Jumaat, 21 Februari 2014

Alhamdulillah Zarina Kembali...!

      Assalamualaikum, hampir 5 bulan tak update blog ni. Seperti dijanjikan cerita bersama Zarina akan dimuatkan dalam blog ni. Alhamdulillah pada 20 Februari 2014 Zarina telah pulih sepenuhnya setelah masuk wad hampir 5 bulan. Fuhh lama betul, masa 1st bawak dari keluar bengkel rasa kekok sebab berat jugak serangga hijau ni. Maklumlaa 5 bulan tu bawak 135LC yang handling jauh lebih ringan berbanding z800. Jadi memerlukan masa untuk biasakan diri kembali dengan handling Zarina, ambil masa untuk serasi bersama. Pada kali ini saya nak ceritalah sikit pengalaman bagaimana prosedur untuk claim, bagaimana prosedur yang perlu dilakukan apabila terlibat dengan kemalangan dan saya cerita ni berdasarkan pengalaman untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. 

Zarina masa di bengkel. Bogel terus, ini baru betul-betul naked bike! haha





    Jika kemalangan menimpa anda, pertama sekali pastikan samada terdapat kecederaan pada diri anda serta penumpang dan kenderaan lain yang terlibat. Jika ada, segera hubungi ambulans bagi rawatan lanjut. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling. Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.



     Elakkan bertengkar jika kemalangan melibat kenderaan lain, anda bertenang dan bersabar. Ini adalah takdir. Jika anda marah sekalipun, kemalangan sudah terjadi. Kita tidak dapat untuk mengelaknya. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan butir2 berikut diperolehi bagi memudahkan proses tuntutan insurans.
1. Nombor pendaftaran kenderaan
2. Butiran pemandu (nama, alamat, no telefon)
3. Masa, tarikh dan tempat kemalangan Time, date and place of accident
4. Nama pemegang polisi insurans serta nombor polisi (jika boleh) kenderaan2 yang terlibat.
5. Butiran saksi atau orang yang tercedera (jika ada)
     Selepas itu, anda perlu pandu atau tarik (towing) kenderaan anda ke balai polis cawangan trafik yang berhampiran dan buat laporan polis, jika mengikut undang2, mesti dilakukan dalam masa 24jam. Pihak polis akan memeriksa kenderaan anda dan mengambil gambar kenderaan anda. Saya pada hari down dulu mujur ada pikup abg HHBG datang angkut Zarina pergi balai polis untuk buat laparon. 
    


    Kemudian, anda hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditauliahkan untuk membaik pulih kenderaan anda. Pihak syarikat insurans anda mempunyai senarai panel bengkel yang ditauliahkan dan anda dinasihatkan untuk menggunakan panel bengkel tersebut. Saya telah membuat keputusan untuk hantar motor saya ke bengkel Emi Motor di Jalam Bayam, Kota Bharu. Dekat mudah sekali-sekala pergi jenguk progress motor macam mana kan. 
Selepas buat laporan polis, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut dalam masa 14hari dan hantar kepada bengkel(untuk mudah laa bagi saya biar bengkel yang urus):
1. Laporan polis asal.(Ini penting, kalau boleh jangan sign lagi laporan tu, bagi kat bengkel dulu)
2. Salinan:
- Polisi insurans
- Geran kenderaan
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan.(seperti tertera dalam geran)
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu yang terlibat. (jika bukan pemilik)
- Surat perjanjian sewa-beli (jika berkaitan) 



    Selepas semua dokumen diserahkan dan diproses, akan ada seorang “adjuster” iaitu wakil syarikat insurans akan menganggar jumlah yang perlu untuk membaik pulih kenderaan anda. Adjuster akan membuat laporan atas segala kerosakan serta gambar juga akan diambil. Selepas itu pihak insurans akan mengeluarkan anggaran untuk claim dan surat pelepasan atau pengesahan mengenai jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans. Kemudian urusan bengkel untuk beli sparepart, repair apa yang patut. Selepas kenderaan anda siap, surat tadi yang menyatakan bahawa kenderaan anda telah siap dan memuaskan hati, anda boleh menandatangani surat pelepasan tersebut.(Kalau tak puas jangan sign bro), haha.



Ini merupakan langkah2 untuk menuntut insurans “own damage” dimana anda menuntut dari syarikat insuran anda sendiri dan hanya boleh dilakukan bagi “First Party”. Tetapi, NCD atau No Claims Discount anda akan terhapus. Apa itu NCD? 
NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (Non Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.



Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar. Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.
Berikut adalah kadar NCD sekiranya tiada berlaku tuntutan: –
Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)



   
Sya ni macam-macam, apa pun peluk ekzos lagi baik dari peluk perempuan bukan muhrim, tak gitu? haha

Two brothers jer yg mampu. Hadiah untuk Zarina!

Inilah peneman ambo masa Zarina di bengkel. Walaupun kappcai, saya tetap pakai riding gears, biarlah orang nak kata apapun, sebab saya dah kena dan sedar betapa pentingnya jaket, fullface knee protecter. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Sedikit input saya masukkan dalam entry pada kali ini. Ok berbalik kepada cerita pada kali ini, , betapa seksanya penantian menunggu Zarina siap sepenuhnya. Jadi sementara tunggu beliau siap, saya beli jaket satu, helmet satu, berubah penampilan sikit bila Zarina siap. Juga beli side mirror dan Two Brothers slip on exhaust hadiah untuk Zarina. haha Biar Zarina garang sikit, tambahan ekzos kuat sebenarnya ada fungsinya tersendiri. Contohnya apabila nak memotong kenderaan, kereta di depan akan memberi ruang untuk kita memotong sebab ekzos kuat, selain itu kalau ada kereta depan nak u turn ke apa dioarang dengar, bab tu kena beringatlah.



Alhamdulillah Zarina pulih sepenuhnya, macam motor baru!

Emi Motor, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Ataupun lebih dikenali kedai Emi Siam. Bengkel terbaik!


Pasang side mirror rizoma sikit. hehe

Tudiaa kenangan bersama Emi masa ambil motor.

Foremen terbaik! Tersohor! Hasil kerja puas hati, rasa bawak motor lepas repair macam bawak motor baru. Orang Kelantan cakap ' tok ugoh mano',

I'm VR | 46 #Dainese

KBC. Kelantan Bikers Club merupakan Club terbesar gabungan bikers di Kelantan. Terima kasih Abe Yie Bukhari.
    Sekian saja entry untuk kali ni. 20 Februari Zarina keluar bengkel. Alhamdulillah. Terima kasih Emi Motor https://www.facebook.com/emimotor?fref=ts sebab sudi repair motor saya, kikikiii. Terima kasih juga kepada Hj Azhar , PINKEL(Persatuan Pemegang Polisi Insuran Negeri Kelantan) sebab follow up case saya. https://www.facebook.com/pinkel.org.  InsyaAllah ride-ride lepas ni akan dicatatkan dalam blog ini. Saya berharap pengalaman saya dan input-input yang saya coretkan dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada pembaca sekalian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan