Pertama

Friday, 31 May 2013

Ride Santai Titiwangsa

       Assalamualaikum, hari ini, 30/5/2013 saya ride ke tempat biasa, Hentian Puncak Titiwangsa. Saya ride bersama Aiman Mazlan dan bersama Ridez LC Kelantan(RLCK) yang merupakan group saya ketika pakai Yamaha 135LC dahulu. RLCK lah yang mengajar saya apa itu riding gears. Bagi saya sesuatu yang tidak pelik jika penunggang kapcai memakai jaket, glove, riding boot, fullface ketika ride. Jika fikir secara positif ianya adalah untuk tingkatkan safety penunggang itu sendiri dan boleh menambahkan hensem. haha. Terima kasih Mubarak Ahmadinejad(Amirul Ehsan), Naz Joe LCs, Muhd Syazwan kerana mengajar saya tentang pemakaian riding gears.

        Berbalik kepada cerita ride hari, saya selalu gelarkan ride ke Hentian Puncak Titiwangsa sebagai 'rutin ride' disebabkan kami kerap ride layan korner disini, sejak pakai lc lagi saya dah ketagih ride ke sini.hehe. tepat 9am kami RV di depan seven E Bandar Baru Tanah Merah. Sedikit gambiran untuk tatapan semua.



Marhaban Abe kebetulan berbasikal singgah bertemu mata dengan kami. Dia otai meleper LC.




Ya, Zarina bersama geng LC.RLCK. Tunggu Idrus di Shell Bt 8. Kelibat beliau tidak muncul. Kami teruskan perjalanan.


Muhd Syazwan, orang kuat RLCK.


Gunung Reng.



Kami sampai di puncak pukul 11.45pagi. Cuaca cun view cantik. Sempat ambil gambar berlatarbelakang gunung-ganang menghijau.



Dua biji big bike saja. Yang lain semua LC.




Masa donwhill kami ride bersama abg Versys ni. Dia dah bagitahu nama, tapi saya tak ingat. Beliau sempoi. 






On the way balik kami tiga buah, yang lain kawan-kawan lcians. Pukul 1 di Caltex Batu Melintang, Jeli pulas minyak sampai Machang pukul 1.40. Alhamdulillah sempat solat jumaat di Masjid Machang. Lepas tu sorang-sorang pulang ke rumah. Gambiran signboard ke rumahku. Cuba teka mana satu? Sg Sok atau Chuchoh Puteri?hehe



Saya bukan jenis double standard. Saya terbuka untuk ride dengan siapa saja jika ada kelapangan masa. Big  bike atau kapcai tiada beza, minat yang sama. Brotherhood of bikers. Terima kasih kerana membaca blog saya. Follow ya. 

4 comments:

  1. kemah mir...tq mentioned nma kwe..hahah..nti kita g lg dan g lg..shingga ad rezeki kwe mngkn dgn si dia...hahah

    ReplyDelete
  2. Hahah....ride rutin mesti sokmo-sokmo....insyaAllah GTR1400 tuu...hehe

    ReplyDelete