lokman di Petronas Rantau Panjang pada pukul 2 tengah hari. RV diambil daripada bahasa Inggeris Rendezvous bermaksud tempat bertemu yang telah dijanjikan.


Refuel di Caltex berdekatan sebelum masuk ke border Rantau Panjang-Sg.Golok. Kenapa kami tak isi minyak di Petronas? Anda tahu jawapannya kalau anda biasa dengan prestasi motor berbanding minyak lain. Bukan nak kondem ya. haha

Satu kesilapan apabila pihak imegresen Thailand tidak menerima geran fotostat, rugi saya tidak membaa geran ori pada masa ini. Aiya, jadi saya perlu pergi cop di JPJ di Imegresen Malaysia, kene tunjuk motor, pergi fotostat ic, geran bla bla bla lepas tu baru diterima oleh Imegresen Thailand. Lebih kurang pukul 3.30 ptg kami bertolak masuk ke bandar Golok. 

Pertama sekali, elakkan membeli insurans di border Imegresen Thailand kerana sekali ganda lebih mahal berbanding insurans di bandar Golok. 

Insurans motor kena hanya 190Baht berbanding 400Baht di border.

Kami teruskan perjalanan dalam 90km ke Narathiwat. Berhenti solat di sebuah masjid. Lalu di satu roadblock askar Thailand mereka menyekat kami dan bertanya dalam bahasa siam mungkin tanya hendak kemana, kami mana faham. Tunjuk passport dia tanya sepatah  dan sebut 'Name'. Baru saya faham, saya memberitahu bahawa kami on the way ke Khlong Hae Bike Week dan mereka oo yaa ya yaa bla bla bla kot bahasa siam. 



 Kami berhenti mengisi perut di Nasi Kerabu Janggut di Narathiwat. Hujan lebat membasahi bumi membuka lagi selera menjamah nasi kerbau pada pukul 7 waktu Thailand. Saya terpesona dengan keindahan karya cat minyak yang terpampang di kedai ni.

Diikutkan hati inginku beli saja lukisan indah ini. haha

Lepas makan kami teruskan perjalan mengikut Yala, Lalu korner-korner sikit dalam hujan renyai-renyai. Kami lalu Yala kerana menghantar kawan Abg Lokman rumah waris beliau. Dalam perjalanan ke Yala kurang kenderaan padahal baru pukul 10 malam. Banyak roadblock askar sepanjang jalan di wilayah bergolak itu. 


Berhenti di 7 Eleven di Pattani. Kira RnR lah.

Kami teruskan perjalan dalam 100km lagi ke Hat Yai. Minyak tinggal reserve dah berkelip-kelip. Setangki z800 lebih kurang 300km perjalanan. Refuel full dekat Hat Yai.


Tiba di bandar Hat Yai kami check in hotel hanya 65 baht satu malam. Jauh lebih murah berbanding hotel di Malaysia.

Lepas masuk letak barang perut rasa lapar. Abg Man ajak keluar berjalan kaki ke 7 eleven berdekatan mencari sesuap burger.

Boleh tahan burger di 7e ni. Malaysia mana ada macam ni.


Beli sebiji lagi burger dalam perjalanan balik ke hotel. Ingat nak rasa burger Thailand tapi sekali dia guna daging Ramli jgk ler. Sama macam tempat kita.


Pada pagi 29 May kami ke A.E.O Motorsport. Abg Man nak servis z1000sx beliau. Kedai lewat buka pulak.


Ya ya ya masih menunggu dah pukul 9.30 pagi. Kami datang pukul 8 lagi ke kedai ni. Bangun lambat betullah tuan punya kedai. haha


Tinggalkan motor Abg Man di bengkel kejap.




Saya kira z800 ni untuk drag


Ok nanti saya sambung cerita di part 2 pula nanti. Terima kasih syok membaca!